Kalau dah memerap tu, dekat 2 tahun kot aku tak kuar2. Bila dah sekali kuar, berturut2 pulak. Last 2 week pegi buat soklan. Minggu lepas pergi ke majlis konvo pula. Ini lah kali pertama aku pergi ke majlis konvo derang. Dan ia menjadi sangat sweet sebab batch yang konvo ni ialah students yang aku 'jaga' selama derang di @tec. Kira PA la. Dan aku pergi tu kerana membawak mesin jagung aku tu la. Apa lagi. Dah macam muka jagung dah aku ni.
Aku pergi ke sana menumpang kete kawan. Kami pergi berempat. Barang2 naik van, sekali ngan students. Mula ingat nak gerak pukul 11 pagi. Sekali member postpone ke tengahari pulak. So, van jalan dulu lah. Pukul 12.30 pm aku turun makan dan lepas solat, kami pun bergerak. Perjalanan adalah sangat smooth. Kami sampai di piaisisi lebih kurang jam 5.30 pm kot. Lupa. Kena tunggu mesin sampai pulak. Settle semua, kami terus cari hotel. Mula derang nak duk bangi, tapi grup lelaki kata derang duk kat dengkil. 5 minit je dari piaisisi. Tak sampai dengkil pun. Dia kat jalan nak ke klia tu jek.
Pas check in, mandi2, kami kuar makan kat kedai mamak berhampiran. Kami pergi bertujuh. Dan ketujuh2 kami order benda yang berlainan. Mamak tu tak tulis pun. Tapi, mengejutkan! Semua yang sampai betul belaka. Bravo mamak! Al-hafiz ke haper mamak ni?
Besok tu, pukul 7 pagi kami dah kuar. Sepanjang hari aku tercongok je kat booth. Memula derang tak kasi aku on mesin tu sebab compressor yang aku bawak tu 3hp tu. Karang meletop piaisisi? Bukan muka aku yang akan kuar tv? Eh, dah meletup kuar muka gambar pasport je lah kan. Nauzubillah. Dah tengahari, boss kecik call. Dia suh on jek. Fuh! Sibbaik tak meletup. Sebenarnya ada notis ditampal kat booth tu cakap, kalau nak pakai barang2 berkuasa tinggi kena pakai voltage regulator sendiri. Aku belasah je pasang direct huhuhu. Hampun encik...
Malam tu kami kuar makan kat salak tinggi. Jalan nak ke sepang tu. Makan seafood. Semalam grup lelaki dah makan kat situ jugak. Menu sama pulak tu. Sabo je lah.
Keesokan harinya, member ajak ikut dia cari barang kat jalan tar. Aku ikut je lah. Tapi, hasilnya agak mengecewakan. Panas sangat la... mood pun takde. Pukul 3 kami dah balik. Masa pergi tu, dekat sejam gak kami terperangkap kat atas jalan. Bukan jammed, tapi pusing2 jumpa jalan yang sama balik. Ada tu sampai 4 kali kami lalu kat tempat yang sama. Dah cuba semua simpang, tapi tak jumpa jugak jalan keluar. Hiway baru kot tu. Apa ke namanya ek? Ada selatan2. Lembah selatan ke haper tah. Tapi dia macam nak ke kajang. Last2 aku cakap, kita masuk putrajaya balik la. Kalau kat putrajaya aku dah tau jalan kuarnya. Adoiyai... tu juga penyumbang ketiadaan mood tu. Dari excited, terus merudum bila sesat.
Malam tu, kami makan kat tempat yang sama semalam. Sabo je aku derang ni. Kiranya grup lelaki makan kat situ 3 malam berturut2 lah. Menu pun lebih kurang sama. Cuma semalam tomyam, hari ni poktek. Boleh lah tahan poktek dia, tapi takleh lawan hanagearbox kot.
Hari terakhir, kami check out terus pepagi tu. Mendap kete yang memang dah sedia lowered. Dengan orang 7 orang plus beg yang macam 10 orang. Siap kena kuar dulu time nak masuk parking hihihi.
Tengahari, lepas settle konvo, kami pun berkemas untuk balik. Lepas solat baru gerak. Kul 2.30 pm. Sampai opis pukul 5.30 petang. Cepatnya, kan? Balik dijemput encik suami. The end.
2 komen:
kedai mana la kat salak tinggi yg sedap sgt tu.cer citer?nak jugak aku rasa..
bukan la sedsp, tp situ je yg derang tau pegi. dia kat jalan nak ke sepang, tepi jalan belah kiri. apa ke nama nyer ek? yusmira ker? eh, lupa la. tp dia kedai mkn pertama belah kiri kot. lupa.
Post a Comment