Monday, 8 June 2009

Lawatan Hari Terakhir

Pada hari ketiga dan terakhir ni, kami naik semula ke bangi. Memula pegi uniten. Tempat pertama aku suka sebab masih terasa sejuk pagi. Duduk dalam kete je pon ok. Tempat yang biasa2 aku tak ambik gambar.

Kendian kami ke artiem kajang. Kat sini dah panas. Memula aku bukak laptop, wow! Full bar strimiks tanpa password. Baru aku sempat bukak blog aku, dah disconnected. Ces! Kedekut. Pastuh kami terus ke bandar sungai long. Ermmm baru aku perasan, hari last nih sumer tempat tak best.

Selesai kat situ, kami terus ke jasko cheras selatan. Lapar giler! Pas makan, aku jenjalan kat situ, abang gi jumaat. Abis jumaat kami ke ti n bi cheras, dekat2 jasko jugak tapi seberang jalan la. Sekejap2 je sebab kebanyakan tempat takde supervisor. Kendian kami pergi seri kembangan pulak. Ceruk jer tempat budak ni praktikal. Syarikat kontraktor. Opis kecik jek. Tiba2, baru perasan cop abang takde. Ah sudah! Tepon budak kat ti n bi tadi. Sibbaik ada kat dia. So, lepas tu kami pergi semula ke ti n bi. Patut la tadik sekejap je kat sana. Ropanya nak kena pergi lagi.

Selesai kat situ, bererti, selesai juga lah kerja suami ku. Sekarang, masa untuk soping lagi! Dari situ kami terus ke damansara. Nak tido umah abang tp pulak. Sekali derang takde kat rumah pulak. Terus lah kami ke ikeea. Pusing punya pusing, dapat lah sikit hasil. Mulai hari ni, derang dah stop guna plastik. Pastu try ler beli karipap yang dengar citer universe giler tuh. Ok, aku tak suka karipap, tapi demi nak melayan curiousity ku ini, aku beli lah jugak. Pasnih takde dah beli lagi. Kendian kami terus balik umah abang tp.

Hari sabtu, kami keluar sebelum tengahari. Pergi shah alam. Sesaja nak tengok roomantika sana. Ok, jb punya lagi best kot. Tapi beli lah juga sikit. Dari situ kami terus ke kenduri kawen yang berlangsung di dewan kompleks kastam kelana jaya. Pastuh nak balik! Yeay! Rindu rumah. Sebelum tuh, singgah lagi. Tak abis lagi ker? Singgah maidin plak. Kononnya 2 minggu selepas ni takmo kuar rumah time weekend. So, kena stock up apa yang kurang. Abis membeli belah, baru lah betul2 kami balik. Ok, kali ni dah takde singgah2 lagi dah. Kuar tol hikom, masuk tol yong peng. On the way aku kemengantukan. Huargh!!!

Sampai kat yong peng dah maghrib. Singgah solat kat parit yaani. Pastu terus balik. Nak makan, lum lapar. Memang tadi makan betul2 kat kenduri kawen. Sampai rumah terus semak harta sepencarian. Tak sabar2. Paling best kerusi herman tuh la. Special untuk digandingkan dengan si putih gebu hehehe. Dah selesai mandi sumer baru kuar makan bubur ayam. Haihhh boleh darah tinggi lor makan bubur ni. Sumer benda masin.

Semalam, bangun2 jek, aku terus potong langsir. Punya lah tak sabar. Lepas lunch baru aku mula menjahit. Ok, siap lah dalam 40%. Tu pun sebab tak cukup benang dan tape. Kalo tak, harus dah siap tuh huhuhu. Semangat betul. Raya lambat lagi laaa. Aduiii banyak nyer benda nak dijahit. Sarung kusyen pon nak kena didondonkan jugak kan. Sebab tu kengkonon weekend ni takmo kuar memana hihihi.

Antara hasil dari lawatan 4 hari. Yang lain2 kena sorok dulu.

K, dah abis citer. Babai!

0 komen: