Tuesday, 16 June 2009

Guru Sandaran

16 Jun 2009, Selasa

Mesti korang sumer tau apa ke bendanya guru sandaran tu kan? Selalu tak korang dengan GSTT? Guru Sandaran Tidak Terlatih kan? Tapi, tahukah anda bahawa ada 2 jenis guru sandaran tidak terlatih di negara kita? Ewahhh macam intro majalah tige pulak.

Okeh, yang dah tau tu diam2 jek ek. Gini, kan aku ada mention arituh yang biras aku yang sorang tuh dah pindah ke BP nih sejak ermmmm biler ek? Tengok, aku pon tak ingat biler. Korang tau sebab apa aku tak ingat? Bukan bukan. Bukan sebab aku banyak makan semut atau kepala ikan, atau pun melintas antara orang yang sedang berbual. Mungkin itu salah satu faktor, tapi yang penting, sebab utama adalah kerana 'derang' tak pernah datang umah aku sejak itu. Percaya tak? Ok ok tipu sikit. Ada la dia datang, tapi tak masuk, time mil datang aritu. Derang babai2 dari depan rumah jek. Patut ke tak datang rumah kakak biras? Patut kah? Ok, sindiran di situ.

Tapi, apa kaitannya dengan guru sandaran? Ala, kan biras aku tu dah jadi guru sandaran kan. Tak ingat ke aku citer arituh? Alaaa yang aku citer jumpa derang tengah nak makan tu. Yang aku gi salam derang tu. Hahaha poyo nyer nak ambik ati benda2 kecik cenggitu. Ehhh mesti lah. Kalo aku yang wat pangai cenggitu, kompem dah kena bebel ngan suami ku. Dia kalo boleh, jumpa jiran kat pasar pon nak kena salam2 bagai. Eh, tapi yang aku pasan, orang lelaki memang suka salam2 kalo jumpa ek. Walo pon opismate. Tiap2 ari jumpa, mesti salam. Bagus bagus.

Eh, apa citer tadik? Hah, gini, ada satu ari tuh, tetiba derang ajak kuar makan. Aku ingat abang yang nak belanja. Rupanya derang yang nak belanja sempena aniberseri derang. Alaaa time aniberseri perlantikan aku tu. Sama arrr tarikh nya. Saper suh tak cakap derang nak belanja. Dahhh aku order macam2.

Sambung lagik. Pada hari tersebut lah baru kami dapat berborak2 pasal guru sandaran nih. Rupa2nya ada 2 jenis guru sandaran, iaitu

  • Kontrak satu sesi persekolahan
Untuk kategori ni, katakan ko start keje bulan januari atau hari pertama persekolahan. Maka, ko akan ngajo kat sekolah tu je lah sepanjang tahun tu, sampai la tutup sekolah hujung tahun. Dalam kes nih, gaji korang dikira macam pekerja2 biasa. Cuti sekolah pon dapat gaji, cumanya, gaji nyer kecik ar.

  • Pindah2 sekolah, ikot mana sekolah yang ada cikgu bersalin (camne kalo ko plak bersalin?)
Biras aku ni ambik pakej nih. Kiranya dia duk sekolah tu sampai cikgu tu abis ari, pastu tengok ar sekolah mana lagi ada cikgu bersalin, ko gi situ pulak. Susah nya, kan? Baru nak mula biasa ngan suasana sekolah tu, dah kena pergi sekolah lain pulak. Pulak tu, tengok pulak cikgu yang bersalin tu ajo apa. Kalo yang ni ajo fizik, yang itu ajo sejarah, yang itu pulak ajo bio, mak aihhhhhh tak sanggup aku de. Kelebihannya, gaji mahal sket, mahal ker??? Gaji dikira pada hari bekerja sahaja. Atau hari sekolah. Cuti sekolah ke, cuti umum ke, sabtu ahad ke, takde gaji. Sehari dibayar kira2 RM98. Ko darab je lah sebulan 20 hari sekolah, dapat lah dalam RM1960 kan? Boleh la tahan. Tapi, buatnya bulan tu banyak cuti or time cuti sekolah cam arituh, 2 minggu, camno? Sebenarnya derang dah terjebak memilih pakej nih. Kalo difikirkan balik, nampak macam sama je. Yang tu gaji sikit, tapi kekal sepanjang tahun. Yang ni, gaji lebih sket, tapi tak menentu.

Okeh, sekarang korang dah paham, kan? So, saper2 yang nak mohon guru sandaran, sila fikir dulu option2 ni okeh? Selamat beramal!

2 komen:

Ann said...

terima kasih banyak2 sbb sudi bitau benda2 mcm ni. saya berminat nak jadi guru sandaran, tapi tatau nak tanya pada siapa. good post for me!

AyunasiA said...

oh, berguna eh? same2.