What a bright sunny egg! Hari keempat, di aloq staq. Pagi ni kami sarapan mee goreng dengan telur mata yang sangat menggiurkan. Aku memang suka telur kuning cair cenggini. Padahal dulu kecik2 memang aku tak makan telur kuning. Now terbalik kut. Orang cakap telur putih jadi bulu, telur kuning baru jadi badan ayam. Entah.
Sebelum check out, kami tanya kat mamat cafe ni jalan nak ke muzium padi. Kalo dari regency tu, 2 roundabout ambik kul 12, roundabout ketiga pukul 9, trafficlight (ada kuilhindu) belok kanan, terus akan jumpa mahkamah aloqstaq belah kanan, jumpa trafficlight belok kiri. Tu dah kira jalan gunung keriang. Pastu follow signboard (yang blur dimamah usia) jek. Kebetulan malam tu dengar berita kat tivi, seseorang dijatuhkan hukuman gantung kot kerana mengedar dadah oleh mahkamah aloqstaq nih.
Sampai muzium, kami pun terus masuk. Tiket sorang rm3, kemre rm2. Memula kami naik atas platform berputar. Dulu kan masa first time pergi aku begitu kagum dengan lukisan tu kan. Kali ni pun masih kekaguman. Pandainya orang tu melukis. Maka, ini lah apa yang ada di dalamnya. Kalau nak rasa kagum, sila lah pergi sendiri. Sorry ler, banyak gambar berulang. Malas aku nak mengenalpasti.
Pastu kami pusing sekitar muzium pulak.
Next, ke padang besaq.
3 komen:
Mak ooiii..banyaknya gambar....
susah nak pilih. taruk je semua hihi
dulu tepi umah aku ada jelapang tu tapi kami panggil lain....apa ntah lupa dah...mmg sgala perkakasan bersawah dlm tu
Post a Comment