Friday, 11 November 2011

Terlambat

Selalu kalau tengok drama melayu, kita boleh agak apa endingnya. Dan biasanya tajuk cerita tu turut membantu penebakkan dan berkaitan dengan cerita. Tapi aritu, aku tertengok satu citer ni. Tajuknya terlambat. Dari mula cerita, sampai dah habis, baru lah faham kaitan tajuk terlambat tu. Sepanjang menonton cerita tu, aku macam, apa yang terlambat eh? Gitu. Sekali lagi, aku nak citer sinopsis sesikit.

Pelakon citer ni ialah memek. Hero dia aku tak kenal, tapi muka dia macam pelakon iklan panadol yang main futsal bawak sepapan panadol tu. Sepapan lagi simpan kat rumah hehehe. Sekotak ada 2 papan.

Memula citer ni, memek eksiden kecil. Kendian mamat ni tolong. Pastu derang pun bercinta dan kawen. Tak lama kemudian, memek pun pregnant. Tengah soping2 barang baby, tetiba kuar darah pulak. Dipendekkan citer, anak tu tak dapat diselamatkan, sementara memek pulak lumpuh kaki. Jadi lah dia oku.

Memula laki dia ok, lelama dia fed up ar. Sampai lah dia kenal dengan kawan baik memek ni dan bercinta pulak. Last2 dia cabut. Si memek pulak, kakak dia bawak gi penang dan mendapat rawatan di sana. Lama2 dia pun boleh berjalan semula. Laki dia pulak, kena berenti keje sebab cawangan kat melaka syarikat dia keje tu ditutup. So, dah takde keje. Last2 dia pegi rumah memek tetapi memek sudah pun berkahwen dengan doktor yang merawatnya di penang itu. Ohhh itu yang terlambat rupanya. Memang last scene tu lah yang menunjukkan tajuk tu.

Ni kira first time lah aku tengok cerita yang tak dapat relate kan tajuk dengan cerita dari awal. Sekian.

3 komen:

Irfa said...

oh citer tu.aku tengok iklan je tapi x tengok ceritanya..lagi kalau si memek belakon,takpela

Luna said...

sebut memek memek ..tak rasa mencarut ke?hahahahaha

Irfa said...

hahahhaha..luna luna..
mana ko ilang ha?