Monday, 30 January 2012

Jelajah Malaysia 2011 : Sejarah lah, Muzium lah, Sebenarnya Cuti - Cuti Shopping!


Hari berikutnya kami ke kota bharu. Redah je ikut papan tanda. Rupa2nya lalu depan intura. Patut lah rasa dulu macam masa nak pergi pengkalan hulu ikut baling, macam ikut jalan depan intura tu je. Tengok ekonsave pun dah bungkus. Jauh sangat kot. Kenapa ek, ekonsave suka bukak kat pinggir bandar? Ok, takyah jawab.


So, lepas sarapan, kami meneruskan perjalanan ke sana. Kali pertama dan terakhir aku lalu jalan tu ialah pada tahun 2007. Dah tak ingat langsung camner rupa jalannya. Dah lalu ni baru lah ingat, ooo macam hiway karak.

Singgah isi minyak di gerik.

Lalu tasik banding.

Dan hutan belum. Dah ke belum?

Tiba sini encik suami cakap, cepat ambik gambar, nak lalu terowong!

Aku pun cecepat ambik kemre.

Tiba2, eh, mana terowong nya? Tak macam terowong pun?

Dah sampai sempadan negeri perak-kelantan.

Kat mana nih?

Ooo ni lah f3lda yang saman f3lda tu ari tu.

Sampai di kb, terus cari hotel. Petang tu jenjalan sekitar psk je.



Ok, tak banyak gambar kat kb. Sepanjang di sana, aku sempat pergi ke pengkalan kubor, wakaf che'yeh, tesko dan semestinya psk. Borong lah jugak beberapa helai batik kat sana. Sekarang ni psk dah macam pasar payang plak. Banyak kain dah berbatu bling blink. Jadi, susah lah sikit nak cari yang tak berbatu. Kalau ada pun, tak banyak pilihan macam yang berbatu. Pastu dah tak banyak kain sutera jacquard yang biasa tu. Derang dah banyak buat crepe. Harga crepe pun dah murah sikit, setanding harga jacquard jugak. Cumanya kain crepe ni kena pilih warna gelap, sebab kalau warna cerah/cair, dia nampak jarang. Sampai ke hari ni aku masih belum usik kain2 tu. Malas ler. Kang boleh buat baju raya tahun ni heheh.

Masa nak ke psk tu, aku dah berjanji untuk tidak lalu kat kedai si rokiah (salah sorang supplier aku dulu). Dah banyak kali aku pergi dan tak singgah/lalu kedai dia. Aku bukan apa... Kekadang design kat kedai dia tak berapa selari dengan arus perdana. Kang kalo singgah, tak beli, kesian pulak. Baik takyah lalu terus. Tiba dekat kedai dia, terus cilok jalan lain. Tapi...

Tengah aku jenjalan kat dalam tu, tetiba, deng! Terserempak dengan dia. Dia terkejut, aku lagi lah tergezut. Nak tak nak, terpaksa lah ikut dia ke kedai dia. Selepas berhelai2 kain dia bukak, akhirnya aku memberanikan diri untuk menolak. Memang tak berkenan sangat pon. Itu pun aku menguatkan tekad untuk menolak. Dan akhirnya aku berjaya! hahaha...

Selepas dua malam di kb, kami pun menuju pulang pada hari jumahat. Singgah jumahat di masjid aritu, di jertih. Pastu singgah pula di pasar payang. Macam wajib pula, pergi pantai timur, waji singgah pasar ni. Dah tersinggah tu, apa lagi, rembat lah lagi sepasang huhuhu. Ok cukup2. Habis duit bonus aku.

Terjumpa bangunan ni kat mana tah? KT kot? UiTM punyer.

Aku imagine orang yang masuk bangunan ni, kuar2 je terus jadi sesuatu yang lain.
Transformers!

Aku ingat kami akan balik bp terus. Rupanya encik suami nak singgah kuantan. Lagi pun yayu tengah pindah rumah. So, boleh lah tolong menyibuk. Kalau aku tu, memang tak kasi orang datang time2 cenggitu hikhikhik. So, kami bermalam di hotel fevret kami. Takde bilik biasa, tinggal tripple jek. Ok je lah.




Malam tu kami pergi ke tanjung lumpur. Tak makan nasi, makan lauk je. Kami order sotong goreng tepung dengan lala masa apatah dengan petai. Banyak gilers! Tapi puas ati lah. Aku rasa kat situ sotong goreng tepung dialah yang terbaik.

Besoknya (sabtu), lepas sarapan, check out dan sempat menapau patin tempoyak pak akob, kat bawak hotel nih jek. Sampai rumah yayu, masak nasi jek. Eita pun baru sampai. Fuh! Memang lazat sekali ah patin tuh. Nom nom nom.

Lebih kurang pukul 3 petang, kami pun mengundurkan diri dan terus balik. Derang boleh la stay lagi, ari isnin cuti tahun baru. Aku kena keje lor. Sampai rumah lebih kurang jam 7.30 malam. Banyak gilers kain yang nak dibasuh. Seminggu punya.


Maka berakhirlah jelajah malaysia kami sebagai penutup tahun 2011. Penat dan seronok serta gemuk. Banyak giler benda yang masuk dalam perut aku. Terimalah akibatnya.

Tahun 2012 aku berazam untuk ke luar negara. Ada satu negara ni yang aku teringin sangat nak pergi. Insya Allah, kalau penuh tabung amanah aku, dapat lah aku pergi. Tak sabar nyer!

Dah, abis dah cerita cuti2. Sebulan baru abis cerita. Bizi sangat awal2 tahun ni. Jumpa lagi ek episod akan datang, selamat beramal!


2 komen:

Irfa said...

hahah..jenuh elak sekali terserempak..sib baik pandai menolak kalau tak mesti terbeli gara-gara kesian

AyunasiA said...

tu lah. kalau nampak dari jauh, boleh jugak menyorok, ni bertembung kat simpang jalan. mmg dah bertekad, kena belajar menolak.