17 Jun 2009, Rabu
Perasan tak, kalo time bajet tahunan, mula2, mesti dia citer bajet untuk sektor pendidikan? Dalam tu la dia kasi tau, nak buat sekolah rendah berapa bijik, sekolah menengah berapa bijik, kendian berapa peruntukan untuk naik taraf sekolah, naik taraf universiti. Kan kan kan?
Perasan tak, kalo time bajet tahunan jugak, kendian2, baru dia citer untuk sektor latihan (ada ker? ke sumber manusia?)? Dalam tu lah dia kasi tau, nak buat berapa bijik ilp, berapa bijik edtec, kendian berapa peruntukan untuk naik taraf ilp, naik taraf edtec.
Perasan tak? Alaaa korang saje nak sedapkan ati aku, cakap perasan. Korang memang perahsantan kekekek.
Dari situ je dah nampak, kedua2 institusi ni dipisahkan dek kementerian. Yang satu tu kementerian pelajaran, yang satu ni kementerian sumber manusia. Bermakna, fungsi, misi, visi, objektif, pendekatan juga adalah berbeza.
Kita tengok dulu, apa yang orang nampak. Yang tersurat. Pertama, budak pandai2 masuk uni, budak yang kureng2 masuk IL. Kenapa ada nya budak uni? Satu, sebab nak melahirkan engineer, doktor, akauntan, bla bla bla. Siapa tu? Golongan profesional, bijak pandai, pakar, bos. Tapi, dalam sesebuah organisasi, berapa ramai yang jadi engineer, doktor, akauntan bla bla bla tuh? Adakah semua pekerja dalam kilang tu engineer? Adakah semua pekerja bank tu akauntan? (macam la bank je ada akauntan hehehe contoh ok) Adakah semua pekerja kat spital tuh doktor? Ok ok ok dah dapat kan?
Dalam kebanyakan organisasi, golongan2 yang di atas tu, hanya sebilangan. Alaaa korang mesti biasa tengok piramid tu kan. Pekerja yang bawah2 ni yang banyak. Tapi, siapa pekerja di bawah nih? Wah! Serius di situ. Macam soalan ptk. Boleh korang jawab? ngehngehngeh.
Okeh, nampak gaya aku ni macam nak terpesong dah. Kita balik ke track yek. Di sini, saya akan membuat perbandingan di antara pelajar uni dan pelatih pusat latihan. Tengok, nama nya aje dah berbeza. Kalau kat uni, derang digelar mahasiswa/i dan kadang2 pelajar. Di IL pulak, mereka digelar pelatih dan kadang2 juga pelajar ngeeeeee.
Kedua, pendekatan P&P. Di uni, kita (aku sebut kiter sebab kebanyakan reader ku adalah graduan uni, betol tak?) belajar teori dengan dahsyat sekali. Kalo kata integration tuh, sampai berlapis2 simbol cacing. Kalo kata analisis circuit theory atau elektronik tu pulak, sampai bersimpul2 simbol resistor, diode, segala mak nenek tu kan. Kendian buat eksperiment ala2 jek.
Sementara di IL pula, mereka belajar teori secara ala2 sahaja, tetapi part amali dia lebih banyak lagi. Kira nya masa dalam lab lebih lama daripada di kelas. Malah, ada yang wat kuliah pon kat lab, dan tak dipanggil kuliah, tetapi lebih kepada 'shop talk' yang biasa diikuti dengan demo dan kerja amali.
Ketiga, silabus mata pelajaran. Di universiti, silabus lebih kepada 'buku oriented'. Kira nya buku tu lah buku teks korang. Tu yang korang beli buku prentishol segala bagai tu kan? Pendek katanya, kalo ko tak datang kuliah, baca buku je pon bleh lulus, kan?
Sementara di IL pulak, silabus nya berdasarkan standard pekerjaan (atau di sini dipanggil noss). Maknanya, apa yang orang wat kat tempat kerja, benda tu lah yang ko belajar. Contoh, macam aku kat mersing dulu. Aku belajar dulu bidang telekom, tapi aku belajar segala teori tentang data comm, digital comm, comm eng, rf dan sebagainya. Sedangkan di IL, mereka belajar bidang telekom jugak, tapi mereka belajar tanam tiang, install telefon, tarik kabel, masuk lubang dan sebagainya. Kenapa berbeza? Sebab engineer orang yang di atas, yang buat keje tu sumer orang bawah2 nih la. Cuba ko suruh budak dip telekom dari uni yang baru grad wat wiring telefon, tanam tiang sumer, ada dia geti? Tapi kalau ko suruh budak IL tahap 2, 3, pejam mata je derang buat (eh, tipu arrr pejam mata ek).
Keempat, peperiksaan. Dulu, IL takde sistem final exam. Maknanya, penilaian dibuat secara berterusan. Tapi, sejak2 derang membuat framework baru untuk match kan uni ngan IL bagi membolehkan budak IL masuk uni, derang dah memulakan sistem final exam dengan cgpa. Kalo dulu, takde cgpa, susah nak masuk uni. Uni, korang tau lah kan, hujung sem, pulun final exam. Tak lulus carry mark, leh cover time final.
Tetapi di IL, selain coursework, ada juga final exam amali dan teori. Tak lulus amali, alamat tak lulus la. Jawab la 100% final exam (which almost impossible) pon, repeat la ko subjek tuh. Dan lagi, exam derang pulak, bukannya cam uni, satu subjek satu paper. Derang nyer exam, sekali imbas macam senang, tapi hakikatnya, pecah kepalaaaaaaaaaaaaaaaaa. Satu paper, semua subjek masuk dalam. Setiap subjek 2 soalan, jawab 1 soalan. Hah! Ko boleh? Segala benda yang diajar tu, satu je 2 je soalan yang keluar. Kalo kata ada 6 subjek, tak berpinar ko nak menjawab dalam masa 2 jam setengah?
Kelima, waktu pembelajaran. Kat uni, belajar ikut jadual. Ada kelas gi kelas, takde kelas, ko boleh tido, dating, makan dan melepak di menara gading. Kat IL (ni IL awam ek) waktu belajar ialah opis hour. 8-5 setiap hari. Macam ko keje jugak. So, memang takde masa nak tido2 di siang hari. Ini sebagai latihan. Kalo kat sini ko takleh survive, cemana ko nak keje sok? Gitu lah motif nya.
Keenam, kalo uni menggunakan sistem cgpa, IL pon guna CGPA (ni juga untuk IL awam ok), tapi kalo uni, abis exam, ko boleh balik kampung tido sepuas2nya kan. Kat IL ni, ko kena sediakan portfolio. Renyah giler arrr keje nih. Bukan student je letih, pengajar pon letih maaaaaa. Tak dapat la ko nak cuti2 sakan macam lecturer uni tuh.
Dan yang terakhir ialah tempoh pengajian. Tempoh lebih kurang sama ar, cuma kalo uni belajar 13 minggu jek, kat IL belajar sehingga 20 minggu (errr lebih kurang la). Kira cuti sem pon tak sampai sebulan. Gigih kan, mereka nih?
Ok, tu je yang boleh aku pikir. Mungkin ada lagi, tapi kira halal je lah. Tak masuk pekse pon. Ehhh ada lagi satu. Aku peratikan, time exam kan, kalo kiter la kan, nak terkucil pon ku tahan jebatttt. Tapi, budak2 IL nih, kalo kata 30 minit pertama tu takleh kuar, minit ke 31 lagi derang dah chow cin chow. Selamba jer. Terror kan derang, sekejap je jawab ngehngehngeh.
Sepatah kata seseorang tu, apa ke hey dibuat soalan yang susah2 sampai bebudak tu tak boleh jawab. Kalo budak tu pandai, ye dah masuk unibesti e'awal...
p/s Laaaaa baru aku cite semalam pasal biras tu ganti cikgu bersalin, rupanya dia dah tak de keje dah sebab takde cikgu bersalin la pulak sekarang neh. Cikgu, biler nak mengandung??? Risky giler ar keje nih.
Wednesday, 17 June 2009
Universiti vs Institut Latihan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 komen:
Kalu kat bajet biasa PM sebut Institusi Kemahiran cam IKBN & ILP
bagus la ko punya huraian..
yayu : he... lebih kurang la tuh hihi
kirana : hehe macam majalah tak ko baca blog neh? ngehngehngeh
panjang melebor ko nyer huraian. sampai terburai kain aku nak memahami huaraian. tapi last2 tetap x terurai. naik mengurai rambut aku.si burung murai pon dtg. ku kirai2 kain aku terus murai terbang....
ungkep: mak aiii, kalo cenggitu, takyah paham ler...
Salam
pB grade dari Poli. So tak merasa pun org panggil pB mahasiswa ....
hi hi hi
poli tu adik badik uni la kot kak pB.
Post a Comment