Sebenarnya, pagi tadi aku saje je gugel nama aku. Nak tau gak, siapa lagi yang berkongsi nama dengan ku kan. Sambil tuh leh tau apa dia buat, kat mana tinggal, bagaimana rupanya, biler lahirnya? Jumpa banyak la jugak. binti Wahab, binti Hassan, binti Tajudin dan banyak lagi. Aku terjah ler blog derang. Tu yang aku ter terjah ke blog sahabat seseorang yang aku cite kat previous entry tuh. Haihhh masa tengok berita takde la rasa apa. Ni dah pergi lebih dekat, langsung tersentuh. Macam kes kemalangan bas yang nak gi umrah tu, biler dah baca blog tentang orang yang ter jumpa dengan suami orang yang terlibat tuh, baru lah terasa. Kuat juga pengaruh blog nih kan? Tv pon tak sepower nih. Eh, korang dah bukak lom blog tuh? Klik kat word 'ini' tu tau.
*********************************************************************************************
Okeh, citer lain pulak. Meh citer pasal pemandu dan penunggang ting tong. Aku salu cakap pada diri, alaaa ni jalan kampung, kampung derang, sukati derang la. Tapi aku rasa bukan kat kampung je wujud orang2 camnih.
Gini, kan aku pernah cite yang aku melalui 3 jenis jalanraya untuk ke tempat kerja kan? Salah satu daripadanya ialah jalan negeri (parit karjo). Jalan ni bukan jalan kampung tau, tapi jalan nyer agak kecik. Kalo motong motor pon kena makan jalan. Banyak lori gak lalu sini. Contohnya, lori dari kilang2 kat sri gading nak ke pontian misalnya, derang akan lalu jalan nih.
Waktu pagi, jalan ni banyak kenderaan yang melawan arah jalan aku. Yang searah ngan aku ada la sikit2, tapi tak sebanyak yang sebaliknya. Yang aku menyampah giler tu, derang suka2 hati je motong motor depan derang dalam keadaan aku meluru dari depan dengan pantasnya nih. Memang la derang tak tau aku tengah laju kan. Tak tau takpe. Dah tau tak tau tu, jangan ler memandai menganggap aku akan turun atas bahu jalan semata2 nak kasik ko jalan yang luas untuk memotong motor itu. Ada tu lagi best, siap kasi lampu lagi! Wah! Siapa ko? TMJ ker? Kalo ye pon, musti ada motor polis yang escort ke kan. Tapi, sebagai pemandu berhemah, aku cuma mampu brake je lah, kasik can dia motong. Kejar punch card kul 7.30 kot. Tak pon nak terberi kot. Nak lagi sedap ati, nak kejar susun sejadah kat masjid nak solat Dhuha kot. Angin baik sikit, aku ke tepi sipi2 kat bahu jalan je lah (sambil mulut potpetpotpet arrr). Tapi, yang selalunya angin tak baik le kan hehehe. Apa aku buat kalo tanduk nates sudah keluar?
Takde la sampai aku nak mengundang bahaya kepada diri ku sendiri kan. Aku pon takmo kena langgar. Yang aku buat, biler dari jauh aku nampak ada motor dan belakang nyer ada kereta ke lori ke, aku pon lalu la kat tengah2 sket. Kira tayar kanan atas line putih tu la. Supaya kete tu nampak bahawa jalan tu kecik. Tak bahaya la uolsss. Biler dia dah dekat aku pegi la ke tepi semula. Nampak gayanya macam berkesan kekdah tu sebab ada kete tu aku tengok dari jauh dah nampak gaya nak motong, tapi bila nampak aku berkeadaan itu kot, dia pon masuk balik. Hehehe kejam ek? Sukati arrr. Aku tak makan jalan pon.
Satu lagi kes, penunggang motor plak. Ni biasanya pakcik2 la, nak gi kebun. Aku tau la nak gi kebun sebab dia bawak sabit, kete sorong dan kekadang tong. Bab sabit ni sensitip arrr sebab abah ku pon bawak sabit atas motor kan. Dulu2 ar. Tapi memang bahaya la kalo derang belok tu kan. Sabit tu pon pusing melintang tengah jalan huhuhu. Bayangkan kalo motor tu belok ke kiri, ada pulak kete tengah memotong dari depan. Memang la motor bawak sabit tu takde kena mengena ngan aktiviti memotong tersebut. Tapi kalo dah terpusing sabit tu, tak terkena kete tuh? Wiwiwiwi takmo bayangkan arrr. Ngeri.
Selain bawak sabit, penunggang motor juga suka hati masuk atas jalan tanpa melihat kiri kanan terlebih dahulu. Pakcik ni ingat zaman 50-an agaknya, takde kete motor lalu atas jalan tuh. Tu yang dia buat macam jalan dia sendiri tuh. Kiter tau la kalo orang tu tengok2 dulu mesti ada brake sket kan. Ni, tetiba je menonong. Ada sekali tu, kete pon buleh buat pangai yang sama. Kat simpang tu ada lori berenti, so kalo kete tu nak masuk jalan tu kena la berenti, tengok bebetul baru belok. Yang kete ni bleh tiba2 masuk je dengan laju nyer. Kira dia buat simpang tu macam selekoh je lah. Dari depan pulak ada lori. Sibbaik aku sempat elak. Hiiiiiiii bahaya tau. Bencik! Gigil okeh!
Satu lagi kereta yang berenti, nak jalan semula. Sepatutnya bagi signal, tunggu la kete dari belakang tu abis dulu baru masuk. Yang bang**** ni pulak, elok je terkedek2 naik atas jalan, pastu tak geti2 nak speed. Kalo tau terkedek2, tunggu la kete sumer dah lepas. Dusy dusy!
Cakap pasal driver ni memang takkan abis. Dah jadi satu pekerjaan pulak, dalam sehari mesti nak kena lalui sumer nih. Sabo je la nakkk...
Thursday, 25 June 2009
Nama Yang Sama & Driver
Hasil karya AyunasiA pada 12:07 pm
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 komen:
yea..mmg geram sgt org semacam itu...
sya hampir2 penah nak terlanggar sabit tgh melintag akibat seorang pakcik naik beskal pikol sabit kat bahu..bkn main pjg lagi galahnye tuu...aduyyyy!!
dia kuar je dr jln kecik...dan kete saya pon smpi...aduhaiii...klu le kena cermin depan...melayang RM600++ beb!
jln kg ni kita kena lagi berhati2...berbeza dgn jln besar..dah mmg kena hati2 selalu...
Post a Comment