Sunday, 21 June 2009

Perasmian C0mmunity P0licing $kim R0ndaan $ukarela ($R$) Taman Wir@ Jay@

Pada hari Sabtu, 20 Jun 2009, telah berlangsung majlis perasmian C0mmunity P0licing $kim R0ndaan $ukarela ($R$) Taman Wir@ Jay@. Bertempat di tepi 'parit' l@pis $empadan, skim ini telah dirasmikan oleh YB Ab Az1z Kapraw1, Ahl1 Dew@n Und@ngan Neger1 Kawasan Parit Raj@pada jam 3.30 petang.

Majlis yang bermula pada jam 2.30 petang itu turut dihadiri oleh Ketua P0lis Daerah B@tu P@hat, Ketua P0lis Balai Par1t Raj@, Ketua P0lis Balai Sr1 Gad1ng dan pegawai2 polis berkaitan serta wakil2 penduduk berhampiran.

Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh wakil penduduk taman ini, iaitu Encik Jal1l bin Ru$ek (rasanya dia ni bekas guru besar sekolah rendah aku, tapi zaman selepas aku laaa. nanti balik kampung nak tanya abah. sekarang dia guru besar kat mana tah, area2 sini kot). Seterusnya, diikuti dengan ucapan perasmian oleh YB Adun, sekaligus merasmikan skim tersebut. Dalam ucapan aluan tadi, wakil penduduk telah membuat 3 permohonan terbuka, dan salah satu daripada telah pon diluluskan serta merta oleh YB. Alhamdulillah. Tq YB, sok2 saya pindah pusat mengundi, saya undi YB, kot. Kot la hehehe. Tak janji hikhikhik.

Selesai YB menandatangani papan tanda peringatan, beliau bergegas meninggalkan majlis kerana ada urusan rasmi yang lain. Majlis diteruskan dengan ucapan dan dialog bersama KPD. Kemudian, KPD turut menyarungkan jaket keselamatan kepada 5 orang wakil anggota SRS taman ini. Akhir sekali, majlis berakhir dengan jamuan ringan. Kami dijamu dengan bubur lambuk yang masih panas dan enak. Selepas itu, aku pon balik ler.

Ucapan perasmian oleh YB Ab Az1z Kapraw1

YB menandatangani papan peringatan (ke hape nama benda ni tah)

Cenderahati buat YB yang tergesa-gesa nak blah. Kenapa YB mesti pakai baju putih eh?

KP daerah BP memberi ucapan dan berdialog dengan penduduk. Hari ni pon ada majlis Sepetang Bersama KP nih kat summit

Wakil anggota SR$ yang disarungkan jaket keselamatan

Pak polisi dijamu bubur lambuk.

Yang berbaju batik biru tu lah cikgu jalil tuh, guru besar tuh la

Gotong-royong memasak bubur lambuk pada pagi itu

Untuk rekod, skim kami merupakan yang ke 151 di daerah Batu Pahat ini, dan yang pertama melakukan majlis perasmian seumpama ini di daerah ini. Syabas bethi!

Sekian.

0 komen: