BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, 9 January 2012

Ya A Awww!

Belum pun habis hidungku kembang bagai serombong kapal pasal kes umurku 25-30 tahun, dahhh dapat satu lagi indirect compliment (ada ke istilah ni?) Gini ceritanya.

Hari sabtu lepas aku balik kampung. Petangnya SIL ajak pergi tengok kelip2 kat banda penawa. So, malam tu lepas maghrib, kami pun pergi lah ke tempat tu berlima; aku , encik suami, MIL, SIL1 dan SIL2. MIL dan SIL1 dah pernah pergi dah. Naik sampan ala feri katanya. Dulu aku pernah pergi ke kampung kontan kat koler selangor tu, tapi bila tengok tiketnya rm10 sorang, langsung tak jadi. Almaklum lah... masa tu belum keje, baru je grad. Jadi, kononnya macam teringin lah nak tengok.

Sesampainya kami di sana, kami pun terus ke kaunter jualan tiket.

Bagi tiket 5 orang, kata encik suami.

Ermmm 3 dewasa, 2 kanak2 ya?

Ermmm... a'ah. Sorang berapa?

Dewasa RM20, kanak2 rm15.

Huih? Mahalnya, komenku.

Eh, dulu makcik pergi rm5 jek? Cer panggil boss.

Saya pun serba salah makcik. Memang selalu orang cakap camni.

Datang encik bujang the boss.

Ada apa yang saya boleh tolong, makcik?

Ni, tiket ni, bukan aritu rm5 ke? Ni dah rm20 pulak? Kami bukannya pelancong.

Memang lah dulu rm5 makcik, tapi masa tu orang tempatan salah guna kuota tu, bawak pelancong dari singapore. So, sekarang ni dah takde kuota tu. Semua sama je. (aku agak rm5 tu kuota tempatan kot).

Maka kami pun tak jadik lah pergi tengok kelip2, sebaliknya, terkelip2 la mata kami menengok rege tiket tuh huhuhu. Dah tolak diskaun pun rm81. Baik aku makan ikan bakar kalo camtu. Sudahnya kami bei eskrem je lah, makan tepi sungai.

Berjalan kembali ke kereta, aku bertanya, SIAPA KANAK2? Wakakakakakakak

Kalau tengok dari segi umur, semua dah lebih 21 tahun. Dari segi tinggi, aku ngan SIL2 yang paling kecik. SIL1 agak tinggi walau pun kurus. Maka, kami suspek kanak2 itu ialah aku dan SIL2. Hehehehehehehe bertambah kembang lah hidung ku.

4 komen:

Irfa said...

GILER MAHAL..MACAM NAK NAIK LONDON EYE LA PULAK..kanak2..hahaha nak gelak.padan patut la

Lub said...

har har har haruunnnn aziz

AyunasiA said...

irfa: bukan london eye 25 pound ker?

AyunasiA said...

lub: harun mustafa aziz eh..