19 Jun 2009, Jumaat
Pagi tadi, perhimpunan lagik. Seperti biasa, ustaz akan beri tazkirah 5 minit nyer yang selalu lebih 10 minit. Tapi hari ni, takde slot tazkirah dalam aturcara majlis. Ustaz kata, uh, lega, tak sedia apa2 pon nih. Tapi dia tau, abis perhimpunan, komfem pengarah tanya, kenapa takde tazkirah. Maka, beliau pon suh mc tambah slot dia cam biasa.
Kami sangat bertuah kerana mempunyai seorang ustaz yang best di sini. Seorang graduan al azhar, what to expect? Bijak berkata2 dan berceramah. Serta bijak menyindir juga hikhikhik. Kekadang pengarah pon kena sindir kekeke. Arituh dia sindir pengajar yang suka curik kelas dia. Seolah2 subjek dia tu tak penting. Tepat ke jantung tembakan dia hihihi. Dan, rasanya, masa dia cakap pasal takde slot tazkirah tadi pon lebih kurang menyindir jugak. Seolah2 slot dia tak penting sehingga penganjur pon tak tulis dalam aturcara. Tapi memang kebanyakan perhimpunan setakat nih lupa nak print slot tazkirah sebab derang edit2 je aturcara tuh. Kalau yang lepas tak letak, yang sekarang pon tak letak la jugak. Lenkali kena ingat okeh?
Eh, sebenarnya aku nak citer pasal isi kandungan tazkirah beliau tadi. Walau pon tak bersedia, seorang ustaz biasa nya banyak ilmu dan takde masalah nak cakap apa saja. Kan? Salute spring kat ustaz sikit ;) . Okeh, cerita nya gini.
Pada satu hari, Allah s.w.t. berbicara kepada Nabi Musa a.s. Lebih kurang gini ayatnya,
Ya Musa, aku nak kau carikan seseorang yang kau rasakan, kau lebih baik dari dia dan bawak dia berjumpa aku.
Maka, nabi pon pergi lah mencari. Sedang baginda berjalan, terjumpa lah ia ngan seorang lelaki tua. Baginda pon fikir nak bawak je lah owang tua nih. Tetapi tak jadik. Kot2 owang tua ni lagi baik dan banyak amalannya daripada aku, fikir baginda.
Lalu baginda berjalan lagi. Terjumpa pula ngan seorang budak. Hehe, dah tentu lah aku lagi baik dari dia sebab aku lagi tua dan lagi banyak pahala dari dia. Dia budak lagi, berapa banyak la sangat amalan dia. Tetapi tak jadik jugak. Tah2 budak ni lagi baik dari aku. Dah la kecik lagi, dah tentu kurang dosa berbanding aku yang dah hidup lama nih. Musti banyak dosa, fikir baginda lagi.
Baginda hampir berputus asa kerana tak berjumpa ngan orang seperti yang diminta oleh Allah sw.t. Tetiba baginda ternampak seekor kambing kurap. Blink! Anjing ni kan binatang, dah tentu lah aku manusia, lebih baik dari binatang, kan? Lagi pon, baginda takmo la melanggar perintah Allah s.w.t. itu. At least ada gak bawah sesuatu walo pon bukan orang. Tetapi, tak jadi lagik. Sebabnya, aku dah lupa hehehe.
Akhirnya, Nabi Musa mengadap Allah swt. dan berkata, aku tak jumper lor manusia yang lebih aku rasa aku lebih baik dari dia.
Lalu Allah swt. berkata, mujur la kau tak bawa sesiapa. Kalo tak, aku dah lucutkan kenabian kau kerana bersikap angkuh. Kerana, makhluk yang pertama mengatakan dia lebih baik dari yang lain ialah iblis.
Wallahua'alam. Demikian lah lebih kurang. Moral of the story, jangan lah kita bersikap angkuh dengan menganggap diri kita lebih baik dari orang lain. Namun begitu, kita mesti berusaha untuk menjadi lebih baik dari semasa ke semasa.
p/s Nabi adalah seorang kalimullah, bermakna boleh berbicara dengan Allah swt.
Friday, 19 June 2009
Tazkirah 5 Minit Hari Jumaat Sambil Dengar Khutbah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komen:
Post a Comment