Tuesday, 8 November 2011

Beto Kusyairy (betulkan spelling sebab wife dia marah da kalo salah eja)



Aku mula perasan nama mamat ni dari blog kakpnut yang kengkunun dah beralih arah dari FA ke AA ke mamat ni ke JA. Tapi aku tak kenal pun muka dia. Mungkin pernah tengok dalam drama, tapi tak perasan. Tapi, pada hari jumaat lepas, aku tertengok telefilem kat estroprima kot bertajuk Sesungguhnya... Pelakon utamanya ialah bet0 ni dan dan saripah amani. Tapi aku tengok dah 30 minit berlalu. Tak tau apa permulaanya, tapi boleh agak la sikit2. Bagi aku citer tu best, walaupun pelakonnya (asalnya) aku tak kenal. Kira best la kalau sampai aku tersedu2 menangis kan. Basic citer ni aku rasa lebih kurang citer sweet home alabama. So sweet lor. Okeh, aku akan bagi sinopsis sket.

Alkisah, amani ngan bet0 ni budak kampung. Bapak bet0 ni ada mengusahakan chalet di pantai kampung tersebut. Sementara bet0 ni bekerja dengan bapak dia. Dia lebih tua setahun (kot atau dua) dari amani sebab masa tu amani tengah ambik spm, bet0 ni pulak dah abis sekolah.

Pertama kali mereka 'bertemu' di jeti. Masa tu si amani ni kengkonon nak lari dari rumah sebab bapak dia tak bagi tengok wayang kat bandar. So, dia kengkonon nak lari hanyut naik sampan. Errr part ni aku tak berapa jelas sebab aku tengok scene ni dalam flashback. Tapi aku agak2 camtu lah. Memang la poyo sikit, tapi memang citer ni comel2 gitu. Selepas itu, mereka pun berkawan baik aka couple. Tapi bapak amani tak berapa suka kat bet0 ni pasal suka merayau takde keje (dia tolong2 kat chalet bapak dia).

Pada hari terakhir spm, bet0 ni telah menjemput amani balik naik motor. Balik tu dia singgah curik buah pelam kat rumah sorang pakcik ni. Malam tu pakcik tu pi report kat bapak amani ni pasal insiden tersebut. Gedebuk gedebak, bapak amani suh bapak bet0 datang besok (masa tu bet0 ni datang rumah dia dan mengaku curik buah pelam). Apa maksud abah? Abah nak kawenkan korang berdua. Pengsan! Tang ni pun aku tengok flashback. Amani sambung belajar pastu.

Tu kisah dolu2. Cerita ni ada scene real time jugak. Kisahnya amani ni balik kampung selepas 7 tahun la. Pastu boyfriend dia pun ikut. Dia pun dah keje kat bandar. Sementara bet0 ni masih lagi duduk kampung. Boyfriend ni duduk kat chalet bet0. Kira derang nak bincang pasal kawen la balik kampung ni. Bet0 pun frust la. Rupa2nya dulu, selepas habis belajar, amani ni nak kerja kat bandar. Dan bet0 pun merelakan amani pergi. Rupa2nya lagi amani ingat bet0 tak sayang dia sebab tak halang dia pergi. Padahal bet0 takmo mengongkong dia. Miscommunication la di situ. Lenkali sila luahkan perasaan anda, ok?

Tetiba boyfriend bagitau yang dia kena bekerja di dubai lebih awal. So, dia nak terus kawen je, takde tunang2. Dan amani pun balik la semula ke bandar. Sebelum balik tu sebenarnya derang dah berjumpa dah. Tapi takde perluahan perasaan di situ. Amani tu pun blah begitu saja, tak bagitau pun kat bet0. Tau2 bet0 datang rumah dia, kata dah balik bandar. Sedih ah. Lagi lah bila tau amani dah nak kawen.

Di bandar pula, amani dah mula goyah. Dia mula rasa yang boyfriend dia sebenarnya hanya perlukan dia, bukan sayangkan dia. Bla bla bla kawan bet0 suh dia buat keputusan segera (samada nak lagi kat amani ke tak). Lalu bet0 pun pergilah ke bandar.

Kat sana dia jumpa amani kat tepi kolam kondo rumah amani. Dan berlakulah adegan melalak bagai nak rak oleh penonton citer ini. Apakah kesudahan cerita ini? Siapa yang amani pilih?

Kalau dalam sweethomealabama, ayat powernya ialah,

... so i can kiss you anytime i want (jawapan kepada soalan, why you want to marry me?)

Tetapi dalam citer ini, ayat powernya ialah,

... sebab mungkin cinta tu datang sekali je dalam hidup abang. Owh! (jawapan kepada soalan, kenapa abang tak boleh lepaskan kak lela?)

Akhirnya, aku telah terminat pulak kat mamat bet0 kusyairy ni. Nyampah! Dia tak hensem, tapi comel kot. Dan dia dah kawen ok. Aku suka artis yang dah kawen, sebab rasa dia macam terpelihara hahaha. Dan sebagai ganjaran kepada korang yang rajin sangat baca sinopsis aku yang membuatkan cerita ni jadi tak best la pulak, terima lah link untuk menonton cerita ini hehehe. Saper dah tengok sila komen okeh? Aku tengok kali kedua pun nangis lagik uhuk uhuk uhuk. Okeh, aku nak khatamkan cerita2 lakonan bet0 ni lah. Babai.

p/s malam raya haji aritu aku tengok citer 'uri', pon lakonan dia.

p/s2 sinopsis ni aku taip sebelum tengok kat utube, so mungkin agak tersasar. tapi rupa2nya memang derang dah kawen pun sebelum tu. dan menguatkan fakta bahawa citer ni ada sedikit unsur sweethomealabama.

2 komen:

Irfa said...

bet0 antara hero yg aku suka :-)

Unknown said...

kak yus suka gak beto khusairy ni. Mula2 minat dia sbb tgk citer geng surau tu..kelakar, best citer tu. Menang drama komedi terbaik kan 'geng surau' dalam anugerah skrin.

Mmmg bakal hero malaya lah si beto khusairy ni..:)