Saturday, 13 June 2009

Hadiah Hari Lahir Ku Lagi

13 Jun 2009, Saturday


Adapun, item tersebut sebelum ini adalah hadiah daripada blog ini kepada penulis blog beliau sendiri. Dengan ini, blog beliau akan lebih mudah dikemaskini. Langkah ini juga dilakukan supaya penulis mengurangkan aktiviti shopping dihujung minggu. Ini kerana, selepas membuat sedikit kira2, penulis didapati dapat menjimatkan sekurang2nya RM100 sebulan melalui usaha ini.

Katakan sekali keluar +- RM100.

Sebulan ada 4 minggu, jadi belanja sebulan adalah RM400.

Tolak dengan bil strimiks ini RM60, maka pengurangan sebanyak RM340.

Katakan RM200 ialah belanja dapur (tak banyak sangat sebab dapur pon jarang berasap wekekeke), maka penjimatan yang dijangka ialah RM140.

RM40 tu kira halal la, wat beli jajan2.

Hehehe kalau la betul aku boleh wat cenggini, manyak jimat ooo.
Dah dah, jangan berharap sangat. Kita hanya merancang, kan...

Ok, berbalik kepada hadiah. Malam semalam, suami ku mengajak ke bandar. Juga. Alerrr kata nak jimat, takmo kuar. Abis, takmo adiah besdei? Eh nak nak nak. Jom jom jom. Rezeki jangan ditolak, walo pon duit mu duit ku juga, yang penting hadiah besdei. Bukan selalu bleh pow cenggini. Waktu lain, nak beli apa2, pakai ler duit sendiri hukhukhuk.

So, kami terus ke bpmol sebab dah bagitau eawal, macam nak adiah purse. Bukan sebab purse tu dah buruk ke haper. Cuma teringin nak pakai purse kecik macam dedulu. Senang dibawak masuk kocek suar. Oh, sedei di situ kerana, kalau pon hajat mendapatkan purse itu kesampaian, kemungkinan ia masuk ke dalam kocek suar jeans adalah agak tipis kerana faktor kebuncitan kegemukan.

Pusing2 satu pasifik, aik??? apasal sumer tak de yang cantik? Setelah give up, kami pon keluar begitu sajer. Tiba2, kami ter lalu di depan kedai ini.

Apa kata kiter tengok2. Ok gak kalau dibuat hadiah. Tapi, jam sekarang elok lagi. Takpe takpe, tengok je dulu.

E'eh, apa yang di bawa itu?

Untuk pengetahuan, saya tidak pernah dengar jam jenama kasio. Betul, tak tipu. Kalau kalukulator tu memang salu la. Tapi saya salu dengar gshok, babyshok. Ropanya2 g-g tersebut adalah model brand kasio. Kikiki jakun.

Saya terpikat dengan warnanya. Sweet dan comel.

So, malam tadi, saya tidur dengan memakai jam ini. Takde lah mahal mana, yang penting niat. Tq abang! Sekarang pukul 8.45pm okeh.

p/s hari khamis arituh, lepas maghrib, abang ambik yasin kat laci. aku pon, oh, lupa arini ari khamis. abang cakap, not thursday, day before your birthday. hihihi comel!

1 komen:

Anonymous said...

hepi besday..