BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, 20 January 2012

Puri Cicah Sambal Sardin

Tengah kat opis semalam, tetiba teringin nak makan puri cicah dengan sambal sardin. Nak cicah roti, tapi nanti beli sebuku, separuh je makan. Lagi separuh terbuang begitu saja bila expired date menjelma. Rasanya dalam setahun, ada la dalam sekali kot aku beli roti huhuhu. Kalau biskut pulak, errr 5 tahun sekali kot. Rasa macam tak pernah beli kot. Tu yang aku tergezut tengok biskut sekarang dah mengecut saiznya.

Berbalik kepada puri, balik rumah semalam, dengan kegigihan tahap 8, aku terus menguli puri tersebut. Sibbaik masih ingat jalan ke dapur hihihi. Macam dah lama je dapur ku tak berasap. Bagus juga ada 'teringin'2 ni. Semangat nak memasak. Maka, inilah juadah kami berbuka semalam.


8 keping je aku buat. Tapi sedap sangat... rangup giler puri tu. Best best best. Isy, terbayang2 pulak kuah asam pedas. Pun sedap dimakan bersama puri. Dulu kalau ada lebih lauk asam pedas, selalu mak buat puri ni untuk sarapan.

Pasni teringin nak makan asam pedas ayam la pulak. Nom nom nom.

3 komen:

Lub said...

presentation yg tak tahan tu...hahaha

AyunasiA said...

pengaruh masterchef hehe

ayza ukashah... said...

next master chef to be...isn't it???