Tuesday, 2 June 2009

Balik Kampung Bulan Mei

Gambar takde kena mengena ngan entry nih. Cuma nak bagitau, banyak isi berguna di dalam majalah nih.

Jumaat lepas, kami balik kampung. Dah dekat kul 10pm baru bertolak. Terus balik semencu. Esok nyer, pagi, cam biasa, mil gi ngaji. Kami kat rumah melayan hujan. Best sangat suasana tuh. Memula mendung, awan berarak. Kendian hujan renyai2. Sejuk je pepagi.

Tengahari aku masak. Makan sendiri2 jek. Wat macam umah sendiri. Petang bantai tido jek. Langsung tak produktif. Malam lepas maghrib baru balik at5. Mengambil iktibar dari kepulangan yang lepas, kami singgah makan kat 'depan'. Aku makan mee bandung. Sape ke nama member yang empunya kedai tuh. Tau nama panggilan dia ani jek. Sejak zaman berzaman kedai makan dia tuh. Ada jual sop juga. Abang makan/minum sop tulang. Rupa sop nya tak pekat, tapi rasa dia, pekat lekat betul.

Sampai rumah, abah takde. Gi kenduri kat blok 12. Jauh bebeno la pulak. Salu kenduri sesama blok jek. Mungkin sebab ahli blok sekarang dah berkurangan, so kena la panggil blok2 lain. Tah2 dah ada blok 'merging' kot. Walau pon kami blok 13, tapi blok 12 berselang dengan blok 20.

Abah balik, sembang2 pasal kenduri tadi. Orang tuh kasik 'berkat' kuih. Banyak betul. Katanya kenduri tu sempena anak orang tuh tak jadik kawen. Aiyak? Boleh pulak? Ingat anak pompuan ke. Rupanya anak lelaki. Kisahnya, lelaki tu keje dresser (ke haper ke nama pekerja spital tuh tah, salu orang sebut dresa dresa gitu) je. Bapak pempuan pulak, mintak hantaran 20k. APA? Artis popular kah? Ok ok persoalannya, kenapa dia tak jadi kawin, boleh wat kenduri? Hehehe mungkin kebetulan je kot. Itu bukan sebab kenduri tu diadakan kot. Sukati dia lah.

Pastu, abah kasik sijil. Wah! Sungguh cekap la derang nih. Ikhlas pulak tuh. Arituh kan orang pejabat kami tolong hantarkan abang punya sekali kan. Dia cakap, nanti sijil dihantar ke pejabat kampung abang. Sekali, dia hantar kat kampung aku jugak. Errr lain kali boleh lagi tak?

Esok pagi, abah ngan mak gi kursus haji kat semencu. So, balik tu tak jumpa derang lah. Pagi aku buat jemput2. Sebelum balik aku cabut pokok pandan kat sempadan belakang rumah wak jongkong. Pastu paksa abang cabut pokok kari. Mak aihhh! Tak padan wei pokok kari tuh. Besar dia, ada lah dalam ermmm sejengkal gitu. Tapi, akar dia, akar tunjang kot. Berpeluh la jugak nak mencabut nya.

Kami balik kul 11.30am. Balik semencu dulu sebab abang tertinggal towel. Elehhh padahal takpe je tinggal towel pon. Sajer tak nak pecah tradisi. Memang setiap kali balik, mesti balik semencu dulu. Padahal pil takde pon. Derang dah gi bp, ada kenduri kawen. Eh, member cerita, ari ahad tu jammed jugak kat ayer hitam. Macam hari raya kekdahnya. Ramai nyer orang kawen.

On the way balik, kami banyak persinggahan. Memula singgah kipmart. Saje, beli buah. Kendian gi kedai kemboja. Saje, beli kain hehehe. Kendian kami gi jb. Memula singgah persada. Ada furniture fair katanya. Pusing2 cari idea. Sudahnya, bukan dapat idea furniture, idea mezzanine floor yang dapat. Tak sabar nak buat loteng.

Pastuh, dah terlanjur sampai jb, kami gi jomhebuh pulak. Tak pernah pegi! Kelakar je, jumpa ikram dinzli tuh. Ramai aweks ambik gambar ngan dia. Aku pulak, bila teringat dia berlakon auw!, terus cabut. Apa kes tah, dah 2 drama dia auw! Pastu ada sorang awek ni duduk pegang tabung bersama mu. Sambil2 tu dia sign otograp. Aku ngan abang saling berpandangan, 'sape tuh?' Tak kenal pon. Sebelum maghrib, kami blah.

Maghrib kami kat angsana. Akhirnya aku dah beli benda alah tuh. Takmo tepek gambar. Saje nak simpan untuk hari raya hehehe. Tah kul baper kami balik. Sebelum keluar tol kulai, singgah tesko. Semata2 nak beli komfort rege rm4.45. Boleh pulak? Tak boikot pon?

Keluar tol, tengok2, toilet tengah renovate. Adoiyaiii. Terpaksa gi petrolnas. Selesai hajat, laaaaaa jumpa plak pil kat situ. Dah jodoh. Balik tu singgah makan kat pak long. Sampai rumah dekat kul 12pm. Fenat nyerrr!!! Sibbaik keje 2 ari je. Esok aku cuti sampai jumaat! Yeay!

2 komen:

nohas said...

Ada juga beli majalah Milenia tu..quite heavy isi kandungannya..paling suka cerpen Faisal Tehrani tu..

AyunasiA said...

hihi saya pon tak baca sangat.