Thursday, 17 November 2011

Warkah Terakhir - R0sli Dh0by Part III


Sambungan sambungan...

Ok, selepas rosli kena tangkap, dia disoal siasat. Namun, dia dan morshidi tidak sebut langsung pasal rukun13. Sebaliknya mereka mengaku melakukan pembunuhan itu atas kehendak sendiri. Kemudian, rakan2 sekolah rosli dipanggil jua. Masa malam sebelum kejadian, rosli dah pesan, kalau disoal siasat nanti, cakap je tak tau apa2. Semua kawan2nya tak membuka rahsia itu, kecuali tajudin. Dia yang mention pasal rukun 13. Kemudian, sirat pun disoal siasat. Dan dia pun membuka mulutnya. Eee aku rasa sirat ni lah yang paling jahat. Dia takmo terlibat dalam rukun 13 walau pun dia presiden ppm, tapi, rahsia rukun 13 dia boleh kasi pecah pula. Memang talam 2 muka. Lalu, semua ahli rukun 13 ditangkap.

Sebelum tu, semasa disoal siasat, ani membaca kembali surat2 rosli, untuk mencari tanda2 jika ada. Tetapi, sebenarnya kalau ada pun tanda2, rosli ada mengatakannya dalam surat yang disuruh norian memberikan kepada ani itu. Dan surat tu masih dalam simpanan norian. Dia ada cakap yang dia takut, dan confuse pada masa dia diburu oleh ahli2 rukun 13. Eee si norian ni pun satu tau. Geram aku. Bapak rosli pulak, takmo pergi melawat rosli di penjara. Siap tak mengaku anak lagi. Kesian mak dia.

Sementara itu, sebelum perbicaraan, mereka diberi seorang peguam dari pihak kerajaan. Mulanya dia kata mereka takkan digantung. Lagi pun rosli cakap, dia juvana kan. Pastu polis pergi ke rumah dia dan mintak surat beranak dari mak dia. Mak dia pun kasi. Dan bila dekat nak hari pertuduhan, peguam dia bawak surat beranak dia. Dan alangkah terkejutnya dia kerana di situ tercatit dia lahir pada tahun 1930, bukan 1932. Bermakna dia berusia 19 tahun, bukan juvana. Jahatnya british!!! Mesti derang sudah tipu surat beranak tu, kan?

Semasa dalam penjara, kesemua ahli rukun 13 marah pada rosli kerana membuka mulut, padahal dia tak buka mulut pun. Sirat sebenarnya. Eee geram lagi!

Pada hari pertuduhan, rosli dan morshidi mengaku bersalah. Sementara ahli2 lain yang dituduh bersubahat dan melakukan konspirasi tidak mengaku salah. Lalu mereka dibicarakan. Maka polis pun berjaya menyelongkar tempat mesyuarat derang dan menemui bukti2 perancangan pembunuhan itu.

Habis bicara, sebelum hari jatuh hukum, mak rosli datang melawat. Itu pun selepas dia merayu pada bapak dia supaya mengizinkan dia pergi. Kalau tidak, bapak dia tak kasi pergi. Dan semasa bertemu ibunya, dia tak bercakap apa2. Kesian tengok muka dia. Last tu mak dia cakap, dia mesti bercakap benar semasa penggulungan besok. Kalau tak, mak dia tak halalkan susu dia sejak kecil walau setitik. Huaaa melalak la rosli tu.

Pada hari jatuh hukum tu, seorang bapak student sekolah rakyat telah pergi ke rumah pak dhoby. Dia tanya, kenapa pak dhoby tak datang ke mahkamah. Selepas itu, pak dhoby terus terbuka hati nak pergi mahkamah. Ni lagi sekali sedih gilak tengok muka bet0. Time dia nampak bapak dia masuk dalam mahkamah tu. Alahai... lakonan mu cemerlang dik.

Dan semasa di dalam kandang, rosli pun bercerita lah apa yang berlaku dari mula dia diapproach oleh morshidi, sampai lah pembunuhan itu. Dan selepas itu, hukuman pun dijatuhkan. Kebanyakan ahli rukun 13 dipenjara atara 5 -15 tahun, sementara 4 orang yang utama yakni rosli, abang rambli, morshidi dan pak bujang dihukum gantung sampai mati. Semasa nak dibawa keluar dari mahkamah, oh, sedih sekali. Yang aku paling kesian ialah part umur dia diubah tu. Sebab sebelum melakukan misi tersebut, dia optimis sekali bahawa dia takkan dihukum dengan hukuman orang dewasa yakni gantung sampai mati. Tetapi, lain yang jadi.

Oh, lupa lak nak citer. Sebelum kejadian jiga abang rambli juga telah berjanji untuk menjamin mereka. Tapi, selepas beberapa minggu, abang rambli tak kunjung tiba. Actually sirat yang tak kasi pegi jamin, takut derang tau pasal rukun 13. Tapi last2 dia jugak yang bocor citer. Dia pulak terlepas sebab awal2 lagi dia tak masuk dalam rukun 13. Apa jenis ketua tah. Nyampah aku. Sirat memang jahat!!!

Beberapa hari sebelum digantung, datang sorang pakcik ni bagi tazkirah sikit kat rosli. Kendian dia tanya kalau ada apa2 permintaan terakhir. Rosli minta kertas, pen dan senaskah yasin. Diapun tulis 'warkah terakhir' itu. Dan pada pagi 2 ke 3 mac tah, dia pun digantung. Alahai...

Begitu lah lebih kurang kisah perjuangan roslidhoby dan rukun 13 di saghawak. Banyak pengajaran yang boleh dikutip. Pikey lah sendiri... adios!

4 komen:

Yayu said...

Sedihnyaaaaaaaaaaa....

AyunasiA said...

kannn??? kalo nak tengok, bila2 nanti dtg bawa pendrive lebih kurang 2G, orang dah download.

ayzaqaysukashah... said...

sdh gak...tp x feel sbb ada 3 part...tapi lagi sdh tgk akak nangis...wakakaka

Irfa said...

sedih siot..aku baru tahu pasal ni.