BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, 28 January 2012

Cerita VCD

Ingat tak, dalam tahun awal2 2000 kot, ada musim filem2 dalam bentuk vcd. Davidteo kot yang mulakan trend tu. Tajuk2 cerita tu pulak biasanya ada nombor, skrip 707 la, bilik 303 la (contoh, aku dah lupa nombor sebenar). Antara cerita yang pernah aku tengok ialah lakonan nabila anak amy ngan ery putra. Biasa nya cerita tu berkaitan student/remaja yang pergi bercuti ke pergi tempat2 yang seram2 ke. Macam skrip 707 tu di pergi rumah lama nak cari idea buat skrip. Dan hujung2 tu kekadang bukannya hantu sebenarnya. Psiko je lebih. Ada yang antara derang jugak yang mental disorder. Kadang2 bila tengok drama ke filem sekarang, tetiba muncul muka2 derang yang bermula dari filem vcd. Terus aku teringat kat cerita nabila-ery tu. Oh, pastu yang aku ingat nama pengarah dia kebanyakannya silver apatah.

Tak lama tu, davidteo mula membuat filem wayang pulak. Dan musim vcd ni pun tamat. Seperti tamatnya entry ini. Sekian.

0 komen: