19 Jun 2009, Jumaat
Apakah tanda2 bulan rejab sudah tiba? Ya, yang paling ketara ialah Tilawah Al-Quran peringkat kebangsaan akan berlangsung. Kalau Tilawah Al-Quran peringkat antarabangsa pulak, tandanya dah bulan Syaaban ler tuh, dan ia juga bermakna, tak lama lagi bulan puasa dan seterusnya hari raya hehehe tak tinggal raya tuh. Padahal boleh je letak fullstop selepas perkataan puasa tuh hikhikhik. Astaghfirullah... Eh, tapi bila teringat puasa, mesti aku teringat pasal aku pindah rumah tahun lepas. Best nyer... ada kenangan manis di bulan puasa. Kekeke orang kenangan manis wat majlis berbuka puasa untuk anak yatim ke, wat terawih berjemaah di masjid 20 rakaat ke. Ni kenangan pindah rumah plak. Takpe takpe, korang jangan pindah rumah bulan puasa ek? Kasik can la aku sorang jek berkenangan seperti itu, ek? Boleh? Plizzzzzzz...
Okeh, aku nak paste email yang aku dapat ni mengenai bulan Rejab. Kang kalu aku lewat post pasal ni kang, korang terlepas 1hb Rejab tuh. Meh kiter kongsi sama dan kejar yop kejar amalan pada bulan Rejab ituh. Eh, pelik ker aku baik2 belaka jek ari nih?
BULAN REJAB
Pada 24 Jun 2009 (Rabu minggu depan ler, atau bahasa lain nyer, esoknya gaji hihihi) kita memasuki bulan Rejab. Bulan Rejab adalah bulan Allah swt. Let's overview ada apa di sebalik bulan Rejab itu.
Diriwayatkan bahwa Rasulullah saw telah bersabda, "Ketahuilah bahwa bln Rejab itu adalah bulan ALLAH swt, maka
1. Barang siapa yang berpuasa 1 hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH swt
2. Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab /Isra Mi'raj (Isnin, 20 Julai 2009) akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa
3. Barang siapa yang berpuasa 2 hari di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH swt
4. Barang siapa yang berpuasa 3 hari yaitu pada tanggal 1, 2, dan 3 Rejab (24, 25, 26 Jun 2009) maka ALLAH swt akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan seksa akhirat
5. Barang siapa berpuasa 5 hari dalam bulan ini, insyaallah permintaannya akan dimakbulkan Allah swt... InsyaAllah
6. Barang siapa berpuasa 7 hari dalam bulan ini, maka ditutupkan 7 pintu neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa delapan hari maka akan dibukakan 8 pintu syurga
7. Barang siapa berpuasa 15 hari dalam bulan ini, maka ALLAH swt akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH swt akan menambahkan pahalanya."
Sabda Rasulullah saw lagi : "Pada malam Mi'raj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari air batu dan lebih harum dari minyak wangi, lalu saya bertanya pada Jibril as "Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?" Maka berkata Jibrilb as "Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rejab ini."
Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita :"Ketika kami berjalan bersama-sama Rasulullah saw ke sebuah kubur, lalu Rasulullah saw berhenti dan beliau menangis dengan amat sedih, kemudian beliau berdoa kepada ALLAH swt. Lalu saya bertanya kepada beliau "Ya Rasulullah, mengapakah engkau menangis?" Lalu beliau bersabda, "Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kuburnya dan saya berdoa kepada ALLAH swt, lalu ALLAH swt meringankan atas mereka." Sabda beliau lagi "Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari dan beribadah satu malam saja di bulan Rejab nescaya mereka tidak akan disiksa di dalam kubur." Tsauban bertanya "Ya Rasulullah, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rejab sudah dapat mengelakkan dari seksa kubur?" Sabda beliau "Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan solat malam sekali dalam bulan Rejab dengan niat karena ALLAH swt, kecuali ALLAH swt mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan solat malam satu tahun."
Ringkasannya, jom kiter puasa ramai2, at least 1, 2, 3hb Rejab tuh. Suami2, sila izinkan isteri anda berpuasa okeh. Kalo tak izin, tak dosa, tapi kalau izin, leh dapat share pahala sekali.
Oh, cakap pasal izin nih, teringat aku pasal kata2 orang yapiem arituh. Masa tu dia kasik apa nak panggil ek, promotion ke, briefing ke, taklimat tah, tentang sedekah jariah. Terer ar dia psycho kitorang, siap ngan dalil2 dan sabda lagi. Kiranya, sampai ke hujung taklimat tuh, kiter terus rasa macam bersalah jek kalau tak bersedekah.
Pastu orang tu kasik la borang untuk sedekah melalui potongan gaji. Yang agak memalukan, kami ni macam ragu2 nak tanda jumlah potongan tuh sebab kat situ dia ada wat option singgit, seploh hengget, 20 hengget sehingga la maksimum 50 hengget. Masing2 sorok2 nak tanda hihihi. Yang pempuan pulak, ada yang tanya, leh bawak balik isi kat rumah tak, nak tanya hubby dulu. Hihihi, terus orang tu cakap cenggini la lebih kurang,
Takyah tanya laaa, kalau suami tak kasik, memang la tak berdosa tapi, kalau dia kasik, dapat la dia share pahala sekali.
Hahahaha tak ke serba salah dibuatnya tuh.
Friday, 19 June 2009
Bulan Rejab Akan Tiba
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 komen:
Masa berlalu begitu pantas sekali.. dah bayar pose ke?
dah abis bayar dah. cuma ingat nak tambah sehari dua lagi, wat back up.
Post a Comment