Saturday, 27 June 2009

Jom Shopping Barang Rumah & Toiletteries!

Hari ni saya nak ajak para pembaca blog saya follow saya ke supermarket untuk membeli barang keperluan rumah. Okeh tak payah sindir saya kalau barang yang saya beli termasuk dalam senarai produk pro-israel. Cuma ingin berkongsi dengan kawan2. Cekidaut!


1. Detergent / Sabun Basuh


Saya adalah pengguna tetap dynamo sejak 2003, iaitu sejak saya mula bekerja. Kenapa saya menggunakan dynamo? Kerana baju yang dibasuh sudah sedia wangi walau pun tidak direndam dengan softener. Kononnya jimat la kan. Tak payah beli softener, 2 in 1. Tentang perisa (ke apa ek? bau, model, versi) nya pulak, saya tukar2. Kekadang biru, pepel, oren. Tak kisah la. Cuma kaalu yang oren tu, botolnya ada kegunaan selepas habis. Kalau kaler lain saya buang je. Tapi yang oren saya isi air dan jadikan penahan pintu pagar rumah saya. Nak jugak sedondon hehehe.
2. Softener



Pilihan saya ialah comfort. Bau paling best ialah yang warna putih nih. Tapi kalau takde putih, selalunya saya ambik je apa2 warna yang ada asalkan murah. Tapi ada kecuali. Saya tak ambik kaler hijau. Tah, macam busuk je bau dia. Saya mula menggunakannya sejak berumahtangga, lebih kurang tahun 2005 la. Sebab saya memilih comfort ialah kerana ianya lebih pekat berbanding softlan. Dulu saya guna softlan, tapi pada suatu hari, tiba2 mereka telah mencairkan cecair itu, lalu saya terus bertukar kepada comfort. Saya pernah juga membeli comfort ni versi 5 liter di sebuah pasaraya di dungun. Tapi sekarang macam susah nak jumpa lagi. Pernah jumpa sekali tak la lama sangat, baru2 jugak. Tapi agak mahal bila dikira harga/kuantiti. Jangan tak percaya, nak beli jajan pon kami tekan kalkulator.


Contoh, kalau beli biskut cipsmo, kan ada pack kecik ngan pack besar, kan? So, kami akan kira harga yang kecik, bahagi ngan weight nya dan bandingkan dengan yang besar. Yang mana lebih murah, itu lah yang kami beli hehehe. Contoh lain, jika membeli susu kultur. Jenama nutrigen isinya 125ml, sementara solivite pula 150ml. Nutrigen jual harga mahal dengan free sebotol. Solivite pula takde free tapi harga murah. So kami akan kira juga isipadu nutrigen x 6 botol, kemudian harga tu bahagikan dengan isipadu tersebut. Begitu juga dengan solivite x 5 botol. Wahahahaha cerewet nyer kan? Itu lah pengguna bijak yang kedekut hihihi. Eh, sambung balik. Mengeradau je lebih.

3. Ubat Gigi


Dulu saya guna je mana yang murah. Kalau zaman sekolah dulu, beli fresh&white sebab murah sangat. Masa kat uni, pakai colgate herbal dan sejak berumahtangga, saya guna darlie. Ingat tak, dulu muka orang kat pack dia tu itam dan berbintik2 kan? Pastu derang rebranding dan jadik la cam sekarang, orang putih. Kalau kat rumah (kampung) abah saya beli colgate. Tapi, sejak tugas belanja barang dapur ni digalas oleh mak, mereka telah menggunakan darlie. Kenapa sama dengan saya? Sebab nya sama dengan saya. Saya terpengaruh dengan along. Dia citer, abang long kalau gosok gigi memang lama. Kalau kiter rasa nak muntah kan? Tapi hasilnya, gigi abang long adalah sangat kuat. Jadi, di pagi raya, kalau kami beratur untuk mandi, pastikan dulu siapa di dalam bilik air kerana kalau abang long, pasti berjanggut menunggu hihihi. Saya memilih untuk kekal dengan jenama ini kerana ia berwarna hijau. Sebabnya, ada segmen pencuci di bawah.

4. Pencuci serbaguna


Saya suka makan epal hijau dan minum jus epal. Jadi, saya telah memilih ajax perisa epal untuk rumah saya. Mula digunakan sejak berumahtangga juga. Selain sebab di atas, saya ada sebab untuk menjadi pengguna tetap kerana bilik air saya berwarna hijau hehehe. Owh, hari ni saya cuci bilik air saya. Wangi, kan?

5. Syampu


Saya tidak berapa puas hati dengan rambut saya. Saya mengalami masalah keguguran rambut. Rambut saya boleh didapati di mana2 dalam rumah saya, selain benang hikhik. Semasa di uni, rambut saya juga gugur lebih hebat dari ini, tetapi masalah kelemumur mengatasinya. Saya pernah menggunakan syampu optimum, sape pengeluar eh? Beli di farmasi? Tah. Tapi mahal la, dan tidak mampu. Selepas itu, saya menggunakan head & shoulder kerana pengaruh iklan nya yang menunjukkan kelemumur model itu tidak jatuh di atas bahu. Tetapu rambut saya ggugur dengan hebat sekali. Sejak itu, saya bertukar kepada pantene. Dengan pantene, rambut saya telah gugur dengan hebat juga sehinggakan dahi saya semakin luas. Ramai menyangka saya banyak berfikir sehingga botak di dahi hihihi. Padahal ia adalah angkara syampu botol putih itu. Selepas itu, saya bertukar kepada syampu indon, sunsilk. Botol kaler putih. Syampu ni lagi dahsyat. Bukan saja rambut saya gugur dengan hebat, kelemumur juga telah kembali dengan super hebat. Kegatalan bukan pada kepala sahaja, malah juga telinga dan leher. Kira mana2 bahagian yang kena syampu ni lah kot. Pada waktu itu, hidup saya sungguh terganggu. Merenyam kepala saya. Lalu saya bertukar kepada rejoice rich nih. Itu pon atas pengaruh suami saya yang mengatakan, dengan menggunakan syampu ini, kita boleh menjadi kaya. :p Sejak itu, saya tidak bertukar lagi. Walau pon rambut saya masih gugur, tetapi ia tidak begitu kritikal, dan kelemumur juga hilang. Selain itu, botolnya juga berwarna hijau hehehe.

6. Tuala wanita

Hahahahaha malu tak nak letak gambar nih? Kalau letak gambar dalam bungkusan tak malu sangat kot hihihi. Saya menggunakan produk ini sejak bekerja. Sebelum itu, saya guna yang paling murah sekali iaitu carina. Walau pun ia tidak menyerap dengan baik, tetapi saya tak mampu membeli yang lebih baik. Sekarang punya pon murah juga, tapi penyerapannya lebih baik dari yang cikai tuh. Saya memilih kotex di antara jenama2 lain yang senilai dengannya kerana ia tidak menggunakan jeli. Tak pandai saya nak cuci yang ada jeli tuh. Saya juga tidak menggunakan yang hebat serapan seperti whisper kerana harganya yang mahal. Sayang nak pakai dan buang yang mahal2 nih. Kalau bagi free nak la.
7. Pencuci muka

Cakap pasal muka ni, ada sedih sket la sebab banyak jerawat. Sejarah jerawat ni agak panjang, sejak saya berusia 18 tahun. Lama kan? Lebih 10 tahun tau hukhukhuk. Gini ceritanya, saya kontot kan cerita yang panjang eh. Dulu, masa form 5, tahun 1996 saya guna fair and lovely. Kira krim pertama singgah di muka dalam hidup la kononnya. Zaman tu memang zaman kebangkitan benda ni lah saya rasa. Kira best arrr kan bleh jadi putih melepak kan. Dan saya memakainya sehinggalah seorang roomate saya kat kolej seroja mengatakan benda tu mengandungi bahan yang merbahaya. Kawan tu dak food science, tapi tah cemana saya leh terpengaruh dengan dia dan berhenti menggunakannya. Tak lama kemudian, saya telah menggunakan produk eversoft. Ingat lagi, saya beli ngan gaji keje kat kilang pne pcb waktu cuti sem ke 2 di itm. Siap saya beli pencuci, toner dan pelembap lagi. Dan di situ lah bermula segala-galanya. Nak dipendekkan ceri
ta, jerawat saya mula surut selepas saya makan ubat antibiotik tetracycline (eh, benda ni ada effect ke? tengok kat csi macam ada something je ubat nih). Kalo gi spital ke klinik, musti doktor kasik ubat nih la kalo ada jerawat. Tapi, sampai sekarang, masih betul2 sembuh. Still kuar gak jerawat kalau termakan kacang dan time nak period. Dulu lagi sadis, doktor kata takleh makan telur, coklat, seafood dll. Pergh! Dekat 10 tahun gak saya tak makan telur beb. Eh, ada lah termakan sesikit seperti kalau makan kuih ke kan, mesti ada telur kan. Tapi memang tahu lah ada telur ke takde sebab ada 'sign' keluar dari pori2 muka ku huhuhu. Lepas kawen, baru lah saya belasah makan apa je. Mula pulun seafood, telur dan eh, coklat saya dah tak suka plak. Maybe sebab dah lama sangat tak makan kot. Bila dah lenjan seafood banyak sangat pulak, tetiba saya terkena serangan alergik. Adoiiii satu badan kuar gatal2 macam awan. So, sekarang saya kurang kan makan seafood. Sekarang juga, alergik tu dah jadi alergik sejuk pulak. Kalau sejuk sangat dia kuar. Eh, tapi tiap2 ari dok kat ekon tak kuar awan gemawan tuh pon? Sejuk hujan je kot hihihi. Eh, apa citer tadik? Oh, pasal pencuci muka. Actually dah macam2 pencuci yang saya guna. Dove, amway, mustika ratu, lactacyd (ni mula2 klinik kesihatan itm yang kasik), dll. Sekarang, saya pakai clean & clear sebab sama ngan suami ku. Senang nak bawak ke mana2. Sejak biler ek? Rasanya dalan 2-3 tahun ni la. Baru je. Eh, ni dah masuk bab sejarah la pulak ek. Lantak ler, layan...

8. Deodorant

Tak ingat la biler saya mula pakai nivea nih. Sebab nya pulak, kerana ia ada bahan pemutih. Bimbang keti ku hitam. Padahal, kalau hitam pon, bukan orang nampak. Tapi orang rumah nampak hihihi.
9. Krim
Saya mula guna sejak 2006/2007 kot, tak ingat. Sebab pon tak tau kenapa. Hiii dah takde idea sebenarnya hehehe.
10. Akhir sekali, Jus kegemaran


Tiba2 masuk bab makanan minuman pulak eh. Sebenarnya saya nak letak kicap, sos, susu, dan banyak lagi, tapi tak jumpa gambar kat yahoo. Eh, boleh je ambik gambar terus ek? Ah, malas arrr. Lagi pon, dah banyak giler nih. Tentu uolsss dah rasa berpinar2 dan loya. Okeh, berkenaan minuman ni eh. Saya suka minuman sunquick kerana ia besttt. Saya selalu beli atau yang mesti ada di rumah ialah perisa oren mandarin atau mango. Saya kurang gemar perisa oren asli, tapi kalau pergi rumah orang, saya minum jek. Kat rumah sendiri, saya cipta identiti rumah saya sendiri hehe poyo. Sama seperti teh boh songket juga. Tu pun identiti rumah saya juga, kan?

Nampaknya saya dah letih menaip. Bukan setakat menaip, tetapi, untuk mengalihkan imej2 dari yahu memerlukan kesabaran, tidak seperti gambar dari kamera biasa. Tah, dia takleh copy paste ek? Ke boleh? Apa2 pun, selamat bercuti panjang sket warga johor!

3 komen:

Anonymous said...

saya juga pengguna KOTEX sedari....

bila ekk..eemmm...

rasanye dari ting 3 kot...dan sehingga kini. Pernah juga try yg lain2..tp mcm x selesa...
Skrg pki kotex ni lagi best sbb wlu byk mana pon 'dia' keluar...pad masih boleh menampung lagi..

tiada kebocoran....Gunakanlah Kotex!!

hehe..pomot..pomottt

Puteri Satu said...

akak jugak pengguna tegar kotex..hiks...tapi olay tu mang tak leh pakai...mengelupas kulit..tak tau naper..

sempoi said...

saya tak pakai kotex ngan olay...
yg lain pakai lor...