Sama ke kedua-dua kad ini? Lain kan? Satu gambar ceri, satu gambar bunge. Satu ada cip, satu takde. Satu kad bank, satu kad keahlian. Yang paling ketara, satu leh kasik kuar duit, satu lagi keje simpan point selepas duit dari kad pertama dikeluarkan dan dibelanjakan di kad kedua hehe. Tapi ada gak sama sikit2. Kaler dia dah dekat nak sama kan? Satu tone lah tu pink ngan maroon.
Kisahnya, ari jumaat tu, aku nak kuarkan duit. Seperti biasa, aku cucuk kad. Dia mintak nombor pin. Pass. Dia suh pilih transaksi. Aku pilih withdrawal ler kan? Kendian dia tanya, nak kuarkan berapa banyak? Aku jawab 500. Dalam pada tu aku tertanya2 juga, salu sebelum tanya tu dia akan kuar senarai wang segera, kan? 100, 200, 300, 500, 1000. Kan? Kan? Kan? Tapi, ni takde.
Tetiba, duit takmo kuar. Sorry, transaksi ini tak berjaya. Aku cuba lagi 200 plak. Kot la dia tak cukup duit ke kan. Pon sama. Aku masuk plak 100, pon tak berjaya. Last2 aku cancel je lah. Kad ni pon satu. Aku baru je tukar arituh, kena caj 22 hengget plak tuh. Kang tutup akaun kang.
Biler kad tu kuar je, aku pon gelak sensorang. Gelakkan diri sendiri. Wakakakakakak hihihihihi nenonenoneno. Mesti uolsss bleh teka kan? Yaaaa aku masukkan kad jusco uolssss ngehngehngeh. Yang aku musykil tu, kad tu takde cip, tapi dia leh accept no pin aku tau. Kalau kuar duit tuh, komfem aku kuarkan sejuta pastu diam2 je kehkehkeh. Makcik kayooooo!!! Niat pon dah jahat, sebab tu tak dapat huhuhu.
Alasannya, aku belum biasa ngan kad baru tuh kot hihihi.
Tuesday, 30 June 2009
Sama Ke?
Hasil karya AyunasiA pada 4:30 pm
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 komen:
Lepas masuk PIN, mesin ATM belum verify PIN nmbr tu lg, dia terima aje nmbr yg dimasukkan. Lepas tekan amount etc, last sekali baru dia verify semua sekali arung, tu pasal sblm keluar duit tu dia proses lama sikit..
ooooooo gitu ek. tapi aritu kad kuning yg rosak tuh tak sempat masuk no pin dia dah reject sensiang. hehehe kalo kuar duit gak tu, musti mebeng takleh trace kot.
kalau kuar duit ribu riban...
jgn lupa sedara ni ye..
**ceh!! tetiba je jd sedara... xC
Kalau kak sya pun confuse jugak.. kita tenguk kaler aje kan
hahaha akak pun selalu terkena antara kat bonus link dengan tesco card, dua-dua kaler sama, kadang2 hulur kat tesco bila isi minyak kat shell yang patut hulur bonus link kad, hahaha malu seh kat kaunter tu, semua org senyum sinis...
kak sya : tu ler. tapi, masa saya kuarkan kad tuh memang perasan kad jusco tu, tapi kira macam subconcious mind ke gitu la hehe.
kakpnut : sibbaikkk takde orang keliling, kalo ada, selain kena gelak, musti berbulu je derang nengok kiter tekan banyak2 kali tp duit tak kuar jugak (salu kutuk2 mat bang wat cenggini hihi)
Post a Comment