Friday, 27 January 2012

Terlupa Tapi Dah Ingat Balik

Masa nak pergi umrah tu ari, aku tinggalkan semua kad2 dalam purse aku termasuk lah ic di rumah bil. Letak macam tu je kat dalam beg kat bilik tido. Bila balik, aku pun terus ambik balik kad2 tu dan hidup diteruskan macam biasa.

Tiba2, pada suatu hari yang hening, aku teringat yang aku pernah bukak akaun bsn yang baru masa buat loan tu ari. Bila aku check purse, memang tak jumpa kad bsn. Lama lah jugak aku tak jumpa tu, sampai aku dah assume kad tu dah tercicir kat mana2 lah. Sedih lah. Takde lah banyak duit dalam tu. Ada dalam rm80 gitu. Aku ingat sebab aku asik bertangguh je nak kuarkan duit tu. Belum perlu. Tak terpikir pulak, kenapa aku tak kuarkan je duit tu bila2 masa. Sebab selalu je pun aku jumpa atm bsn. Dan diperkukuhkan pula dengan fakta bahawa banyak benda yang aku lupa selepas balik dari umrah. Aku ingat, bila2 nanti aku pergi lah bsn, wat report hilang kad. Guna no ic boleh kot access akaun.

Sehinggalah beberapa bulan lepas, aku tergerak hati nak pergi bsn. Tapi takde masa. Tiba2, pada suatu malam, bila aku ceritakan hasrat aku nak pergi ke bank tu pada encik suami, dengan tidak semena2 aku terus teringat... jeng jeng jeng...

Masa kena bukak akaun tu dulu, orang tu tanya, nak kad ke, buku jek? Kalau kad kena tambah duit sikit kot. Dan aku fikir, aku bukak akaun tu pun sebab terpaksa, takde kepentingan lain. Lepas kuarkan duit dalam tu, rasanya aku takkan guna lagi dah akaun tu. Kalau ambik kad, membazir pulak sebab kena bayar lebih. So, aku pun pilih buku jer. Dan sebab kenapa aku asik bertangguh je nak kuarkan duit baki tu sebenarnya sebab kena pergi ke kaunter sebab aku takde kad.

Lalu dengan sepantas halaju cahaya, aku pun terus menerkam kotak yang menyimpan buku2 akaun kami. Dan taraaa... elok je buku akaun bsn ku ada di situ hehehe. Hepi nyerrr macam ada duit rm10,000 dalam akaun tu. Eh... rm70 pun macam2 boleh beli, apa. Tak tau lah macamana neuron pasal buku akaun tu boleh berhubung balik. Nak kata aku minum susu yang diperkaya dengan dha ke immunofortis ke, takde pulak. Kuasa Allah. Alhamdulillah.

0 komen: