Sama ke kedua-dua kad ini? Lain kan? Satu gambar ceri, satu gambar bunge. Satu ada cip, satu takde. Satu kad bank, satu kad keahlian. Yang paling ketara, satu leh kasik kuar duit, satu lagi keje simpan point selepas duit dari kad pertama dikeluarkan dan dibelanjakan di kad kedua hehe. Tapi ada gak sama sikit2. Kaler dia dah dekat nak sama kan? Satu tone lah tu pink ngan maroon.
Kisahnya, ari jumaat tu, aku nak kuarkan duit. Seperti biasa, aku cucuk kad. Dia mintak nombor pin. Pass. Dia suh pilih transaksi. Aku pilih withdrawal ler kan? Kendian dia tanya, nak kuarkan berapa banyak? Aku jawab 500. Dalam pada tu aku tertanya2 juga, salu sebelum tanya tu dia akan kuar senarai wang segera, kan? 100, 200, 300, 500, 1000. Kan? Kan? Kan? Tapi, ni takde.
Tetiba, duit takmo kuar. Sorry, transaksi ini tak berjaya. Aku cuba lagi 200 plak. Kot la dia tak cukup duit ke kan. Pon sama. Aku masuk plak 100, pon tak berjaya. Last2 aku cancel je lah. Kad ni pon satu. Aku baru je tukar arituh, kena caj 22 hengget plak tuh. Kang tutup akaun kang.
Biler kad tu kuar je, aku pon gelak sensorang. Gelakkan diri sendiri. Wakakakakakak hihihihihi nenonenoneno. Mesti uolsss bleh teka kan? Yaaaa aku masukkan kad jusco uolssss ngehngehngeh. Yang aku musykil tu, kad tu takde cip, tapi dia leh accept no pin aku tau. Kalau kuar duit tuh, komfem aku kuarkan sejuta pastu diam2 je kehkehkeh. Makcik kayooooo!!! Niat pon dah jahat, sebab tu tak dapat huhuhu.
Alasannya, aku belum biasa ngan kad baru tuh kot hihihi.
Tuesday, 30 June 2009
Sama Ke?
Balik Kampung Edisi Mersing
Hari Jumaat lepas, waktu tengahari, aku keluar ke bp sensorang. Eh, takyah tulis pun memang dah tau aku kuar sensorang kan? Sejam lebih gak aku membelek baju baby kat pasifik tuh. Tau2 dah kul 2 lebih. Cecepat balik opis. Hasilnya, cuma ini sahaja.
Sebelum balik, yayu suh carikan susu kambing. Tengah jalan, tetiba ternampak papan tanda susu kambing segar. Aku pun terus ler brake secara drift. Nampak macam anak panah ke kanan. So, aku pon patah balik. Sekali tengok papan tanda tu dari arah berlawanan, anak panah ke kanan jugak. Ropanya anak panah tu nak menunjukkan point sebenarnya. Haiyooo... cemana nih? Aku pon telefon.
Assalamualaiku, encik su***** (* ni bukan untuk memprivatekan, tapi dah lupa nama orang tu sebenarnya hihihi). Saya nak tanya pasal susu kambing. Kat mana eh?
Waalaikumussalam, kat mana tuh?
Saya kat tepi papan tanda tuh.
Ooo, nampak tak rumah depan tuh, rumah papan ngan rumah batu.
A'ah.
Haaa masuk situ, ada orang kat rumah.
Aku pon masuk ler dan beli ler sebotol rm5 sahaja.
Esoknya, lepas abang balik bersukan, kami pon bersiap2. Bertolak lebih kurang pukul 12.30pm. Tak singgah makan pon sebab dah makan roti telur. Memula singgah kluangmol, beli donut sedozen. Dah makan duren2, terbegik pulak. Singgah beli air kelapa dan teh bunga di tepi jalan. Sepanjang jalan, aku bernostalgia ler kan. Lama gak tak lalu situ. Ada ler setahun lebih kot.
Sampai umah abang epet kul 3 lebih. Lepak2 lebih kurang. Petang sikit, pegi kebun cili kat sawah dato'. Best best suker suker! Teringat zaman kanak2 dulu, petik lada kat kebun dekat simpang semenchu.
Belah malam, masak tomyam udang. Abang epet baru tangkap pagi tadi. Dari kul 12 malam sampai subuh dia memukat udang. "Adik-beradik nak datang," katanya. Terharu. Eita sampai kul 10pm.
Esok pagi tu dia gi lagi, buat makan tengahari. Kali ni masak lemak cili api plak. Nyum nyum. Besar2 udang itu. Udang harimau pon ada. Sebelum tengahari tu, kami gi petik cili lagi. Petang lepas makan, sempat tido sekejap. Petang tu jugak kami balik kota. Nyampah! Tak boleh aku nak buat agendaku sendiri. Mesti ada selit agenda balik semenchu tuh. Padahal jauh ok, mersing-kota tinggi tuh. Huh! Muncung boleh sangkut hanger. Balik tu pon tak jumpa abang epet sebab dia gi mukat udang lagi. Sedih tau. Tapi sempat ler bawak balik hasil terbaik dari ladang.
Saturday, 27 June 2009
Jom Shopping Barang Rumah & Toiletteries!
Hari ni saya nak ajak para pembaca blog saya follow saya ke supermarket untuk membeli barang keperluan rumah. Okeh tak payah sindir saya kalau barang yang saya beli termasuk dalam senarai produk pro-israel. Cuma ingin berkongsi dengan kawan2. Cekidaut!
ta, jerawat saya mula surut selepas saya makan ubat antibiotik tetracycline (eh, benda ni ada effect ke? tengok kat csi macam ada something je ubat nih). Kalo gi spital ke klinik, musti doktor kasik ubat nih la kalo ada jerawat. Tapi, sampai sekarang, masih betul2 sembuh. Still kuar gak jerawat kalau termakan kacang dan time nak period. Dulu lagi sadis, doktor kata takleh makan telur, coklat, seafood dll. Pergh! Dekat 10 tahun gak saya tak makan telur beb. Eh, ada lah termakan sesikit seperti kalau makan kuih ke kan, mesti ada telur kan. Tapi memang tahu lah ada telur ke takde sebab ada 'sign' keluar dari pori2 muka ku huhuhu. Lepas kawen, baru lah saya belasah makan apa je. Mula pulun seafood, telur dan eh, coklat saya dah tak suka plak. Maybe sebab dah lama sangat tak makan kot. Bila dah lenjan seafood banyak sangat pulak, tetiba saya terkena serangan alergik. Adoiiii satu badan kuar gatal2 macam awan. So, sekarang saya kurang kan makan seafood. Sekarang juga, alergik tu dah jadi alergik sejuk pulak. Kalau sejuk sangat dia kuar. Eh, tapi tiap2 ari dok kat ekon tak kuar awan gemawan tuh pon? Sejuk hujan je kot hihihi. Eh, apa citer tadik? Oh, pasal pencuci muka. Actually dah macam2 pencuci yang saya guna. Dove, amway, mustika ratu, lactacyd (ni mula2 klinik kesihatan itm yang kasik), dll. Sekarang, saya pakai clean & clear sebab sama ngan suami ku. Senang nak bawak ke mana2. Sejak biler ek? Rasanya dalan 2-3 tahun ni la. Baru je. Eh, ni dah masuk bab sejarah la pulak ek. Lantak ler, layan...
Thursday, 25 June 2009
Nama Yang Sama & Driver
Sebenarnya, pagi tadi aku saje je gugel nama aku. Nak tau gak, siapa lagi yang berkongsi nama dengan ku kan. Sambil tuh leh tau apa dia buat, kat mana tinggal, bagaimana rupanya, biler lahirnya? Jumpa banyak la jugak. binti Wahab, binti Hassan, binti Tajudin dan banyak lagi. Aku terjah ler blog derang. Tu yang aku ter terjah ke blog sahabat seseorang yang aku cite kat previous entry tuh. Haihhh masa tengok berita takde la rasa apa. Ni dah pergi lebih dekat, langsung tersentuh. Macam kes kemalangan bas yang nak gi umrah tu, biler dah baca blog tentang orang yang ter jumpa dengan suami orang yang terlibat tuh, baru lah terasa. Kuat juga pengaruh blog nih kan? Tv pon tak sepower nih. Eh, korang dah bukak lom blog tuh? Klik kat word 'ini' tu tau.
*********************************************************************************************
Okeh, citer lain pulak. Meh citer pasal pemandu dan penunggang ting tong. Aku salu cakap pada diri, alaaa ni jalan kampung, kampung derang, sukati derang la. Tapi aku rasa bukan kat kampung je wujud orang2 camnih.
Gini, kan aku pernah cite yang aku melalui 3 jenis jalanraya untuk ke tempat kerja kan? Salah satu daripadanya ialah jalan negeri (parit karjo). Jalan ni bukan jalan kampung tau, tapi jalan nyer agak kecik. Kalo motong motor pon kena makan jalan. Banyak lori gak lalu sini. Contohnya, lori dari kilang2 kat sri gading nak ke pontian misalnya, derang akan lalu jalan nih.
Waktu pagi, jalan ni banyak kenderaan yang melawan arah jalan aku. Yang searah ngan aku ada la sikit2, tapi tak sebanyak yang sebaliknya. Yang aku menyampah giler tu, derang suka2 hati je motong motor depan derang dalam keadaan aku meluru dari depan dengan pantasnya nih. Memang la derang tak tau aku tengah laju kan. Tak tau takpe. Dah tau tak tau tu, jangan ler memandai menganggap aku akan turun atas bahu jalan semata2 nak kasik ko jalan yang luas untuk memotong motor itu. Ada tu lagi best, siap kasi lampu lagi! Wah! Siapa ko? TMJ ker? Kalo ye pon, musti ada motor polis yang escort ke kan. Tapi, sebagai pemandu berhemah, aku cuma mampu brake je lah, kasik can dia motong. Kejar punch card kul 7.30 kot. Tak pon nak terberi kot. Nak lagi sedap ati, nak kejar susun sejadah kat masjid nak solat Dhuha kot. Angin baik sikit, aku ke tepi sipi2 kat bahu jalan je lah (sambil mulut potpetpotpet arrr). Tapi, yang selalunya angin tak baik le kan hehehe. Apa aku buat kalo tanduk nates sudah keluar?
Takde la sampai aku nak mengundang bahaya kepada diri ku sendiri kan. Aku pon takmo kena langgar. Yang aku buat, biler dari jauh aku nampak ada motor dan belakang nyer ada kereta ke lori ke, aku pon lalu la kat tengah2 sket. Kira tayar kanan atas line putih tu la. Supaya kete tu nampak bahawa jalan tu kecik. Tak bahaya la uolsss. Biler dia dah dekat aku pegi la ke tepi semula. Nampak gayanya macam berkesan kekdah tu sebab ada kete tu aku tengok dari jauh dah nampak gaya nak motong, tapi bila nampak aku berkeadaan itu kot, dia pon masuk balik. Hehehe kejam ek? Sukati arrr. Aku tak makan jalan pon.
Satu lagi kes, penunggang motor plak. Ni biasanya pakcik2 la, nak gi kebun. Aku tau la nak gi kebun sebab dia bawak sabit, kete sorong dan kekadang tong. Bab sabit ni sensitip arrr sebab abah ku pon bawak sabit atas motor kan. Dulu2 ar. Tapi memang bahaya la kalo derang belok tu kan. Sabit tu pon pusing melintang tengah jalan huhuhu. Bayangkan kalo motor tu belok ke kiri, ada pulak kete tengah memotong dari depan. Memang la motor bawak sabit tu takde kena mengena ngan aktiviti memotong tersebut. Tapi kalo dah terpusing sabit tu, tak terkena kete tuh? Wiwiwiwi takmo bayangkan arrr. Ngeri.
Selain bawak sabit, penunggang motor juga suka hati masuk atas jalan tanpa melihat kiri kanan terlebih dahulu. Pakcik ni ingat zaman 50-an agaknya, takde kete motor lalu atas jalan tuh. Tu yang dia buat macam jalan dia sendiri tuh. Kiter tau la kalo orang tu tengok2 dulu mesti ada brake sket kan. Ni, tetiba je menonong. Ada sekali tu, kete pon buleh buat pangai yang sama. Kat simpang tu ada lori berenti, so kalo kete tu nak masuk jalan tu kena la berenti, tengok bebetul baru belok. Yang kete ni bleh tiba2 masuk je dengan laju nyer. Kira dia buat simpang tu macam selekoh je lah. Dari depan pulak ada lori. Sibbaik aku sempat elak. Hiiiiiiii bahaya tau. Bencik! Gigil okeh!
Satu lagi kereta yang berenti, nak jalan semula. Sepatutnya bagi signal, tunggu la kete dari belakang tu abis dulu baru masuk. Yang bang**** ni pulak, elok je terkedek2 naik atas jalan, pastu tak geti2 nak speed. Kalo tau terkedek2, tunggu la kete sumer dah lepas. Dusy dusy!
Cakap pasal driver ni memang takkan abis. Dah jadi satu pekerjaan pulak, dalam sehari mesti nak kena lalui sumer nih. Sabo je la nakkk...
Mujahiddin
Ya Allah... mengalir air mata ku bila melihat gambar2 di dalam blog ini. Disokong dengan lagu background yang sungguh syahdu, aku percaya, korang pon akan merasai yang sama. Yang aku maksudkan ialah tentang kejadian kemalangan jalan raya ke atas pelajar2 di kaherah mesir yang meragut satu nyawa iaitu Allahyarham Muhammad Ammar bin Zulkifli. Mari kita sedekah kan al-Fatihah untuk arwah.
p/s semoga membawa keinsafan pada semua...
p/2 2 tambah pilu membaca catatan ummi beliau dan catatan terakhir di blog beliau sendiri
Wednesday, 24 June 2009
Pasar Malam Bandar Universiti Hari Rabu
Selepas hampir 2 tahun aku tinggal di parit rojo nih, hari ni lah pertama kali nya aku pergi ke pasar malam dalam kawasan parit raja neh. Pasar ini terletak di bandar u, terbit setiap rabu. Oleh kerana kami berposer hari ni, adalah best kalo kiter merasai suasana bulan puasa dengan membeli makanan untuk berbuka. Serius, memang macam bulan puasa sayyy. Banyak makanan!!! Yang penting, pasar malam ni sumer owang melayu, maka takde ler makanan2 pelik kat situh.
Biasa arrr napsu orang puasa kan. Pulak tu bukan bulan Ramadhan, nates tak kena ikat. Napsu plus nates = tamak haloba ler kekdahnya. Nampak itu sedap, nampak ini sedap. Sibbaik abis gak makanan. Tapi tak ler banyak sangat hehehe. Jom tengok, apa juadah berbuka aku tadik...
Air soya singgit.
Isteri Bekerja
Aku dan suami pernah berdebat tentang isu ini. Selalu jugak hehehe. Ye lah, kata duit ku duit ku juga, duit mu duit ku juga kan. Masaelahnya, si suami pon nak guna kekdah yang sama, duit ku duit mu juga??? Lepas baca benda ni, baru lah aku faham dan jelas. Walau pon nampak gayanya macam memihak kepada aku, tapi ada juga syarat yang, alamak, macam tak lulus jek? Apa2 pon, aku akan cuba mengupgrade niat ku untuk bekerja, insya Allah. Berikut ialah petikan dari laman web Ustaz Zaharuddin mengenai isu ini. Suami ku, wajib baca eh?
Keputusan Majlis Fiqh Sedunia dalam persidangan yang ke-16 bertempat di Dubai pada 9-14 April 2005 telah membuat ketetapan seperti berikut :-
1. Pemisahan tanggungan harta di antara suami isteri
Isteri mempunyai kelayakan sepenuhnya dan hak harta yang tersendiri. Menurut hukum Shariah, isteri mempunyai hak penuh terhadap (harta) yang diusahakan, samada untuk menggunakannya, memiliki sesuatu, membelanjakannya sementara suami tidak punyai sebarang berkuasa ke atas harta isterinya itu. Isteri juga tidak perlu mendapat izin suami dalam pemilikan hartanya itu dan cara belanjakannya. (wiwiwiwiwiwi best best best)
2. Nafkah perkahwinan
Seorang isteri berhak menerima nafkah yang telah ditetapkan mengikut kemampuan suami bersesuaian dengan uruf yang benar juga kebiasaan masyarakat setempat yang diterima syara'. Kewajipan memberi nafkah ini tidak gugur kecuali jika berlaku nusyuz (di pihak isteri).
3. Isteri keluar bekerja
* Tanggungjawab asas bagi seorang isteri ialah mengurus keluarga, mendidik anak-anak dan memberi sepenuh perhatian terhadap generasi masa depan itu. Walaubagaimanapun, di ketika perlu, isteri berhak untuk bekerja dalam bidang yang bersesuaian dengan tabiat dan kemahirannya menurut uruf yang diiktiraf syara' dengan syarat hendaklah dia beriltizam (menjaga) hukum-hukum agama.
* Kewajipan suami memberi nafkah kepada isteri yang berkerja tidak gugur menurut Islam, selagi mana tidak berlaku ketika keluarnya isteri tersebut untuk bekerja menyebabkan berlakunya isteri 'nusyuz', tatkala itu gugur kewajipan suami memberi nafkah kepada isterinya yang nusyuz.
4. Isteri turut serta membiayai perbelanjaan keluarga
* Menurut pandangan Islam, dari awal mula lagi, isteri tidak wajib berkongsi peranan membiayai nafkah (perbelanjaan) yang diwajibkan ke atas suami. Suami juga tidak harus mewajibkan isteri membantunya (dengan bekerja).
* Kerelaan seorang isteri untuk turut berperanan membantu perbelanjaan keluarga merupakan suatu perkara dibenarkan menurut pandangan syara' demi menjayakan makna bantu membantu dan bertolak ansur di antara suami isteri.
* Diharuskan untuk membuat persefahaman dan persepakatan di antara suami isteri akan cara pengurusan pendapatan mereka termasuk pendapatan yang diperolehi oleh isteri.
* Jika keluarnya isteri bekerja memerlukan kos tambahan, maka isteri menanggung sendiri kos tersebut ( seperti pengangkutan dan lain-lain) (alamak! makan minum pon takleh claim eh? minyak isi sendiri, tapi kete suami bayar hehehe)
5. Kerja Sebagai Syarat
* Seorang isteri dibenarkan untuk meletakkan syarat pada akad perkahwinannya bahawa ia hendaklah dibenarkan bekerja, apabila suami redha dengan syarat itu, ia menjadi kemestian baginya untuk membenarkan (setelah kahwin). Syarat itu hendaklah dinyatakan secara jelas ketika akad.
* Suami pula harus meminta isteri meninggalkan kerjayanya walaupun sebelum ini ia membenarkannya, iaitu sekiranya meninggalkan pekerjaan itu dibuat atas tujuan kepentingan keluarga dan anak-anak.
* Tidak harus, pada pandangan syara' bagi seorang suami untuk menjadikan keizinannya kepada isteri untuk bekerja dengan syarat isteri hendaklah membantu perbelanjaan keluarga yang diwajibkan ke atas suami; tidak harus juga suami mensyaratkan isteri memberi sebahagian daripada pendapatannya kepada suami.
* Suami tidak boleh memaksa isteri untuk keluar bekerja.
6. Perkongsian isteri dalam pemilikan harta
Apabila isteri benar-benar turut menyumbang harta dan pendapatannya bagi mendapatkan dan memilki rumah, aset tetap atau sebarang projek perniagaan, ketika itu isteri mempunyai hak perkongsian pemilikan terhadap rumah atau projek tersebut mengikut kadar harta yang disumbangkannya.
7. Penyalahgunaan hak dalam bidang pekerjaan
* Sebuah perkahwinan itu mempunyai beberapa kewajiban bersama yang patut ditanggung oleh pasangan suami isteri dan ia ditentukan oleh Shariah Islam dengan jelas. Justeru hendaklah perhubungan antara suami isteri dibina adalah landasan keadilan, tolak ansur dan saling menyayangi. Sebarang tindakan yang melangkaui batasan berkenaan adalah haram pada kacamata syara'.
* Seorang suami tidak harus menyalahgunakan haknya sebagai suami untuk menghalang isteri bekerja atau memintanya meninggalkan kerjayanya sekiranya ia hanya bertujuan untuk memudaratkannya (isteri) atau diyakini tindakan itu hanya akan menyebabkan keburukan melebihi kepentingan yang diperolehi.
* Demikian juga halnya ke atas isteri (tidak harus menyalahgunakan keizinan dan hak yang diberikan), iaitu jika ia berterusan dengan kerjayanya hingga menyebabkan mudarat kepada suami dan keluarga atau melebihi maslahat yang diharapkan.
Kesimpulan saya (ustaz tu la, bukan aku he)
* Fitrah wanita menuntut perhatian utama mereka untuk suami, anak dan keluarga. Dan silibus kejayaan mereka adalah dalam bidang ini.
* Wanita dibenarkan bekerja jika keperluan yang disebutkan di atas benar-benar berlaku.
* Walaupun wanita dibenarkan bekerja, ia tidak bererti suami boleh duduk berehat jaga anak di rumah. Sepatutnya suami perlu meningkatkan kualiti diri untuk lebih kehadapan sehingga boleh menanggung keluarga tanpa bantuan isteri.
* Suami isteri bekerja adalah diterima dalam Islam selagi mereka tahu dan bijak merancang pendidikan dan penjagaan anak-anak dan tidak digalakkan isteri berterusan bekerja tanpa sebab-sebab yang mendesak. Sekadar disandarkan oleh perasaan untuk lebih bermewah dan mudah membeli belah (sehingga menggadaikan masa depan anak dan keluarga) dengan menggunakan duit sendiri adalah tidak diterima oleh Islam. (ok ok kena ingat nih)
* Menurut Syeikh Prof Dr Md 'Uqlah, tugas asasi wanita adalah amat besar iaitu sebagai penentu dan pencipta kerjaya seluruh manusia ( menurut asbab kepada hukum alam ),
* Komen saya : ini kerana mereka diberikan kedudukan oleh Islam untuk mencorak segala pemimpin lelaki masa akan datang iaitu dari kecil hingga besar. Malangnya mereka tidak menganggap besar dan mulianya tugasan itu sehingga mereka mencari kerjaya di luar rumah yang menghasilkan sedikit gaji yang dicintainya. Justeru, kembalilah sebagai pencipta kejayaan lelaki dan wanita dari rumah. Ia adalah silibus kejayaan wanita dalam Islam.
Rejab Telah Tiba
Korang!!! Puasa Tak??? Hah, tengok tu, kan aku dah pesan arituh. Tak kira, saper2 yang lom makan tu, baik niat pose cecepat sebelum zohor. Hahaha kejam nyer, paksa2 pulak.
Aku hidup2 ingat cuti hol sultan johor ialah pada hari jumaat ini. Sibbaik aku kepoci sket, kalo tak, komfem aku sambung tido ari jumaat nanti. Sebenarnya hari isnin depan lor...
Oh, apasal aku tak de idea akhir2 nih ek?
Tuesday, 23 June 2009
Loyal Customer
Ingat selkom je ker ada loyalty bonus sms percuma. Apek pon ada wooo.
Apek : Waaa tukar keleta a...
Wo : A'a, servis la.
Apek : Satu minggu satu kali ha makan dulian.
Wo : Ye la.
Apek : Tak payah makan nasik ha.
Wo : Hehehe.
Apek : Lambutan tak mau?
Wo : Tak mo la.
Apek : Ambik la, tak payah duit punya. Mau?
Wo : Errr boleh jugak (dasar nak free je. rezeki jangan ditolak). Tengkiu ho...
Beli dulian, flee lambutan.
p/s aku lagi suka beli dulian, flee dulian jugak hehehe. tapi dia kasik gak sebijik.
Sangap & Menguap
Ngantuknya mataaaaaa. Sibbaik ngantuk mata, kalo ngantuk hidung, telinga, molot, saper nak jawab? Sejak semalam lagi, keje aku menguap je kat opis. Sangap betol. Ngalahkan orang beranak kecik kekdah ngantuknya. Eh, sebenarnya bukan sekarang jek, sejak zaman berzaman pon memang ngantuk kehkehkeh. Tapi yang paling kritikal waktu aminkan doa ler. Siap leh tersengguk tuh. Lagi satu time bukak Al-Quran, otomatik menguap. Astaghfirullahal'azim... Orang nak buat baik ni kan, nates pon bergayut2an di kelopak mata. Dah... keje dia kan.
Monday, 22 June 2009
Lepas Gian
Kali terakhir aku makan nasi beriani sedap gilos nih ialah pada hujung bulan 5. Maknanya dah dekat sebulan lah ek? In between tuh ada la jugak makan kambing seperti sup sitam dan lamb chop getah sekerap (liat giler) di bisik2. Tapi, mana nak sama dengan nasi beriani kambing, kan? Haihhh agaknya aku ni kena duk kat negara arab sana kot, baru betul, bau pon bau kambing.
Selain itu, kali terakhir kami soping2 ialah semasa outstation itu ari. Masa besdei aku tu kami tak masuk pasaraya pon. Maka, lepas gian kali ni ialah untuk beriani kambing dan soping barang dapo. Memang dah plan, ari sabtu ada majlis tu kan, ari ahad baru nak kuar. Memula gi makan dulu. Macam biasa, sedap banget. Cuma nya, aku dapat bahagian daging, kureng kick. Aku suka part tulang2. Tapi ok je. Janji kambing.
Perasan tak? Aku ikat pokok2 tu kat pancang ngan kain langsir? Saje, kengkonon sedondon arrr. Pokok bunga lantana tu pulak, dah ala2 nyawa2 ikan. Tak sangka lak ulat putih2 tuh leh membunuh dia. Semalam jugak aku beli racun dan kill kill die kan mereka ngehngehngeh. Nampak arini macam dah jatuh2 serangga tersebut. :P