Tuesday, 30 June 2009

Balik Kampung Edisi Mersing

Hari Jumaat lepas, waktu tengahari, aku keluar ke bp sensorang. Eh, takyah tulis pun memang dah tau aku kuar sensorang kan? Sejam lebih gak aku membelek baju baby kat pasifik tuh. Tau2 dah kul 2 lebih. Cecepat balik opis. Hasilnya, cuma ini sahaja.

Nape tah, aku suka belikan baju cenggini. Masa nurin pon aku beli cenggini gak, kaler hijau.

Musim panas kan. Kiter beli baju lengan pendek jek.

Untuk kakak kena la ada satu. Kang jeles plak. Tapi kan, dia tak heran pon sebenarnya. Tak heran pon ada adik ke tidak. Yang penting mainnn je ngan sepupu2 nyer.

Sebelum balik, yayu suh carikan susu kambing. Tengah jalan, tetiba ternampak papan tanda susu kambing segar. Aku pun terus ler brake secara drift. Nampak macam anak panah ke kanan. So, aku pon patah balik. Sekali tengok papan tanda tu dari arah berlawanan, anak panah ke kanan jugak. Ropanya anak panah tu nak menunjukkan point sebenarnya. Haiyooo... cemana nih? Aku pon telefon.

Assalamualaiku, encik su***** (* ni bukan untuk memprivatekan, tapi dah lupa nama orang tu sebenarnya hihihi). Saya nak tanya pasal susu kambing. Kat mana eh?
Waalaikumussalam, kat mana tuh?
Saya kat tepi papan tanda tuh.
Ooo, nampak tak rumah depan tuh, rumah papan ngan rumah batu.
A'ah.
Haaa masuk situ, ada orang kat rumah.

Aku pon masuk ler dan beli ler sebotol rm5 sahaja.

Kalo dah ambik nama daerah sebagai jenama, mesti lah agak besar kandang nyer nih, kan?

Esoknya, lepas abang balik bersukan, kami pon bersiap2. Bertolak lebih kurang pukul 12.30pm. Tak singgah makan pon sebab dah makan roti telur. Memula singgah kluangmol, beli donut sedozen. Dah makan duren2, terbegik pulak. Singgah beli air kelapa dan teh bunga di tepi jalan. Sepanjang jalan, aku bernostalgia ler kan. Lama gak tak lalu situ. Ada ler setahun lebih kot.

Sampai umah abang epet kul 3 lebih. Lepak2 lebih kurang. Petang sikit, pegi kebun cili kat sawah dato'. Best best suker suker! Teringat zaman kanak2 dulu, petik lada kat kebun dekat simpang semenchu.

Pemetik lada profesional tu. Siap ngan pakaian pejabat huhuhu. Benonya malas nak salin baju.

Sorang budak, duduk jek, tengah mamai baru bangun tido. Sorang budak tukang analisis. Ayah punya banyak. Cik Ayun punya banyak. Cik Ajib punya banyak. Cik Nga punya sikitttt. Ces!

Petik lada sambil posing.

Kenapa aku nyer kutipan sikit? Sebab aku kutip ikut saiz. Yang kecik2 aku tak petik. "Boleh masuk emporium," kata abang epet.

Belah malam, masak tomyam udang. Abang epet baru tangkap pagi tadi. Dari kul 12 malam sampai subuh dia memukat udang. "Adik-beradik nak datang," katanya. Terharu. Eita sampai kul 10pm.

Esok pagi tu dia gi lagi, buat makan tengahari. Kali ni masak lemak cili api plak. Nyum nyum. Besar2 udang itu. Udang harimau pon ada. Sebelum tengahari tu, kami gi petik cili lagi. Petang lepas makan, sempat tido sekejap. Petang tu jugak kami balik kota. Nyampah! Tak boleh aku nak buat agendaku sendiri. Mesti ada selit agenda balik semenchu tuh. Padahal jauh ok, mersing-kota tinggi tuh. Huh! Muncung boleh sangkut hanger. Balik tu pon tak jumpa abang epet sebab dia gi mukat udang lagi. Sedih tau. Tapi sempat ler bawak balik hasil terbaik dari ladang.

Ini je yang aku bawak. Kang bawak bebanyak, ke tong sampah juga perginya.

Pagi tu kami sempat mengasingkan cili2 baik dan reject.

Besar dah buah limau sambal neh. Kalau makan ngan asam kecut ni... musti besttt.

Sebelum balik tuh, budak berdua ni tengah tido sepesen.

Ini lah baby itu. Na'im Naufal diberi nama. Dah senang, boleh jadi dermawan, maksudnya.

Time aku balik tu, dia tengah dicukur botak.

On the way balik kota, berenti kat depan ni, hihihi rindu tempat nih.

3 komen:

Anonymous said...

fuyooooooo!!!! banyaknyer cili api.....

pakej sekali dgn limau kasturi...perghhh!!!

limau tu x leh tahan la bila kata....
letak dgn asam kecut...perggghh!!! meleleh air liur....

keh3...xD

Sya said...

Mahal gak susu kambing ek.. besau tu aje RM 5.00. Cili padi tu mendongak langit .. mesti pedas giler tuh

AyunasiA said...

jaja : minggu ni dapat 8 + 3 kilo. sape2 wat perangai je, aku cili molot tu nanti.

mesti kecur kan???

kaksya : eh, mahal ek? beli sesekali, tak tau pulak mahal ke murah.

oh, gitu ke teori nyer? saya tengok sumer mendongak jek. yang ni spesis 'semerah', baka mardi, tak berapa pedas. kalo cili kampung tu lagi pedas.