15 Jun 2009, Isnin
Biasa kalo anak berselang laki pompuan kan orang panggil selang bunga kan. Tapi kes pokok bunga aku nih betul2 selang bunga. Arituh pokok taik ayam tuh galak berbunga, pokok bunga kertas pulak sekuntum pon tak kuar. Sekali tuh, pokok taik ayam tuh diserang serangga. Penuh putih2 kat daun dan batang dia. Langsung ilang sumer bunga dia.
Biler bunga2 tu abis, otomatik bunga kertas pulak memutik. Memula yang kaler pink tua tuh. Kendian yang pepel ngan oren cair. Kendian yang merah bata tu pulak, Makin ari makin banyak sampai senget2 pokok tuh. Siap kena wat pancang pulak sebab dah melayut ke tanah. Sekarang aku percaya, bunga kertas tak kuar musim hujan. Sekarang kan musim panas kan, tu yang dia syok kuar tuh. Aku sukerrr.
Hari sabtu lepas, seperti dijanjikan, aku tak kuar rumah. Tak kuar langsung tau. Lepas kemas rumah, aku terus nyambung menjahit langsir. Sampai sakit2 kaki aku melipat pleat tuh. Memula konon dah pro, nak terus jahit sambil melipat. Baru buat 2 dah putus asa.
Hari ahad, pulun jahit kepala langsir. Tak beli lagi manik2 kristal. Tinggal nak letak mende tu je lah. Legaaa dah siap. Tak sabo nak pasang. Tengahari, tetiba terajin pulak.
Monday, 15 June 2009
Selang Bunga dan Menu Raya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komen:
Post a Comment