Musim ekonomi down cenggini, kalo la ko seorang budak lelaki berumur 21 atau 22 tahun, baru grad diploma kemahiran, kendian ada orang offer keje, takde interview, sebaliknya cuma dipanggil borak2 jek, dengan gaji sebanyak RM2,600, dengan syarikat oil and gas antarabangsa yang berpengkalan di perancis ke hape tak kisah la dan korang akan bekerja bersama2 ngan 4 lagi kawan sekelas korang, apakah yang akan korang lakukan?
A. Tolak tawaran tersebut sebab mak pak anda suh anda sambung diploma lanjutan
B. Tolak tawaran tersebut kerana ayah anda baru meninggal dunia dan mak anda mahukan anda di sisinya sentiasa (weiii kluang ngan pasir gudang tak jauh la makkk)
C. Tolak tawaran tersebut kerana mak anda tak kasik pergi, keje kat area kampung jek. Belakang umah kita kan ada ladang anggur, ko cipta la robot yang boleh tanam, siram, petik buah anggur tuh
D. Terima dengan kesyukuran kerana mengerti betapa susahnya nak mencari, apatah lagi mendapat kerja sekarang neh.
Apa yang aku nak ceritakan kat sini ada kena mengena ngan bebudak aku yang nak grad minggu neh (jumaat nih last). Lebih kurang 2 bulan yang lepas kot, ada satu company ni panggil derang interview dan keputusannya, mereka memilih 5 orang untuk bekerja dengan mereka dengan condition di atas. Untuk makluman, gaji tu adalah basic, takde elaun lain tapi banyak ler tambahan ot, gi off shore ke hape ke. O&G kannn. Tapi, tak kisah la takde ot ke hape, kan? Dah cukup banyak ler tu.
Cuba korang bayangkan. (pejam mata ok) Di tempat kami ada satu unit yang ditugaskan untuk memasarkan graduan2 ini yang dipanggil unit cess. Baru ditubuhkan dan keje derang ialah cari dan panggil company datang or bawak budak gi interview. Dalam satu kes ni, derang nak budak mekatronik, so unit ni kasik la budak2 yang terbaek kan. Korang bayangkan lagi, budak2 ni tengah buat final projek, tak komfem lagi menjadi projek tuh, derang dah komfem2 ada keje.
Yang bikin hangin satu (errr ke beberapa) badan ialah, ada tah bape orang budak nih, boleh pulak dia tolak dengan alasan A, B dan C tersebut di atas. Ok, kiter takleh nak paksa, tapi yang malunya ialah orang2 di unit cess tadi la kan. Kata dah kasik yang terbaekkk. Tetiba ada yang menolak pulak. Nakkkkkk je aku dush dush dush kan. Sibbaik bukan aku yang duk kat cess tu.
Orang kata, cuba je lah dulu. Agak2 tak serasi keje tu, baru lah mintak berenti ke hape kan. Ni, cuba pun belum, dah tolak e'awal. Takpe la, yang alasan A tu kira ok lagi. Tapi, korang tau tak apa misi dan visi kami? Melahirkan tenaga kerja mahir yang mampu bersaing di peringkat global (lebih kurang la, aku tak hapal hikhikhik). Maksud bersaing di situ ialah, korang tu mampu dipasarkan di pasaran pekerjaan. Dah, orang dah kasik keje, ko nak sambung belajar haper lagi? Ko ingat gaji pengajar korang ada ke sebanyak tuh?
Tambahan lagi, orang salu cakap, nak keje international company, yang penting mesti pandai bahasa inggeris kan. Tapi, yang company ni cakap, yang penting pandai buat keje. Korang, kalu aku campak kat hutan setahun, aku rasa bahasa beruk pon ko boleh faham tau. Siap bleh sembang2 lagi ngan beruk2 tuh.
Ok, dah, lega rasanya dapat bebel kat sini. Aku malas nak bebel kat derang. Bukan budak kecik. Gi la duk bawah ketiak mak ko. Sok, aku tak kasik setahun la, 3 bulan nanti, ko tengok la member korang yang keje tu jadi cemana.
p/s keje mana yang senang...
Wednesday, 17 June 2009
Kerja
Hasil karya AyunasiA pada 1:49 pm
Label: Isu Mereka
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komen:
Post a Comment