Thursday, 26 January 2012

Jelajah Malaysia 2011 : Sejarah kemana, Muzium ke mana...

Cop cop cop! Macam ada citer yang tertinggal lah. Aku takde citer pasal muzium perak kot, kan? Ekceli masa kat taiping tu, kami ada pergi ke muzium negeri perak. Hmmm kecewa. Sebenarnya aku selalu bayangkan, muzium ni ialah sumber sejarah. Kiranya expectation aku semasa pergi ke muzium perak tu ialah untuk mengenali sejarah perak lah kiranya. Tapi, apa yang ada dalam muzium tersebut hanya semata2 galeri. Galeri herba, galeri binatang (dah macam zoo pulak aku rasa) dan galeri orang asli. Keciwa, keciwa! Mana sejarahnya? Bijih timah? Kesultanan? Pasir Salak? Non-ado. Sebab tu aku terus tak pergi mana2 muzium dah. Merajuk. Salahkan muzium negeri perak.

Tapi maybe benda2 yang aku nak tu ada kat muzium koler kangsor tak. Ek? Lenkali la aku pergi. Itupun kalau ada yang dapat buat confirmation bahawa benda tu ada kat situ. Kalau takat pameran baju2 pengantin kaum2 di mesia, baik lah aku pergi muzium nelayan jek.

Ok, teruskan cerita. Dari muzium padi, kami terus lagi ke utara menuju ke perlis. Just nak pergi padang besar jek. Selain nak makan ikan bakar kat kedai yang pernah aku makan dulu.


Aku tak ingat kedai tu kat mana. Yang aku ingat, dia dekat empangan timah tasoh.

Tu belah kiri tu ialah jalan masuk ke empangan. Kedai ni sebelum simpang tu, belah kanan.

Nama kedainya, tok mek. Ada motel dan restoran sekali.

Nampak papan tanda atas kete hitam tu? Lenkali ingat, nampak je papan tanda tu, terus signal kanan. Papan tanda empangan timah tasoh kaler ceklat. Kot, lupa.

Lalu kami pun makan. Yang aku ingat ikan bakar je.

Ada kerabu mangga, betik. Yang ni kerabu mangga sambal.

Kuah asam dia ni yang sedap.

Ikan caru bakar sumbat.

Aku makan ikan kembung bakar jek.

Mari makan!

Dah sudah makan, kami terus ke padang besar.

Tak beli pape sangat pun. Cuci mata je lebih.

Takde gambar kat padang besar. Satu tu je yang sempat aku snap masa baru sampai. Pastu dah penat.

Dari situ, kami turun balik ke kedah. Mula ingat nak stay kat kangar je. Tapi pikir2, besok nak cross ke timur, takut lambat pulak. Lagipun aku tak try ckt lagik. Apalah maknanya ke utara tanpa makan ckt kan... So, kami transit di sungai petani pulak. Kononnya aku nak makan ckt yang pernah aku makan masa induksi dulu (apasal semua berkaitan dengan induksi tah?). Tapi aku ingat2 lupa kat mana. Yang aku ingat, masuk jalan kat kilangsharp. Pastu terus ke haper tah, aku pun lupa. Tapi kedai tu tepi jalan bawah pokok je. Boleh jumpa kot.

So, malam tu kami pun cuba lah mencari tempat tu. Awal2 aku dah cakap, kalau tak jumpa ni, kita pergi sungai 2 je lah. Tak jauh pun. Dalam 20km kalo ikut hiway. Sebenarnya aku tak kompiden boleh jumpa hehe. At least dah ada plan B. Selepas pusing2 dan lalu kilangsharp tu 2 kali, kami pun give up. Ok, kiter gi sungai 2.

Sampai di sungai 2, hek eleh. Dia ada branch kat sp rupanya. Tapi kalau tak pergi sini, aku pun tak tau kan. Lagi pun, mana aku tau semeling tu kat mana. Ini semua ialah ayat memujuk diri sendiri yang dah bersalah tak ingat jalan hehe.

Ingat, hari rabu tutup.



Pelanggan tersangat lah ramainya. Sampai aku terpaksa tutup telinga gara2 terlampau hingar bingar. Bising dan ramai giler! Order pun sampai lambat. Ada la dalam 45 minit kot. Memang patut lah dia kasik air manis, sebab by the time ckt sampai, ais pun dah cair dan air pun dah tawar. (berlapiknya kutukan hehe).

Kenapa aku rasa ckt paktam lagi sedap eh?

Ok, pasnih dah takde dah aku teringin ckt sungai 2 ni kot. Kat paghitghaje pun ada. Lagi sedap pulak tu ikut tekak aku ni.


Sekian hari ke, entah, hari ke berapa pun aku dah lupa.

1 komen:

Lub said...

semeling tu dkt2 tg dawai