8 Jun 2009, Monday (terpaksa letak tarikh sendirik huhuhu)
Minggu lepas aku ambik cuti 3 hari. Tujuannya, nak mengikut suami melawat bebudak prektikel. Oleh kerana jarang sekali jejak kaki ke klang valley, harus ler aku wat plan sopping. Heee abis ler duit aku...
Hari Selasa, lepas isyak, kami pon bergerak. Semalam dah siap kemas baju dah. Memula gi makan dulu. Lepas makan, teringat pulak lupa bawak baju kurung. Abang kata ada kenduri kawin kat pj ari sabtu. Kata orang, dah keluar rumah, tak elok patah balik. Tapi, kata orang jugak, kalau patah balik jugak, jangan ikut jalan yang sama. Oleh kerana kami pergi tadik lalu jalan parit, patah balik ni kami lalu jalan besar. Sampai rumah, tengok2, jiran2 yang tadi dah babai2 tu ada lagi. Hihihi malu la pulak.
Lepas ambik baju, terus keluar ikut tol yong peng. Hujan on off. Maka, aku pon tertido sepanjang jalan. Tak tau lah apa kaitannya. Sampai nilai dah dekat kol 1pm. Dapat la diskaun tol sket. Kalo belum kol 12 rasanya aku berenti sekejap kat tepi tol tu kot. Buat macam eklan mekdi tuh, kul 12 tepat baru bayar tol. Sampai2 je, terus tido.
Hari rabu, tak pagi sangat, kami pergi bangi dulu. Memula gi soni. South plant. Ada sorang budak kat situ. Time nak masuk tuh, pak guard siap check mata lagi. Aku rasa dia check anak mata untuk kesan h1n1. Pak guard tu pon pakai mask. Kengkonon aku takmo lah ikut masuk. Dahhh kat luar tu panas ya amat. Pastu, dah masuk tupon ada waiting room yang selesa, tapi abang ajak gak masuk. Maka, terjebak lah aku seolah2 jadi co-supervisor pulak. Ok gak. Boleh aku belajar2. Lenkali mesti aku kena melawat budak aku praktikal jugak kan.
Budak yang pertama ni siap wat short presentation. Boleh jugak tau pasal tv lcd soni. Lama la jugak kat situh. Keluar tuh dah tengahari. Mentara nak pergi soni north plant pulak, kami gi masjid. Eh, cop. Sebelum pergi tadi kami ada singgah sarap kat bukit mahkota. Lepas solat, kami terus gi soni yang lagi satu. Kali ni parking kat seberang jalan. Betul2 kat tepi plus. Kat bawah billboard besar soni bravia. Kali ni aku tunggu kat kete. Tapi panas la pulak. Nak duk tepi kete, takut kete dari hiway tu terbabas ke, ngeri jugak. Lama pulak tuh. Selesai kat situ, sepatutnya kami pergi ukm, tapi budak tu tak dapat dihubungi sejak minggu lepas lagi. Call opis bos dia pon tak berangkat. Dah malam tu baru dia call balik, kata tinggal henfon kat rumah.
Kendian kami minum2 kat tepi bomba. Makan laksa dengan minum abc dan cendol. Sedap jugak. Pastu terus balik nilai. Bukan balik rumah. Pegi nilai square. Pusing2 sumer kedai, berkenan dengan 2 design. Satu design, lerang 60, rege rm11.90. Mintak kurang pon tak kasik sebab dah rege offer katanya. Satu lagi lerang 110, rege rm43.90. Kat tag. Takde yang layan, so kami tak mintak kurang ler. Kendian pegi nilai 3 pulak. Kat tekstil walk jumpa design kedua, dia kasik rege rm27. Murah banyak!!! Tapi tak beli lagi sebab lum abis survey. Kedai2 kat situ tutup kul 8 kot. Pegi kedai lain, jumpa day curtain yang sehsuai, lerang 110 rege rm18.
Lepas maghrib, kami gi makan terus. Kang dah balik rumah mandi2 wangi2, malas lak nak kuar balik. Makan tempat biasa, order pon menu biasa. Apa lagi kalau bukan poktek. Kali ni dia masak tak pedas sangat. Kira boleh dihirup begitu saja la. Hari rabu ditutup pada pukul 10.30pm.
Hari Khamis kami bergerak awal sikit dari semalam. Destinasi pertama ialah bbst. Tapi kami lalu kota warisan. Sebab nak pegi stesen erl. Rupanya kat situ ada opis dan maintenance centre. Pon aku ikut masuk meeting. Terjebak jugak. Tak sangka ada tempat keje kat situh. Budak yang praktikal tu pempuan, tapi dikasik keje maintenance. Giler ahh. Keje berat tuh. Ye lah, wat maintenance ketapi kan. Kat situ derang tak panggil erl tuh train, sebaliknya ‘rolling stock’. Huhahuha siap berjejak kasih pulak sebab abang macam kenal engineer tuh. Sebaya dan ex utm semarak. Alaaa mesti pernah terlanggar bahu kat utm la tuh. Pas tu kami gi makan kat kedai mamak.
Settle kat situ, kami gi klia pulak. Ok, ni opis gomen pertama yang kami pegi. Aku baru nak cakap, opis private ni takde makan2, tapi kalau opis gomen mesti ada kot. Memang betul pon. Tidak syak lagi hehehe. Tempat yang kami pergi ialah dca atau kompleks kawalan trafik udara. Teringat masa aku isi boring spa8. Salah satu jawatan yang aku pilih ialah pegawai kawalan trafik udara. Pernah dipanggil exam kat Melaka, tapi aku tak pegi pon. Katanya exam tu kena baca petikan, takleh tersasul. Pastu dia kasik gambar, kena describe on the spot. Pendek cite, kena fasih la. Bahasa inggeris.
Kawalan kat tempat tu agak strict. Ada 2 orang budak. Dua2 kawan ulin. Dan asalnya derang buat lawatan ke situ, langsung mintak wat praktikal. Kami dilayan oleh pengarah di situ. Humble je pengarah dia. Kalau pengarah aku, takde de dia nak melayan orang datang melawat budak praktikal nih. Bukan setakat melawat budak, kami juga dibawa melawat tempat keje mereka. Huaaaaa aku takmo ikot lorrr. Dia bawak naik menara tu. Huiiii gayat weiiiiii. Rupa menara tu ala2 menara kl. Dia tunjuk la kawasan sekitar klia tuh. Nampak kecik je kapal2 tu dari atas. Nampak masjid depan kuarters klia yang aku btn arituh. Laaa baru aku tau rupanya lcct tu rupanya attach jugak ngan klia tu, cuma dia kat belah hujung je. Banyak gak ilmu yang aku dapat hehehe. Sepanjang kat atas tuh aku kaku beku melekat kat dinding. Asal nampak pengarah tu gerak2 kat tepi tu, kaki aku sengal jek. Gayat weiii...
Pastu dia bawak masuk ke bilik kawalan trafik udara. Tengok sumer pakai baju batik. Laaa baru teringat arini ari khamis. Orang dalam tu lah pegawai kawalan trafik udara. Hebat2 tuh. Bukan senang nak dapat keje nih. Derang keje shift. Macam yang ada tuh, derang masuk kul 7am, abis kul 1pm. Pastu derang rehat sampai kul 7pm, masuk keje lagi sampai kul 7 pagi. Gitulah keje nye. Tapi yang best nya, keje 2 ari, cuti 2 ari. Kira dalam setahun tu keje setengah tahun je la ek? Macam keje petronas jugak la, keje 4 ari, cuti 4 ari. Keje ni pon masyuk gak gaji nya. Kira 2 kali ganda basic la lebih kurang.
Abis kat situ, kami terus ke cyberjaya. Ni first time aku sampai sana. Macam best je suasana kat situ. Tapi kami sampai tuh dah kul 1pm. So, kami gi cari tempat lepak dulu. Dah pukul 2 baru kami pergi semula ke tmnet. Kat sini ada 3 orang budak. Biasa arrr, tempat2 free ni memang ramai. Cuba yang kasik elaun tu, sorang pon berkira. Kat sini pon lama jugak. Siap makan minum lagi. GM pon sempat sembang sekali.
Last sekali arini, kami gi picc. Ni pon first time jejak kaki. Kengkonon satu hari nanti akan jejak jugak kaki kat sini kalo dapat akc. Kehkehkeh, bos, sila kasik markah lebih2 sket hujung tahun ni ek? Teringin nak masuk dalam nih. Tunggu kat sini best arrr, bleh duduk2 baca paper dalam suhu yang dingin. Lama2 pon takper. Sambil2 tu aku tengok ler display cabinet kat tepi tuh. Banyak souvenir dari tempat2 yang pernah melawat ke sini. Yang aku tergezut tuh, ada satu tu, dari SK Sawah Dato’ Mersing! Kampung ku tuh. Dulu la. Eh, tapi tu tempat tumpah darah saper ek? Ita kot? Tak kisah lah, yang penting nak menunjukkan bahawa, walau pon pihak yang datang tu dari pelusuk kampong mana pon, mereka tetap menayangkannya di cabinet mereka. Banyak lagi space tuh. Ramai lagi boleh datang bawak souvenir. Tak cukup kat situ, nanti derang tambah la kabinet kat belah kiri pulak.
Selesai kat situ dah kul 5 lebih. Kami pon balik ler, sekali lagi ke nilai. Singgah nilai square lagi untuk membuat pilihan. Memula gi design pertama tuh. Ok, dah tak cantik pulak nampaknya. Pegi yang kedua, dia kasik rege rm35. Masih mahal compared to rm27 kedai kat nilai 3. Kendian gi nilai 3 lagi. Sambung survey. Akhirnya pegi kedai semalam tuh jugak. Huhahuha, dia kasik rm20 pulak. Tanpa berfikir panjang lagi, aku terus la beli. Siap beli untuk kepala lagi. Kendian gi kedai day curtain yang semalam jugak. Pon terus beli.
Lepas maghrib, pegi makan macam semalam, tapi kat kedai sebelah pulak. Sebelum tu singgah rumah ambik saleh dulu. Saleh praktikal kat skf. Perasan tak yang kami tak makan tengahari? Hahaha sebenarnya lepas dari picc tu dah kriuk kriuk dah perutnya. Sekali jumpa kedai langsir, lupa terus nak makan. Dah abis membeli, nak belah tu baru teringat hehehe.
Lepas makan, balik rumah, terus belek langsir. Pasnih, bila aku dah jahit, dah gantung, pasti akan mendapat pujian dari ibu mertua wakakaka. Poyo.
Okeh, sambung lagi selepas ini. Hongeh ler nunggu upload gambo2 nih.

Sunyi sepi je kat sini. Sangat sesuai ler kalo nak register tepon kat sini. Kat sini staf yang tunggu customer.

0 komen:
Post a Comment