Tuesday, 17 January 2012

Jelajah Malaysia 2011 - Terus Ke Utara

Hari ketiga, kami teruskan lagi ke utara. Masa nak ke hiway exit kamunting, terlalu tempat pembinaan flyover, dekat ngan tesko. Tetiba tengah jem tu, encik suami terberenti kat atas track ketapi. Menjerit2 la aku kat situ. Buatnya ketapi lalu ke, tak sempat nak jalan, masuk buletinutama tau.

Ngeri jek.

Tujuannya nak ke aloqstaq, tapi singgah setulang di pulau pinang. Makan tengahari di pelita nasi kandaq. Nom nom nom.


Sibbaik tak sepedas lineclear.

Pas makan, kami ke bukit mertajam, beli jeruk, tempat biasa. Kendian dok cari2 tol, terjumpa satu masjid ni. Berenti lah sat. Wow! Cantiknya! Macam berada di mekah/madinah.





Jarang jumpa masjid camni kat luar bandar. Kira pinggir bandar la ni. Lupa lak nama tempat tuh.

Teringat aritu tengok program 'astana', kak nita pergi rumah julizaadlizan. Kat rumah dia ada satu dinding yang dibuat ala mihrab. Tapi berulang2 derang sebut mimbar.

Ini mihrab.

Ini mimbar.

Sampai di aloqstaq, kami terus cari hotel. Terjumpa hotel baru nak bukak. Lif pun tak siap lagi. Tapi aritu masa lima, ramai orang nak jugak duduk situ, maka terbukak la hotel tuh. Asalnya hotel regent kat situ. Now, owner baru, jadi new regent. Depan hotel regency. Ni.





Selepas berehat sebentar, kami pun menapak ke pekanrabu. Belakang regency nih jek.

Oh, lupa nak citer. Sebelum sampai hotel, kami cuba lah menerai mencari muzium padi. Aku pernah pergi muzium ni masa induksi kat intura 3 tahun lepas. Masalahnya masa pergi tu aku tertido dalam bas. Sedar2 je, dah sampai ini muzium. Maka, mana duduknya muzium ni, aku pun takde idea. Jadi, aku pun mendapatkan konsultansi dari ejen perlancongan utara ku. Katanya, dia kat jalan kuala kedah, sebelum sampai jeti langkawi. Ok.

Namun, jalan punya jalan, sampai lah ke jeti, non ado pun muziumnya. Ok lah, at least ada lah signboard ke kan. Ni, takde langsung. Heeeeeee sibbaik ejen aku ni orang perak yang cuma menantu orang kedah. Kalau orang kedah jugak, harus ku buang negeri. Eh, aku propose je kat sultan kedah suh buang negeri. Terpulang lah pada baginda.

Bila sampai di pekanrabu, (fuiyooo jejantas dia ada eskalator... jakun sekejap) kami terjumpa lah peta ni. Dia tunjukkan laluan untuk tour area aloqstaq.

Yang dibulatkan tu lah lokasi muzium ituh. Yang aku ingat masa pergi dulu, ada gunung kat depan muzium tu. Yang aku pulak dok berkicau cakap kat encik suami gunung keruing gunung keruing. Besok tu baru tahu, gunung keriang rupanya. Ni pengaruh radio lah ni. Sebab aritu aku dengar ada orang buat ucapan, ditujukan kepada sipolan yang berada di gunung keruing. Eh, tapi ada ke gunung keruing sebenarnya eh? Lantak ler.



Tak mende pun yang dibeli kat sini. Jalan2 cuci mata jek. Dah penat, kami berenti minum cendol kat bawah dia.


Oh, dekat2 situ jugak, kelihatan klinikmaha. Terus teringat, eh, aku belum habis baca buku mahathir kot. Tengok klinik ni terus imagine apa yang ditulis dalam buku tuh. Dekat2 situ jugak ada farmasi berkaitan dengan klinik ni. Tak tau lah owner yang sama ke tidak. Kena tanya orang aloqstaq lah. Hang tau ka?


Lalu je kat menara ni. Boleh naik ke?

Malamnya, kami makan kat jalan kuala kedah. Kot lah malam2 leh jumpa pulak muzium padi ke kan...

Tamat hari ketiga.

3 komen:

Lub said...

smua tmpt yg di sebut dlm entry ni smua aku tahu . kecuali masjid tu...tak brapa pasti . masjid sbrg jaya ke eh?

AyunasiA said...

entah, aku dari summit bukit mertajam, straight je hala utara nak ke tol. masjid ni kat simpang.

yopmaldini said...

per no tel hotel new regent tu ye..