Bagaimana seorang lelaki, tergamak memberi rezeki yang tidak tentu halal nya kepada keluarga nya? Isteri dan anak2? Kalau pun rezeki itu halal sumbernya, adakah kaf ba ro kaf alif ta nun nya? Aku ada dua kes yang aku cuba nak ceritakan. Aku tak minta apa2, komen, pendapat, atau apa pon. Cuma ingin berkongsi cerita, dan sama2 mengambil pengajaran daripadanya. Kita selalu yakin, pekerjaan kita halal. Rezeki tu halal, boleh buat pegi haji. Bagaimana kalau tidak? Aku bukan nak menjatuhkan hukuman, sekadar mengajak kalian berfikir sejenak.
Kes Satu
Kes ini berlaku ke atas sepasang suami isteri. Mereka telah bekerja di universiti itu agak lama. Tidak lama dulu, mereka ditawarkan biasiswa untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat phdi. Mereka telah pergi ke UK untuk tujuan itu. Selesai tempoh pengajian, mereka pun pulang dan menyambung khidmat di universiti tersebut dengan membawa title Dr. Sipolan dan Dr. Sipolana.
Sepanjang berkhidmat, mereka turut memiliki sebuah cybercafe yang biasanya dijaga oleh pelajar yang membuat projek akhir dibawah seliaan mereka. Disamping itu, mereka turut mempunyai syarikat yang telah mendapat projek yang agak besar di sebuah bank.
Persoalan di sini bukan lah tentang kerja2 sampingan tersebut. Mereka mencari rezeki yang halal, tidak salah, walau pon ia melanggar etika (atau undang2?) sebagai penjawat awam. Tentang bisnes tu aku tak mo sentuh. Meh sambung lagi.
Pada suatu hari, mereka telah dipecat (atau meletak jawatan?) dari jawatan di universiti itu. Rupa-rupanya, mereka berdua sebenarnya tidak menamatkan pengajian mereka di peringkat phdi dengan jayanya. Sebaliknya, telah pulang dengan membawa title, tanpa segulung ijazah. Cikgu tak marah la kalo ko berterus-terang. Tak yah la menipu. Bukan menipu universiti, tetapi pelajar2 juga. Bayang kan berapa ramai yang telah tertipu selama beliau berkhidmat dengan status tersebut?
Kes Dua
Lelaki ini telah bekerja di sebuah kilang sebagai seorang jurutera. Sepanjang tempoh itu, beliau telah berkahwin dan mempunyai seorang cahaya mata. Pada suatu hari, beliau telah berhenti (dipecat?) dari kilang tersebut. Rupa-rupanya, pihak pengurusan telah mendapati bahawa lelaki ini memiliki ijazah palsu dari sebuah universiti tempatan. Ingat ya, jangan fikir majikan mengambil mudah perkara seperti ini.
Ingatlah, walau pun anda cekap dan rajin serta terampil dalam pekerjaan, soal pokok seperti ini adalah sangat penting kerana walau pon rezeki itu halal sumbernya, belum tentu lagi mendapat kaf ba ro kaf alif ta nun.
p/s kalau orang2 ni belanja makan atau buat kenduri, korang nak makan tak? atau datang je tak makan sebagai menghormati jemputan beliau?
Friday, 19 June 2009
Yang Halal - Halal Saja
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komen:
Post a Comment