15 Jun 2009, Isnin
*Kerana nak mencari gambo langsir kat yahu, laptop ku diserang virus, trojan, spyware, adware, tupperware, dan yang sewaktu dengannya. So, aku serik. What to do??? Tiada imej di entry ini.
Susah jugak biler buat langsir dua tahun sekali. Tiap kali nak beli, kena ukur satu rumah. Dah beli pulak, nak jahit, kena ukur lagi. Cepat bebeno lupa. Dah tau cepat lupa, lenkali tulis ler. Tak geti2? Aku ni tau cakap je, buat nyer tidak. Sekarang, aku nak membuktikan bahawa aku cakap serupa bikin. Sekurang2nya leh buat panduan kepada orang lain yang nak menempah langsir dan tidak tertipu. Tapi untuk tinggi bergantung kepada kedudukan rail korang ek. Aku nyer 6 inci di atas tingkap kecik.
Sliding door 3 panel dengan tingkap kecik kat atasnya
Tinggi : 108 inci = 9 kaki. Maknanya, kalo beli langsir lerang 60 inci, kena beli 12 meter atau 3 meter x 4 (+- basi untuk lipat atas dan bawah). Kalo lerang 110 inci lak, takyah pikir tinggi dia bape. Cuma pikir time nak jahit nanti jek.
Lebar : Standard nyer kalo nak kasik cantik, cangkuk tu diselang satu jek. So, kalo beli lerang 60 inci, kena guna 4 keping, seperti yang aku cakap tadik sekeping 3 meter. Kalo lerang 110 pulak, terus jek beli 6 meter.
Kesimpulannya, lerang 60 = 12 meter, lerang 110 = 6 meter.
Tingkap 3 panel dengan tingkap kecik kat atasnya
Tinggi : Sama ngan sliding door. Rumah lain aku tak tau, tapi ni kira standard jugak. Bergantung juga, kalo ko letak rail tu kat siling, lain ler tinggi nyer kan.
Lebar : Lerang 60 kena guna 3 keping. Maknanya sekeping tu kena belah dua dan sambung kat setiap 2 keping tuh. Oleh kerana tinggi nyer sama yakni 3 meter, kali ngan 3 keping, jumlah nya ialah 9 meter. Kalo lerang 110 pulak, terus jek beli 4.5 meter.
Kesimpulannya, lerang 60 = 9 meter, lerang 110 = 4.5 meter.
Tingkap 2 panel dengan tingkap kecik kat atasnya.
Tinggi : Sama jek = 3 meter.
Lebar : Lerang 60 kena guna 2 keping jek. Maknanya sekeping untuk satu tingkap. So, untuk lerang 60 total nyer 6 meter sahaja. Lerang 110 pulak 3 meter sahaja.
Bab kepala pulak
Kepala ni tak tentu. Bergantung kepada jenis apa kepala tuh. Untuk kepala sliding door dan tingkap 3 panel, kalo wat lipat2 macam skirt tuh, kain satin tuh kena beli 6 meter la lebih kurang. Aku beli 7 meter, tapi ada lebih baaanyak jugak. Kalo satin ngan depan tu nak lipat sekali, kain atas dia pon kena beli banyak tuh jugak. Kalo satin je yang lipat, kena kira sendiri la. Lebar sliding door tu 3 meter, lebar tingkap tu lebih kurang 2.25 meter. Biasa kalo depan tu flat jek, kiter nak bahagian depan tu cantik takde sambungan. Kena la beli kain mengikut lebar tuh. Nak senang, wat kepala biasa, maknanya, tepek tape jek, nanti dia ter ropol la sendiri kan. Tapi, takde lah nampak kreatif sangat hikhikhik. Cuba ko buat scallop bagai, kompem dapat tabik spring daripada ibu mertua hahaha.
Ok, tak penting korang faham ke tidak. Yang penting, aku dah ada rekod nih, lenkali senang nak rujuk. Untuk selamat, beli lebih sket. Kalo lebih pon takpe, leh buat sarung kusyen.
Monday, 15 June 2009
Matematik Nyer
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 komen:
salam ...
wah langsir baruuuu
apa partern ?
salam...
takde nama la pattern tu. tengok je la nanti (raya), kendian br kasik nama.
Post a Comment