Saturday, 31 March 2007

Jom Peningkan Kepala

Dapat ni dari email yang dihantar adik ipar aku. Aku siap tulis lagi salasilah dia. Pun masih tak berjaya menghuraikannya. Sampai part Jarul je aku lepas. Adeh la...

Tolonglah selesaikan masalah ramli ni.... dia pun tak faham siapa diri dia.....

Subject: Feninlah feninggsss

Beberapa tahun lepas Ramli jumpa seorang janda bernama Ramlah

yang mempunyai anak dara bernama Jamilah. Ramli berkahwin dengan

Ramlah dan Jamilah adalah anak tiri Ramli. Selepas itu bapa kepada

Ramli, Jamrud berkahwin dengan anak tiri Ramli, Jamilah. Ini membuatkan

Jamilah, mak tiri kepada Ramli yang sebelum ini anak tirinya. Jadi ayah Ramli,

Jamrud adalah anak tiri Ramli dan memjadikan Ramlah sebagai

Mak Mertua kepada Bapak Mertuanya. Selang beberapa bulan kemudian, Jamilah anak kepada

isteri Ramli, Ramlah melahirkan anak lelaki, Jarul. Jadi Jarul adalah

adik kepada Ramli. Tetapi Jarul adalah anak kepada Jamilah, anak

kepada isteri Ramli, Ramlah. Menjadikan Jarul adalah cucu kepada isteri

Ramli, Ramlah. Sekaligus menjadikan Ramli datuk kepada Jarul, adiknya.

Itu tak seberapa lagi. Selepas itu, Ramli dan Ramlah mendapat anak bernama

Jayzee. Sekarang Jamilah, anak tiri Ramli dan juga Mak mertua Ramli me njadi

kakak dan juga nenek kepada Jayzee. Jadi ayah Ramli, Jamrud menjadi

abang ipar kepada anak Ramli yang mana kakak ipar Jayzee adalah isteri

kepada ayah Ramli, Jadi sekarang, Ramli adalah abang ipar kepada emak mertuanya,

isteri Ramli, Ramlah adalah makcik kepada anaknya sendiri, Jamilah... Anak Ramli,

Jarul adalah sepupu kepada ayah Ramli, Jamrud dan Ramli adalah datuk

kepada dirinya sendiri... muahahahahahahahhahaha... .isk isk isk... .. nennooo nennooo..neenooo..nenoooo..

phewiiittttt tebabooooooooooo.. aku pening... .... aku sindiri naik fening menterjemahkan semua nih!! "

Friday, 30 March 2007

Hela kan Nafas Yang Panjang

Akhirnya aku siap menjahit 5 pasang baju yang ditempah dengan jayanya. Baru 5 pasang dah huru hara rumah aku. Sampai kan abang complain, baju ngan seluar keje dia pun terlekat benang. Selalu rambut aku je yang berada di mana-mana. Ni, benang pulak. Berwarna-warni pulak tu.

Hari Selasa aku dah hantar baju pada Kak Ijah. Abang sebenonya yang hantar. Aku tengah tekun menulang belut leher baju masing2, tak de masa nak pegi UTHM. Sambil tu pada hari yang sama PM Siti suh abang hantar kain lagi. Dia dah berkenan lagi. Bagusnya... Sebab apa aku kata bagus? Sebab dia bayar cash. Tak pening kepala aku nak jaga penghutang2. Tapi, dalam pada dia nak tengok selai je, aku suh abang bawak semua. Taktik kena bagus. Untung2 ada yang sangkut lagi. Dan memang betul pun. Dua helai lagi telah disambar oleh orang opis fakulti abang. Hutang pun hutang lah. Pandai gak abang menjual. Hihihi. Jangan marah Dato' VC. Ini bisnes saya, bukan suami saya (walau pun suami saya yang bawak kain tu dalam waktu pejabat). Takpe, Dato' VC kan kamcing. kikiki.

Malam tadi, siap semua baju bebudak Pendaftar dan hari ni abang akan hantar dan kutip payment sekali. Dah macam Cik Milah jual kain lak . Ingat tak Yayu Cik Milah yang mak belikan baju raya kite dulu?

Semalam abang jadi MC lawatan Professor Adjung. Aku lak yang macam tak percaya. Tapi dia orait je. Ari ni ada sambungan lagi. Tu yang suh aku iron baju Melayu sepasang tu. Alamak bang, malam tadik lupa pasang butang siap2. Sorry!!!

Petang semalam, dapat 3 customer baru. Satu nak beli cash, satu nak beli hutang, satu nak order. Alhamdulillah. Rezeki rezeki. Tak sabar lak nak pegi ambik stok baru. Tapi kena tunggu gaji bulan depan lah. Tunggu payment derang, baru boleh ambik banyak2. Hopefully boleh pergi sebelum aku posting. Kalau dah kerja, penat pulak nak pergi weekend biasa. Tapi UTHM dah nak exam. Abang pun dah abis lab minggu ni. Maknanya dah free sikit. Lepas exam, boleh la abang mintak cuti, kite jenjalan. Tapi, petang ni abang ada meeting tentang INSEP. Ala, program latihan siswazah menganggur tu. Kalau ada rezeki, dapat lah abang slot mengajar time cuti semester tu nanti. Dan kalau ada rezeki, dapat lah aku shopping bila dah claim tu nanti. Apa bang? Abang tak kisah duit tu? Yang penting mendidik anak bangsa? Alhamdulillah. Memang dah rezeki aku lah tu sebab abang takmo duit tu kan. Syukur syukur.

Hari ni aku nak lepak satu hari. Blog hopping dan tengok TV. So, sekarang aku nak rileks...

p/s Ada 2 pasang lagi nak kena jahit. Tapi, kite layan lepak dulu. Layannnnnnnn

Tuesday, 27 March 2007

Terima Kasih Mesin Jahit

Hari ni aku nak ucapkan terima kasih kat mesin jahit ku ni sebab dia tak buat perangai. Mesin ni dengar cakap tau. Kalau aku cakap nak beli yang baru, otomatik dia akan berjalan lancar. Jadi aku akan selalu marah dia supaya dia sedar diri dan sedar ruang. Ada sekali tu, dia buat perangai, aku cakap, "ada gak yang kena campak dari tingkat 88 ni". Tak semena-mena, dia berjalan dengan smooth nya. Smooth tahap macam tak percaya sebab selain smooth, pitching dia pun elok je. Low note dia very the clear. Anyway, thanks a lot machine!

Oleh sebab mesin tu baik arini, maka aku dah siap mencantum semua baju batik yang ditempah. Tinggal sembat kaki tangan baju jek. Tapi baju opel lagi 2 lai tu aku tak usik lagi. Azam kena kuat untuk memulakan jahitan. Bila dah start, susah pulak nak stop. Jadi, elok lah aku siapkan batik ni dulu. Dah hantar kat customer dan dapat payment, baru semangat nak jahit yang opel tu pulak. Dah lah dia nak baju kurung Pahang. Tiru je lah baju contoh yang dia kasi. Pas siap semua tu, baru aku sambung menjahit baju aku pulak. Huh! Bila lah nak siap. Entah2 lepas ni ada lagi tempahan. Harap tak datang sekali gus cenggini lah. Camane lah orang yang jadi tukang jahit tu ek? Time nak raya lagi? Putus urat belakang. Aku jahit sikit ni pun dah sakit2 bahu.

Dah 2 hari aku tak masak. Tekun menjahit. Karang aku dah stop, susah nak mula balik. Jadi, malam semalam kami makan di Seri Kenangan. Tak sedap pulak nasi goreng paprik dia kali ni. Petang tadi pulak, kami makan di Selamba Corner kat bus stand lama. Sedap gak NGP dia. Abang makan lontong goreng. First time aku jumpa. Rupanya, ala2 nasi himpit versi nasi goreng kampung. Lebih kurang gitu lah. Pedas!

Malam ni abang nak main badminton. Kalau tak dia tak balik petang, terus je bersukan lepas Isyak. Tapi tadi pukul 5.30 dia call, dan terpujuk balik. Tapi still nak pegi gak malam ni. Ye ke dia gi main badminton ni? Eh, cakap pasal badminton, bulan April nanti ada Asian Badminton Championship (ABC) kat JB. Camane ek nak beli tiket acara2 cenggini? Ingat nak pegi time final kalau bergu negara dapat masuk final lah. Nak harapkan Chong Wei macam tak sampai hati nak beri harapan yang tinggi pada dia. Kesian kau Chong Wei. Tahun lepas, aku begitu mengagumi kau gara-gara ini. Kini, kau jauh berubah... Oh, tidak!

KLIK INI UNTUK TENGOK BATIK. ADA HARGA PROMOSI TAU!

Monday, 26 March 2007

Hujung Minggu Yang Lalu

Seperti biasa, hujung minggu kami amat jarang lepak di rumah. Satu, takde rancangan menarik di TV. Dua, panas la kat rumah, kalau gi shopping complex ada aircond. Sebab kedua ni mungkin akan berubah bila aku dah pasang aircond sok. Bukan esok. Bila2 lah. Tiga, abang dah gaji. Boleh lah shopping barang rumah sikit. Macam biasa, bukan cari barang yang nak dibeli, tapi cari apa yang nak dibeli.

Sabtu petang, lepas Zuhur, kami ke Summit. Tujuan utama aku ke sana ialah menemankan abang dalam pertandingan bowling antara staf UTHM. Ingat lagi, masa selection aritu, masa aku tengok Mukhsin tu? Ha, ni lah pertandingannya. Abang terlibat dalam kategori campuran. 3 laki, 1 pempuan. Seorang hanya layak untuk bermain dalam 2 kategori.

Sampai situ, kami cari parking berbayar. Pusing2, penuh gak. Ingat bila dah ada K4 dan BPMall ni, kurang lah penuh nya. Dah nampak parking, abang pun cepat2 pergi sebab sepatutnya kena standby kul 2. Aku lah yang kena parking kan kete tu.

Tengok kat situ, la... tak mula pun lagik. Acara sebelumnya pun ada yang tak abis lagik. Huhahuha, kul 2.30 baru start. All and all, group abang dapat tempat kedua. Dapatlah piala kecik yang disampaikan oleh Naib Canselor. Kalau Uni besar2, jangan harap NC nak jejak acara kecil2an camtu kan?


Abis acara tu dah pukul 5. Perut pun dah lapar. Kami singgah makan di P. Alahai, dah tak boleh tukar chicken sausage lagi dah. Tak best betul. Sekejap je dah abis.

Abis makan, kami bergegas keluar sebab arini parkingnya RM2 untuk 4 jam pertama dan RM1 untuk setiap jam berikutnya. Kami singgah dulu kat masjid besar solat Asar. Kemudian ke BPMall pulak. Sempat lagi tu. Tujuan utamanya untuk membeli ini.


Memula dah berkenan satu jenis ni, corak kotak2. Very the lady's. Tapi kalau abang nak guna, dah tak sesuai. Jadi kami pilih yang ini. Harganya RM145. Sebelum ni beli yang cikai2, tayar pun dah tercabut. Kali ni pilih ynag tayarnya ada cover kiri kanan plus kukuh sikit. Orait lah buat permulaan.

Kemudian kami terus balik. Malam, abang ada ceramah kat surau. Balik bawak roti canai 2 keping. Beso sangat rotinya. Tak larat aku nak makan. Tengok AF, ok lah sikit banding minggu lepas. Tak minat sesiapa. Tapi kalau kena pilih, Heliza tu ok lah. Suara dia ok.

Ahad pulak, sepatutnya kami join rakan sesurau abang. Diorang plan nak gi naik feri kat Minyak Beku. RM5 seorang. Pergi balik ke Pontian. Baru je sevice tu. Tengah promotion kot. Malam nya dah semangat nak jenjalan, sekalinya terbangun lambat. Tak best pulak kalau tak de geng. Tengahari aku masak asam pedas ayam. Sedap pulak. Bulan puasa lepas ada makan mak masak. Sedap tul. Lepas makan, kami keluar lagi. Kali ni ke K4 pulak. Benonya ternampak Shokubutsu RM6.15. Kira murah lah. Biasa 7.99. Kalau murah pun 5.99. Ni kira orait lah. Kat situ pusing2 sikit, jumpa promotion satu taman baru kat Sri Gading. Abang yang teruja nak duk situ. Aku kalau boleh nak duk kat Evergreen tu. Macam privacy je tempatnya. Register nama, diorang cakap, nanti rumah contoh dah siap dia call ajak tengok.

Sebelum balik singgah Prima Moda pulak. Saje tengok2 langsir. Dapat lah idea sikit. Tapi nanti nak beli kat Nilai 1 atau 3. Banyak pilihan yang cub-cun kat sana. Tak sabo lak nak buat langsir.

Harini aku pulun siapkan kain2 baju kurung. Dapat siapkan 4 helai. Sakit bahu ku. Adeh!

Thursday, 22 March 2007

Biasa-biasa saja

Semalam aku menjahit je sepanjang hari. Dari pagi, jahit di mesin. Malam jahit tangan pulak. 4 pasang baju dah siap cantum dan ada 2 pasang lagi sutera lum cantum. 2 pasang opel belum potong pun. Baju aku pun tak siap lagi 2 pasang. Aritu beli masa pembukaan Prima Moda aka Jakel Cawangan Batu Pahat. Masa tu beli tanpa sebab. Saje buat baju. Sekarang dah ada sebab, nak buat baju kerja. Ala, baju jenis jalur tu, yang trend raya tahun lepas tu, RM12 je sepasang. Kualiti bagus lak tu. Lagi satu jenis ada benang emas. RM15 je. Pastu masa pergi ngan MIL ada beli lagi sepasang. Lum potong pun lagi. Baju batik sutera aku sendiri pun lum buat apa-apa.

Petang dalam pukul 6 gitu, rasa lapar pulak. Abang ajak makan. Kami pergi Sup Sitam. Sibbaik buka. Aku makan gear box, abang makan kambing. Kali ni tak macam the last time kami pergi minggu lepas kot. Yang aritu pedas ya ampunnnn. Kali ni sedang elok je cam biasa. Aritu takde rezeki abang Epet nak merasa Sup Sitam ni. Abang TP ngan Kak Shila dah try dah. Owh, nak siapkan baju Kak Shila la pulak. Mula2 abang TP tak kasi jahit dulu. Tunggu nak raya sok. Takut pakai cepat sangat. Sekali ni, Kak Shila nak jadi MC mesyuarat agung koperasi sekolah kot. Jadi, nak le bergaya ngan baju batik itu.

Malam abang ada training bowling. Nak tengok wayang, arini baru kuar cite baru, Chermin. Tapi cerita seram la pulak. Lain kali lah tengok wayang. Makanya aku duk rumah je menjahit. Tournamentnya hari Sabtu nih. Tengok lah, kalau rajin ikut. Aku bukan apa, bila tengok abang buat aktiviti ngan kengkawan dia, takut dia segan nak perform depan aku. Pastu nanti dia takleh nak express perasaan. Kan kalau main bowling tu diorang akan cheer semua tu kan. Karang ada aku, malu lak diorang. Sebenonya aku yang camtu. Hihihi. Contohnya, kalau aku ada presentation ke, takleh ada orang yang aku kenal tengok. Nanti aku segan dan terlebih nervous. Jadi aku takkan tengok orang yang aku kenal gak presentation. Gitulah...

Tuesday, 20 March 2007

Alhafiz JPA Yang Terkenal, MC dan Uji Pandu Dapat Pen

Pagi ni aku telefon Alhafiz. Mula2 aku perkenalkan diri, saya Nor@siah. Ok. Saya nak tanya la, encik Hafiz dah dapat lum senarai nama lantikan. Bidang apa tu? Elektrik. Owh, ada. Betul ni? Karang takde kang, jadi cam aritu. Eh, sape nama tadi? Nor@siah binti Md Asp@n. Owh, ada ada. Betul ni? Confirm? Confirm, nama awak yang paling kami ingat. Hehehe. Kali ni komfem punya. Ok lah cenggitu. Senang hati saya dengar.

Pastu aku tanya la sesikit pasal posting, dia cakap mungkin bulan Mei baru posting. Dan dia tak dapat nak agak kat mana aku akan di post. Hmmm...

Pukul 2 petang ni aku ada appointment MC. Jadi, pukul 1.30 lagi abang dah balik. Lepas solat, kami pun pergi ke Klinik Kesihatan. Mula sampai tu, belum pukul 2 lagi. Kaunter urine test pon tak bukak lagi. Jadi, aku terus ke kaunter MC. Tunggu sekejap, kendian misi tu suh aku gi ambik result urine test dulu. Aku pun pegi semula ke situ. Tak lama pun, terus siap. Gitu jek? Tak best ar, dia check morphine ngan cannabis jek. Nak gak aku tahu tahap gula dalam darah. Tu pun kedekut nak test. Tapi oleh sebab gomen require drug test je, bio lah.

Pastu aku pegi balik ke kaunter MC. Dia suh tunggu lagi. Garang a misi sorang tu. Tak nampak lak Makcik Salamah. Tiap misi yang lalu aku tengok name tag derang. Takde pun. Kalau jumpa dia pun, bukan boleh buat apa. Nak cakap, saya dah nak keje ni, toksah lah makcik sedih lagi.

Tak lama tunggu, misi panggil. Memula dia suh timbang. Aku pun naik la penimbang dia. 48. Hah? Beratnya. Bukan 3 ke tu? Dalam ati, "ada ralat ke penimbang dia ni?" Misi tu pun owh... Kendian ukur tinggi pulak. 158. Eh? Tingginye? Selalu 151 jek. Takkan tetiba aku bleh tinggi? Pastu dia buat2 ukur balik la. Owh, 151 jek. Pastu dia pun tulis. Berat 43, tinggi 151. Eh, berat tu tadi bukan 38 ke? Eh eh eh. Main2 pulak ukuran dia. Naik balik penimbang. Owh... 38. Baru aku puas ati.

Pastu baca nombor yang dalam kotak dari jarak 20 kaki kalau tak salah. Punye lah cinonet. Sebelum tu aku ngan abang dah test baca nombor tu dari luar kaunter tu, tapi yang beso2 je lah. Tahap penglihatan masih 6/6 kiri dan kanan. Alhamdulillah. Kendian dia ambik blood pressure lak. 110/70. Ok ke tuh? Aku pun tak tau. Dan selepas itu, aku disuruh ambil nombor, jumpa doktor pulak. Lecehnya. Saje nyusahkan diri. Kalau nak, boleh je modal kan RM50, buat kat private. Sekejap jek siap. Huiiiiii 50, banyak tu. Kalau top up tahan sebulan lebih tu.

Aku pun pegi ambik nombor pulak. Kat kertas tu tulis nombor 0444. Aku pun tunggu kat luar. Tengok kat kaunter bilik merah, baru nombor 41. Berapa tahun nak sampai nombor 444? Orang belakang aku pun dah sokseksoksek. Nombor dia 446. Tak lama giliran 44. Aku tengok takde orang, aku pun cuba jenguk. Mmm nombor 444 ke 44? Nor@siah ek? A'ah. Betul lah, masuk.

Duduk di situ seorang Pegawai Perubatan dan seorang misi. Muda lagi doktor ni. Tengok nombor IC dia, 761230... ooo patut lah. Kalau lahir lambat sikit 2 hari, dah baya Yayu. Doktor suh baring. Dia check degupan jantung, check perut. Eh, tak tekan kat tapak kaki pon? Tak ketuk lutut pun? Nak cepat la tu. Malas punya doktor. Hehe tak pepasal je terkutuk doktor tu.

Pastu dia tanya sikit2, kendian dia tengok x-ray. Lama dia tenung. Cuak gak. Dia pun tanya, awak ada senget sikit ke? Ha? Cuba bangun pusing belakang. Dia tekan2 tulang belakang aku. Tulang belakang awak ni senget ni. Owh, doktor ni doktor kedua yang cakap tulang belakang saya senget. Dulu saya pernah buat x-ray ni pun doktor tu cakap yang sama. Owh! Tapi saya jalan tegak je. Hmmm ...

Abis tu, misi pun cop-cop, tulis2, dan aku pun kuar. Dah selesai satu urusan. Sambil jalan tu aku check balik borang tu. Eh eh, dia tak tulis nama, tak cop la kat sini. Tak pe lah, takde suh cop pun, boleh je tulis nama doktor tu. Dah tau nama dia. Abang lak tak puas ati, suh gak jumpa balik misi tu, suh cop. Jadi abang pun pegi ke kaunter semula. Hm... lupa cop nama je.

Habis semua tu dah pukul 3.10. Appointment pukul 3.30. Jadi kami pergi ke pejabat Pesuruhjaya Sumpah di Bukit Pasir. Tua dah orang tu. Dia tengah menaip surat agreement agaknya. Dengar2 orang yang datang tu sebut pasal tanah, nilai nya 90k. Assistant dia pulak takde. Tunggu 5 minit macam takkan siap je, aku pun turun. Lain kali lah.



Kendian kami ke showroom Toyota. Sebenonya dah lama teringin nak test drive kete. Saje suka-suka. Boleh? Kira ari ni hari test drive la. Ingat sempat pergi banyak showroom. So, kat Toyota kami usha Avanza 1.5. Tapi takde lak kat situ. Tapi, kete untuk test drive ada, kat service centre, diorang tengah cuci. So, pukul 3.30 kami pun kuar, cakap, ada appointment kat hospital. Tak leh bagitau appointment test drive Honda. Kang kecik ati lak. Ironi nya, nama sales advisor Toyota tu Sean Lee, yang Honda pulak Sean Ng Tse An. Dua-dua Anak Sean Connery.

Pastu kami terus ke showroom Honda pulak. Janji nak test Avanza lepas abis appointment ngan 'doktor'. Sampai Honda, Sean tu dah standby nak bawak kami jenjalan. Untuk Honda City, aku yang bawak. Dulu masa baru kuar City baru, abang dah test dah. Kete yang sama pun. Pusing2 bandar. Best jugak. Sambil2 tu Sean tu bebel. Kami mengiyakan aje.

Balik semula ke showroom, Sean terangkan sesikit. Kami pun cakap la, masih dalam perancangan. Nak pikir dulu. Then, byebye.

Kami ke Toyota semula. Sean dah ambik Avanza 1.5 kat service center. Kaler dark silver. Yang ni, aku tak berani nak bawak. Tak yakin den. Kali ni, Sean yang ni tak bagi route. Dia cakap, bawak la ke mana2. Dia cadangkan pergi ke service centre, tengok colour yang available. Jadi, kami pun ke sana. Tengok gitu2 je. Takde yang 1.5 punye. Stock not ready. Pastu balik semula ke showroom. Yayu tefon bagitau Mala dah bersalin baby girl. Huhahuha, seperti tadi di Honda, kami mengundur diri dengan cara yang sama. Tengok jam, dah petang ni, balik la dulu. Lain kali kite test drive kete lain pulak. Banyak lagi kan. Dalam list : Myvi, Gen2, Citra.



Sebelum balik, kami singgah Pesuruhjaya Sumpah yang lain. Takde lak. Tetiba Sean Toyota tefon, dia nak kasi free gift. Hmmm best gak tu. Kami pun tunggu dia kat showroom. Dia kasi sebatang pen. Thank you. Pastu kami ke Pesuruhjaya Sumpah yang tadi. Tuptap, settle. Dah selesai semua. Ops, tinggal nak pos surat jek. Kami pun balik. Singgah tong pos kat kuarters imigresen. Begitu lah aktiviti petang tadi. Malam ni, abang pegi main badminton. Tu, baru pegi tu.

Weekend Yang Panjang

Hari Sabtu kami ada jemputan kawin kat rumah Apak aka mak mertua Fara. Adik Apak kawin. Jadi, lepas Zuhur kami pun bersia2 nak pergi. Bila dah masuk dalam kete, baru teringat, tak bawak kad. Aritu dah tengok peta ke rumah dia, tapi tengok gitu je lah. Nak bukak pintu balik pun dah malas. Dengan alasan, mesti ada penanda atau bunga manggar kat simpang2, kami pun terus menuju ke sana. Sampai ke simpang Jalan Masjid, non ado penanda jalannya. Pusing2 sikit. Last2 jumpa pasar pulak. Hmmm kena balik la ni. Maka kami pun balik semula. Kalau tau, tadi masa baru masuk kete dah ambil kad tu. Elok2 sepatutnya kami tengah enak menikmati nasik minyak, dah kena patah balik. Huh!

Balik semula, aku sepatutnya ambik jugak baju Fara yang aku repair. Pun lupa. Padahal aku dah sangkutkan kat tombol pintu tu. Jadi kami pergi semula. La... senang je. Dah lalu simpang tu tadi, tinggal tak masuk jek. Kami sampai waktu pengantin sedang bergambar sakan. Terus jumpa Apak, Fara tengah tido kan anak. Kami pun ambil makanan, dan nyam nyam makan. Rumah dia ni rumah semi-D. Kami makan kat rumah sebelah sebab orang rumah sebelah tu takde, dia kasi tumpang kanopi kat rumah dia. Tak lama tu, Fara pun datang. Ooo nasi beriani Mohd Shah. Patutlah sedap. Pelamin pun dia yang buat sendirik. Memula abang tanya, hiasan kanopi ni, sekali pakej ngan pelamin ke? Hehehe Apak cakap, kalau orang dah nampak pelamin tu macam pakej, kira ok lah tu. Tak lama tu, bapak Fara pulak datang. Apa lagi, kalau dah bapak dia datang, borak tak hengat la pakcik tu. Peramah tul. Masa kitorang datang rumah dia aritu pun punya lah teruja borak. Abang melayan je lah. Tapi banyak nasihat dia tu. Time kasih la uncle.

Pukul 4, kami pun balik. Punye lah lama lepak kat rumah pengantin. Satu hal lak derang nak melayan kitorang. Kami terus menuju ke showroom Toyota. Tutup weekend. Terus je ke BPMall. Huhahuha takde menda pun dibeli. dah buat P-kad. Tapi takleh buat supplimentary card sebab aku dah ada supp. card kat The Store. Sistem dia takleh terima. Tah pape. Dah lah budak yg jaga kaunter tu takmo layan.

Sebelum balik tu, sempat tengok Honda City ngan CRV plak. Yo yo je. Malam, makan nasik berkat jek. Abang pergi kenduri kat rumah cikgu Idah. Tengah tengok AF, tetiba cikgu datang hantar berkat jugak.

Ahad, kami menunggu Abang Epet dan Kak Ani datang. Kul 11 lebih diorang sampai. Petang, kami kelaur ke BPMall. Saje jenjalan. Duk rumah panas. Balik tu singgah Sup Sitam. Tutup plak. Malam tengok badminton. yey... menang!

Abang Epet dan anak-anaknya; Ahmad Hafizuddin aka Apis dan Ahmad Aminuddin aka Amin

Amin yang hensem. Suka tengok mata dia yang bulat dan mulut dia yang comel


Apis apa? Apis lawa. Lawa apa? Lawa cantik. Cantik apa? Cantik hensem. Hensem apa? (kena jawab sampai la perkataan yang dia tak familiar. Contoh, laut apa? Laut Atlantik!)

Pagi sarapan nasik goreng. Abang Epet pergi meeting kat Kundang Ulu Muo. Pukul 7.30 dah bertolak. Abang lak pegi keje kul 8 pagi. Tinggal lah kami lepak2. Tengahari masak kari daging. Pukul 2.30 abang balik. 3.30 plak abang Epet balik. Kul 4 derang pun balik. Kul 6.30 dah sampai Mersing. Huh! Takde idea lah.

Saturday, 17 March 2007

Air



Mesti ada yang tengok gambar ni akan terbayangkan suasana sibuk di pasar malam atau pasar tani. Sebenarnya, ia merupakan suasana di rumah pengantin. Ya! Rumah pengantin dengan pilihan air yang pelbagai.

Kenduri kahwin yang aku hadiri ni merupakan antara yang menyediakan makanan tersedap. Semestinya di Taman Bukit Perdana ku ini. Tuan rumahnya ialah pengetua Sekolah Menengah Sains Muar. Ya, BP, pengetua sekolah tu sekarang merupakan penduduk tetap di sini. Beliau berulang-alik setiap hari ke SMSM. Oleh kerana ini merupakan perkahwinan anak sulung beliau, maka majlis ini kelihatan agak meriah. Dengan tema warna hijau, kami pergi ketika upacara bersanding. Penuh sesak dengan tetamu. Dan bila melihat deretan air ni, memang terasa nak minum semuanya. Tapi selepas makan nasi beriani yang sedap banget, perut ku ternyata tak mampu menampung lebihan makanan atau minuman, lantas aku hanya minum secawan air anggur. Hek eleh, punya lah banyak air, air anggur jek yang aku minum? Kat rumah pun boleh dapat. Tapi, entah! Pada masa itu, aku rasa air anggur lah yang paling mengujakan.

Kenduri kahwin ni berlangsung pada minggu pertama permulaan penggal persekolahan tahun 2007. Bukan cuti sekolah sekrang seperti yang anda sangka. Sekian.

Friday, 16 March 2007

Urusan Hospital

Semalam abang balik pukul 3 petang, terus aku siap2 nak pergi hospital. Mula2 pergi klinik kesihatan atau hospital lama. Kat situ, aku diberi tarikh appointment untuk buat medical check up. 20 Mac 2007, jam 2 petang. Hari Selasa. Untuk hari ini, aku diarah mengambil urine dan menghantar ke makmal untuk diuji. Kebetulan aku baru lepas mandi waktu abang balik tu, jadi memang tak banyak yang dapat. Aku tunjuk kat orang tu, dia kata kena 9/10 penuh. Kalau kurang kami tak terima.

Waktu dah pukul 4pm. Aku pergi ke kereta dan minum air banyak2. Tak pulak terasa. 4.15pm, kami decided to pergi buat x-ray dulu kat hospital. Pergi situ, dalam 30 minit, settle. Tu lah first time aku pergi Hospital Batu Pahat. Best nye hospital di pinggir gunung. Pukul 4.45pm, kami bergegas ke klinik semula. Sempat ke tidak nak hantar urine. Sampai situ, aku terus ke toilet. Masa aku nak masuk toilet tu, kaunter dia masih buka. By the time aku keluar nak hantar urine, kaunter dah tutup. Aku jengah2 ke dalam, masih ada orang. Aku pun pergi ke pintu dia, dan buka. Depan! Depan! Boleh pun buka balik kaunter. Lepas ambil apa yang patut, aku pun balik. Selasa depan, datang bawa x-ray, ambil urine test result dan buat medical check up. Harap2 tak ambil darah. Biasanya tidak.

Selasa depan, selepas atau sebelum buat medical check up, aku nak pergi angkat sumpah pulak. Pergi private je lah, baru RM4. Tapi kalau tak silap masa aku buat dulu kat mahkamah Shah Alam, dia siap suruh baca sumpah tu. Kalau kat private nih, dia main sign je. Tak macam real pun?

Sebelum tu, paginya aku telefon Alhafiz. Dia cakap, dia lum dapat list dari SPA. Mungkin bulan depan baru report duty. Bagus lah. Bukan apa, bulan 4 nanti abang dah habis lab, jadi takde masalah nak hantar aku. Setakat ni, aku baru bagitau Yayu. Sekali tadi, rupanya dia dah pecah rahsia pada Eita pulak. Jangan dipecahkan pada semua sudah. Aku tak nak jadi macam hari tu, tak jadi, aku gak yang malu. Tapi kali ni, bila nak pergi Putrajaya nanti, dah boleh tidur rumah Ngah sebab dah confirm. Tak pun tido rumah Abang TP. Dia tak tau lagi ni. Biarlah rahsia. Kalau dah dapat surat dari JPA nanti baru nak kasi tau abah dan semua.

Hari ni, lepas Subuh lagi kami dah pergi ke pasar. Tak pernah aku pergi pasar seawal ini. Siap makan nasi lemak dan roti canai lagi kat pasar. Hari Ahad ni Abang Epet seberataan nak datang, jadi kena lah bersedia. Balik tu abang pergi kerja, aku pulak membuat operasi mengemas. Sapu dan mop rumah serta basuh baju. Suka bila lepas mop rumah. Sejuk je rasa rumah nih. Petang pulak, aku masak asam pedas ikan terubuk. Mmmm sedapnyerr.

Pukul 4.30pm abang balik. Aku pulak mula operasi menggosok baju. Ingat nak gosok ari Ahad, sekali teringat abang Epet nak datang. Karang tak sempat pulak. Sebelum pukul 8pm dah siap. Panas tul!

Esok, plan nak pergi kenduri kawin adik ipar Fara. Kad dia sampai saing surat dari SPA kelmarin. Sibbaik nama adik Apak tu sama depannya ngan nama Apak, kalau tak, aku pun tak kenal. Fara pulak tak kasi tau pun masa nak pos kad tu. So, tengahari esok takyah masak. Yahoo!

Thursday, 15 March 2007

Cash!

Hari tu baca blog Kak Sya tentang kisah seorang lelaki yang berjasa kepada ibunya dan apabila mati, jenazahnya sangat mudah dikendalikan. Pada ketika itu, aku dah pun percaya akan kebenaran bahawa setiap perkara yang kita lakukan terhadap ibu bapa kita, tak kira baik atau pun buruk, akan diberi balasan CASH semasa hidup. Tak tunggu mati, dik!

Dan ketika aku menulis mutiara kata di sebelah tu, aku tak terfikir nak mengaitkannya dengan kisah itu, sehinggalah apa yang berlaku semalam. Betul lah! Walaupun sesempit mana pun kedudukan ekonomi kita (dalam kes aku, aku tak kerja) dan dalam keadaan 'cukup-cukup makan-pakai' macamana pun kita, jangan lah takut2, atau kedekut2 atau fikir 88x nak hulur2 pada parents kita. Insya Allah, rezeki Allah akan tiba kadang-kadang tanpa kita sangka.

Dalam kes aku, siapa sangka? Kedua-duanya berkaitan. Satu, selepas melalui ujian 'Pegawai Tak Jadi' (rujuk entry ini, ini dan ini), aku rasa boleh lah aku dikirakan sabar jugak lah. Sabar-sabar pun, keluar jugak benda ini. Hihihi Tapi seperti kata mutiara tu, kita tak tahu rancangan Allah swt. Rupa-rupanya semalam, aku terima satu berita yang membahagiakan. Alhamdulillah. Syukur.

Dua, perkara ni aku kira macam keajaiban Allah swt yang sangat2 tepat kena pada aku. Balik kampung minggu lepas, semua orang tahu. Dan semua orang tahu, bulan ni, walaupun cuti sekolah, orang yang keje gomen agak sesak sikit. Gaji bulan Februari hari tu tersangat lah awalnya. Kalau silap perkiraan, awal bulan aritu lagi dah ikat perut. Jadi, sama lah juga dengan kami. Tambah pulak, cuma abang yang kerja. Aku? Adalah sikit2 pendapatan dari bisnes batikku. Itu pun kena tunggu gaji bulan ni juga nak dapat payment dari customer UTHM.

Sejak tak bekerja setahun 4 bulan yang lalu, setiap kali abang ajak balik, aku agak cuak. Malu pun ada. Malu bila balik, tapi tak dapat hulur2 kat abah. Tapi since kali terakhir balik is akhir bulan Januari, kami balik lah juga. Rasanya dalam tempoh setahun lepas, berapa kali je aku bagi duit kat abah. Balik memang selalu, tapi kalau bagi pun, alahai, cukup buat beli sotkabo abah je. Tapi tak tau kenapa, balik baru ni, aku tergerak hati nak bagi gak. Tak kisah lah, duit upah menjahit je pun. Buat kerja suka2. Tapi, betul lah. Kalau niat tu baik, baik lah juga balasannya. Syukur. Alhamdulillah.

Moral of the story : Ha, tak geti2 ke? Gi klik link ni, transfer duit kat parents korang. Tapi jangan lah harap sangat keajaiban cam aku tu. Kalau tak sekarang, akan dapat gak ganjaran esok2.

Bowling, "Mukhris' dan Seri Kenangan

Malam tadi abang ada selection bowling untuk sukan staf UTHM. Jadi, sebagai orang yang tak geti main bowling, aku ikut abang, tapi aku melencong ke panggung wayang menonton Mukhris, eh, Mukhsin. Actually malam tadi, abang dengan kondifennye bagitau kawan dia aku nak tengok 'Mukhris'. Dah, termalu.

Showtime pukul 9.30. Kami sampai Summit pukul 8.15 seperti yang di SMS oleh kawan abang. Tanya kat counter, diorang booking kul 8.30. Sempatlah kami ronda2, beli topup, tengok henfon. Maklum lah, arini nak kepochi kan. Tapi terlupa bawak kupon Gintell. Dia ada kasi barang. Lain kali lah.

Ada Sale! kat The Store. Mesti Pasific pon ada. Best nih. Pukul 8.30 kami naik ke Star Bowl, diorang dah sampai. Sementara derang huhahuha, kami solat dulu.

Aku sempat tengok abang main 5 kali balingan, pastu aku ke GSC. Eh, sebelum tu, sampai2 je tadi aku terus beli tiket. Ini kali kedua aku tengok wayang sensorang. Dulu pernah sekali aku tengok kat Bukit Raja, cite The Medellion, Jackie Chan. Time tu Eita dapat kupon free ticket, dia kasi aku. Aku pergi hari Ahad, tayangan pertama, kul 11 pagi kot. Sejak tu dah takde dah. Lagipun dah lama aku tak tengok wayang. Last tengok, Cinta.

Bab ulasan cite memang lah aku fail. Yang boleh aku ingat, cite tu best, menghiburkan, dan membawa kite ke nostalgia zaman kanak2. Main galah panjang (belon acah), layang2, baling selipo. Teringat dulu, kalau datang musim layang2, semua buat layang2, main kat padang awam, belakang rumah, dekat balai raya. Aku pun geti buat layang. Yang tempat ikat benang dia tu apa nama? Tajur ek? Eh, tajur tu kalau mancing tingalkan, kan? Apa ke nama dia. Kalau tiba musim gasing, semua kedai jual gasing. Musim 'captey', semua pakat buat captey. Abis bulu2 ayam kena cabut. Getah pulada berlapis2. Musim apa lagi? Musim main ceper, semua kumpul ceper. Musim main getah, semua kumpul getah. Musim main apa ek namanya yang ada kayu pendek ngan kayu panjang tu. Kite korek lubang sikit pastu congkel. Ha, congkel ayam! Bahaya permainan tu. Boleh kena mata. Lagi, main bola lubang. Lagi, baling tin. Banyak nye permainan. Tapi dalam cite tu takde pulak mandi paya atau sungai. Mungkin kampung tu takde paya. Tapi ada sawah, mesti ada tali air ek? Dia letak permainan padang jek kot. Tengok cite tu sambil gelak2, lagi lah bila kuar minah kepochi tu. Seronok. Ending nye... takleh bagitau. Gi lah tengok. Ala... baru 5 hengget. Hehehe kebetulan pegi hari Rabu, Lady's day.

Habis Mukhsin pukul 11 malam. Aku terus turun ke kereta. Tengok, abang takde. Tengok, lampu Star Bowl masih bukak, lum abis main kot. Aku naik semula. Ngeri jek lif tu. Sekali tengok, abang dah takde. Alamak! Aku turun balik, terus pegi semula tempat parking tadik. Gi bayar parking, abang pun tefon. La... dia pun baru je turun. Selisih lak. Terus kuar, ambik abang kat depan Fajar. Dia da tumpang kete kawan dia turun tadik. Kami parking kat bawah, kawan dia kat roof.

Pastu, kami terus ke Seri Kenangan. Seperti biasa, aku makan nasi goreng paprik, abang nasi goreng ikan masin. Mintak2 posting kat sini je lah. Boleh makan sini selalu. Sebelum balik, tengok TV1, ada badminton All England. Balik cecepat. Sampai rumah, non ado! Dah abis. Kecewa...

Malam tadi takleh tido. Kul 3, aku bukak lampu, baca novel. Pun tak ngantuk. Tak tau lah kul bape aku tido... Now, nak tefon Alhafiz di JPA.

Wednesday, 14 March 2007

Cubit, Tampar dan Kejutkan Aku!


Abang balik hari ni pukul 6 petang.

Nah, surat.

Kad jemputan? Adilah dan Ridzwan? Tak kenal pun?

Bukan kad tu, ni surat besar ni.

Argh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

Alah, ni surat minta maaf kot. Besar nya surat minta maaf dia.

Eh, eh, eh? Tawaran Pelantikan Tetap Ke Jawatan...

Speechless. Alhamdulillah.

(Tengah keringkan surat depan kipas. Hujan bagi isyarat pun aku tak perasan. Jom tengok Mukhsin malam nih!)

Monday, 12 March 2007

Sambungan Trek Selebriti

Balik dari AT5 nak ke Semenchu, kami ronda2 kampung sambil nostalgia de amor. Mula sekali ronda sekolah-sekolah aku lah sebab kami dari AT5 kan. Kami pergi ke sekolah agama dulu. Sekolah agama ni terletak di sebelah masjid. Aku sekolah kat sini sampai darjah 4 sebelum pindah ke SMBM. Kali ni tak sempat ke SMBM. Lain kali kot.


Ini lah bangunan sekolah agama. Asalnya ada 2 blok. Pernah gak aku ada kelas tambahan masa form 3 dulu sebelum pindah ke sekolah rendah. Kalau nak diikutkan, sekolah aku kat AT5 ni semua takde kenangan bersama abang. Kenangan cinta beruk adalah. hihihi.


Ini pulak pintu pagar sekolah ni. Dulu sekolah ni takde pagar. Jadi, bila petang, lepas Asar, ramai yang cabut sekolah especially budak lelaki lah sebab diorang kena solat kat masjid. Jadi, dah terlanjur keluar tu, diorang terus la cabut.


Yang ini papan tanda di simpang masuk ke sekolah rendah dan sekolah tadika.


Ini papan tanda sekolah tadika, dah diturunkan ke bawah. Mungkin nak ditukar yang baru kot. Sekolah ni pernah ditukar nama ke Tabika. Kendia dia tukar balik ke Tadika. Aku pun dah tak ingat bila dia tukar2 tu.


Ini bangunan sekolah. Masa aku dulu ada 3 kelas. Aku kelas A, yang ada langsir pink tuh. Di sini lah aku mengenal huruf dan nombor.


Ini pula playground di laman sekolah. Nampak tak merry-go-round tu? Benda tu abah tau yang buat. Masa tu aku dah sekolah rendah dah. Masa aku Tadika, abah jadi pengerusi sekolah tu. Buai yang sebelah kiri tu pulak adalah tempat kami berlawan, siapa paling tinggi, boleh cecah kaki ke pucuk pokok. Dulu ada pokok rhu kat depan buai tu. Jadi, kami main sape paling tinggu ber'ayun' la. Gelongsor tu dah ada sejak aku sekolah situ.


Ini lah jalan masuk ke sekolah rendah aku. Setiap hari aku akan turun dari motor di depan pintu ni dan berjalan masuk. Keluar pun sama. Kalau hujan, baru lah parents boleh masuk dalam hantar kami.


Ini papan tanda sekolah rendah ku. Tak boleh masuk pulak kali ni sebab nampak ada pak guard kat situ.


Ini pulak tempat menunggu. Tiap hari bapak2 akan lepak di sini menunggu anak mereka. Dan kalau bapak2 lambat sampai, anak2 lah yang akan lepak2 di sini menunggu bapak2 mereka. Tapi selalunya, kalau dah tak sampai tu, anak2 jalan kaki je balik.

Lepas abis sekolah aku, kami ke Semenchu untuk ke sekolah2 abang pulak.


Yang ini sekolah agama abang. Tak tau nak cite macam mana sebab bukan blog abang kan. Bio dia cite dalam blog dia lah.


Ni pulak sekolah tadika abang.


Dan ini, sekolah rendah abang. Menurut cerita abang, dia lah ketua pelajar kat sini. Dia lah olahragawan sekolah ni. Dan dialah pelajar terbaik sekolah ni. Dulu.

Ok, sekarang kita tukar mood romantika de amor pulak. Sebabnya, kami telah masuk ke sekolah menengah di mana aku mengenali abang buat pertama kalinya.


Jeng jeng! Kelas yang aku bulatkan kat hujung tu lah kelas di mana aku dimasukkan masa tingkatan 2 dulu. Di situ lah aku melihat abang pertama kali. hehehe


Yang ini bangunan yang menghadap tempat perhimpunan.


Yang ini tempat perhimpunan. Dulu takde benda ni semua. Cikgu pun berdiri kat tingkat atas bangunan tu.


Tak tau nak sebut apa benda ni. Astaka ke? Ke replika? Entah lah. Dulu takde benda ni semua.


Dupdapdupdap, inilah pintu masuk ke kelas kami di tingkatan 3, kelas 3 Falah. Sekarang dah jadi 3 Cekap. Tengok dari luar, dah agak buruk bangunan ni.


Yang dubulatkan tu ialah tempat duduk abang dulu. Dia duduk tepi tingkap. Sebelah dia is Hairolazhar aka kering. Mail yang aku ceritakan sebelum ni duduk depan abang.


Ni pulak tempat duduk aku. Tapi masa tu tempat duduk nya 2-2, tak bersambung cam dalam gambar nih.


Ini pula gambar yang aku ambil special bagi menggambarkan kedudukan aku dan abang dalam kelas. Kira dulu aku selalu usha dia lah sebab aku duk belakamg sikit. hihihi


Ini pandangan dari depan kelas


Dan pandangan dari belakang kelas.


Ini lanskap di depan kelas 3 Ikhlas. Kelas yang belakang tu ialah kelas ex-pakwe ku yang bercinta beruk tu. Yang ni aku terlupa nak ambik gambar dari kelas aku untuk menggambarkan sudut pandangan aku meng'usha' mamat tu. hehehe. Ampun banggggggg.


Ini dewan sekolah. Masa aku dulu belum ada dewan nih.


Ini kantin sekolah. Banyak nostalgia. Menu yang sedap kat sini ialah mi goreng dengan kuah sambal.


Dan ini ialah surau sekolah dan papan tanda yang sangat bermakna.


Akhir sekali ini lah papan tanda di luar sekolah. Kebanyakan benda dalam gambar yang aku ambil ni tiada semasa zaman aku dulu. Kecuali gambar dalam kelas tadi. Di situ, ada yang masih sama. Masih terasa suasana di zaman sekolah ketika melangkah ke dalamnya. Kenangan dan sejarah yang dicatat akan dikenang selamanya.

(Abang, ingat tak bila abang nak pinjam buku koleksi lirik lagu ayang. Masa tu ayang dah rasa berdebar2 tau. Tak sangka jodoh kita ek?)

Iklan Rancangan Trek Selebriti, Sambungan Cerita Balik Kampung Cuti Sekolah

Sengaja nak asingkan cerita nostalgia dalam entry lain. Sambung perjalanan ke Kota Tinggi. Tanah tumpahnya darah ku...

Lepas nostalgia, kami teruskan perjalanan tanpa henti selama sejam lebih. Hanya berhenti solat di masjid Kota Tinggi. Lepas solat, cuba jenguk bandar Kota Tinggi. Kot2 kedai makan Mail dah buka balik selepas tenggelam banjir. Mail; kawan sekampung ku dan sekelas kami tingkatan 3, se sekolah abang di tingkatan 4&5 dan se UiTM aku di Shah Alam. Dia juga yang me'rekmen'kan abang keje ngan Elektrik Yussein masa abang grad dulu. Sekarang, dia menguruskan restoran keluarganya di bawah bangunan UMNO Kota Tinggi.

Lalu depan Restoran Haji Daud, dah beroperasi semula. Kerusi dan meja serba baru. Cat juga baru. Cuma yang belum ada, lampu liplapliplap. Mungkin yang dulu dah rosak ditenggelami air. Sekali tebgok, tak nampak bayang Mail. Yang ada cuma abang dia. Tanya pada waiter, berkhabaran,

"Mail ke Kedah, kawin."
"Aik? Bila?"
"Esok."
"Oh, kat AT5 bila?"
"Hari Khamis depan."

Lepas order, abang terus SMS Mail. Takkan tak jemput lak? Mungkin ada kad jemputan di rumah, belum sampai lagi. Tak lama, Mail reply, telefon lama hilang, nombor contact semua hilang. Maaf diterima. Dijemput pun, mungkin kami tak dapat datang. Anyway, Selamat Pengantin Baru!

Aku makan nasi goreng paprik minum milo ais. Mungkin tukang masak lain, dah tak sesedap dulu. Ulin makan nasi goreng ikan masin dengan air sirap limau. Abang makan nasi putih dengan sup campur dan air teh o. Beli bungkus sup ayam untuk mak.

Selesai makan, pusing jalan pusat bandar. Kedai dah tutup. Banyak dah kembali normal. Sampai Semenchu kira2 pukul 10 malam.

Esok nya, pagi2 sarapan ubi goreng. Tengahari makan sambal udang dengan sayur taugeh dan ikan timah goreng. Balik kampung pun makan masakan aku gak. Boring. Tengah makan, In balik bawak buah tembikai. Sudahnya, asik nak membuang air kecik je lah.

Petang lepak2 belakang rumah, teman kan mak menjahit. Aku cuma buang benang lebih jahit tepi jek. Takde mood nak menjahit. Sebelum balik semalam, pegi rumah Kak Nor ambil kain yang dijahit tepi. Petang sikit, mak rebus ubi, makan dengan sambal. Kalau dapat ikan kering, lagi best. Sehari ni, baca novel baru. Lupa tajuk. Macam ni lah kalau baca novel, sekali baca, terus lupa dengan tajuk2 dia sekali.

Malam makan lauk ayam goreng dan sayur bayam. Tidur lewat baca novel. Huargh!!!

Hari Ahad, bangun sarapan jemput2 dengan pisang muda goreng. Tak suka pisang muda. Tak suka juga pisang tanduk sebab masam. Suka pisang manis2. Lepas sarapan, sambung baca novel. Mak pergi 'wirid' di rumah pengantin. Tertidur pulak. Sedar2 dah pukul 11.30. Terus ajak abang balik AT5.

Sampai AT5, abah tengah nak pergi kenduri kawin rumah Adam Gemuk. Mala ngan suami tengah 'sarap'. Lum meletup pompuan tuh. Along tengah ajar anak2 buat kerja sekolah. Mak tengah ambil buah limau sambal.

Lepak2 baca sotkabo. Berita beregu negara masuk final All England. In kata semua dah kalah awal2. Final malam nanti, harap2 boleh tengok. Tak lama tu masak2. Mak masak kari ayam. Along masak sayur bendi ngan bubur pulut hitam. Siap masak, dah tengahari. Lepas solat, makan.


Inilah kari masakan mak semalam. Kali ni mak guna kari biasa, beli dengan mak Temek.(huruf 'e' sekolah, tak ingat 'e' taling ke 'e' pepet). Baunya seakan mengimbas nostalgia zaman kanak2. Sedapnyer...


Ini pula sayur bendi. Kalau aku tak cakap, abang tak mo makan, jadi, aku cakap lah, aku yang potong bawang ngan lada merah tu. Janji ada tolong, senang lah hati dia nak makan.


Ini pula sambal belacan sedap tahap langit ke tujuh. Siap dengan kulit2 limau sambal tu kami telan. Maveles! Cam ni lah best bang. Balik kampung, rasa masakan mak. Takat ayang yang masak, takyah la balik kampung. Hehehe taktik malas masak.

Lebih kurang jam 4 petang, kami balik ke Semenchu. Sebelum sampai rumah, pusing jalan 'nostalgia de amor'. Akan dicatat dalam entry seterusnya, sambungan Trek Selebriti.

Ngah dah sampai jam 2.30 tadi. Asalnya nak balik semalam, sekali ada kematian mak saudara kak Ngah semalam. Tangguhkan balik ke hari ini. Lepas Asar, makan lagi. Makan keropok lekor dengan kuih dan ubi goreng rempah. Juga makan kuih bingka ubi. Macam tahu2 aje, aku suka makan kuih ni. Tapi kuih nye kurang manis, jadi kurang makan. Semalam pun dapat makan kuih kesukaan. Kuih dangai. Kuih dibuat dari kelapa muda dan tepung pulut campur gula yang dibakat. Kuih dibawa Kak Long. Kuih bingka ni dibawa Kak Ngah. Jadi nya aku je tak bawa kuih. Selalu balik bawa kek coklat. Kali ni abang kata tak payah.

Bercadang balik lepas Maghrib. Sebelum Maghrib, keluar depan rumah bermain badminton. Seronok sesekali tengok semua bersantai begini. Aku pulak, ambil kesempatan ambil gambar bunga2 di halaman mak dan halaman Cik Leha sebelah rumah.


Yang ini gambar kaktus di rumah mak


Tak tahu apa nama bunga ni. Siap dengan buah dia sekali. Comel je bunga nye.


Beberapa warna bunga yang sama spesies. Pun tak tahu nama bunga nya.


Pokok dalam pasu rumah mak.


Bunga kertas, orkid dan bunga lili kot?


Orkid di rumah Cik Leha.


Kaktus di rumah Cik Leha.


Kaktus bentuk bunga, bunga tahi ayam dan cili api.

Tanpa disedari, mak di dapur sibuk memasak makan malam. Masak awal kerana mendengar kami nak balik lepas Maghrib.

Masuk waktu Maghrib, bergilir2 mandi. Aku mandi di bilik air dalam rumah. Mandi air kolah. Sejuk. Lepas solat jemaah, makan malam pula. Asyik makan je lah pulak hari ni. Makan lauk ikan kembung goreng dengan sup ayam dan sayur kacang panjang campur tempe.

Selesai makan, dah pun masuk waktu Isyak. Lepas solat, terus bersiap balik. Akhirnya, pukul 9.30 baru kami bertolak. Tak jauh dari pintu gerbang, Ulin pulak terlupa bawa charger henfon. Patah balik ikut jalan lain. Kata orang tak elok patah balik ikut jalan yang sama.

Balik lalu jalan yang sama datang kelmarin. Sampai UTHM, waktu dah pukul 12 malam. Terus balik Batu Pahat, malas nak bersoal-jawab dengan Pak Guard. Ulin pulak tak bawak kad matrik. Esok aje ikut abang pergi kerja.

Sampai rumah, tengok TV, Astro Ria, ulangan Gelanggang Akhir Raja Lawak, Dapat tengok 3 orang jek. Itu pun dah second round. Akhirnya, Yus yang menang. Tido...

Trek Selebriti : Cerita Balik Kampung Hujung MInggu Cuti Sekolah

Ok, ini serius punya post. Walau pun aku tak naik flight balik kampung, tapi situasi yang aku alami ala2 jetleg lah juga. hihi perasan tul.

Balik kali ni boleh lah aku masukkan dalam kategori 'nostalgia lah pulak'. Sebabnya, aku telah men'trek selebriti'kan diri sendirik. Ada rasa macam Jimmy Shanley plak.

Kami bertolak dari BP pukul 5.45pm. Sempatlah aku basuh baju kerja abang. Sempatlah abang melelapkan diri sekejap. Ulin pulak dah abis test nye pukul 5.30pm. Sampai di UTHM, terus ambil Ulin di kolej. Kendian terus menghala ke Air Hitam. Dekat nak sampai Kluang, kami pusing balik pukul 6 di roundabout pertama. Tara! Kami ke SMSJ.


Mula2 tu ingat malas lah nak pergi sebab bukan senang2 je nak masuk. Kena melalui Pak Guard dulu kan. Sekali teringat, kan esok start cuti sekolah. Buat2 lah nak ambil anak.

Bila lalu kat pintu Pak Guard, kami berenti lah jugak. Pak Guard tu tanya, "nak ambil anak?" Kami ye kan aje lah. Pusing lalu belakang Dewan Sri Karyawan (DSK). Snap gambar sikit.


Yang ni, gambar DSK. Kat depan tu, bawah pokok tu, aku pernah ambil gambar ngan Haza dan Omel pada Hari Guru. Tahun tu, Cikgu Prinsip Akaun kami, Cikgu Khairuddin, menang Cikgu Paling Sporting. Suka cikgu tu. Very the caring and loving (alamak! ni bukan loving cam kekasih ek. sebagai guru jek)


DSK; diberi nama ini semasa aku tingkatan 5. Kononnya tempat pelajar2 berkarya. Juga tempat perhimpunan mingguan, hari Isnin yang panjang. Macam tak puas2 bercakap. Selalu kelas Matematik tergendala bila perhimpunan ini mencuri masa kelas.


Di dewan ini juga aku dan Fezza, dua-dua nya form 5 yang masuk pertandingan karaoke. Tak sedo diri punya senior. Pertandingan anjuran form 4. Peringkat saringan,aku nyanyi lagu UK's Pahit akan manis akhirnya. Peringkat finale, aku nyanyi lagu Ziana Zain Kekal.


Yang ini gambar kedai koperasi. Tempat cikgu Khairuddin selalu berada sebab dia kan cikgu PA, jadi, dia lah yang tukang menjaganya.


Ha, ini kerusi tempat lepak2. Aku ada ambik satu gambar kat bangku ni. Lenkali aku carik gambonye. Pernah sekali perjumpaan mentor-mentee dibuat di sini.


Ini pintu pagar Asrama Putera. Ada 2 blok bangunan; Budi Dan Karya. Pernah masuk sini sekali jek, masa hari terbuka asrama. Pelajar pompuan masuk asrama lelaki dan sebaliknya. Eh, dan ada pejabat penyelia asrama kat sini. Pernah pergi time demam. Dan juga bilik gerakan pengawas, tempat buat announcement a.k.a tempat panggil boifen lepas balik outing untuk bagi 'hasil'. hihihi


Dewan Sri Budiman. Juga diberi nama saing dengan DSK. Nama diberi atas jasanya berbudi kepada perut kami semua. huhuhu. Di depan ini juga tempat perhimpunan harian atau hari Ahad. Tempat nyanyi lagu Negaraku, Negeri Johor, Sekolah dan Wawasan 2020. Juga tempat nak pass kan surat untuk di pos kepada pengawas. Tiap minggu mesti aku pos surat. Maklum lah, bercinta jarak jauh.


Pintu pagar Asrama Puteri, blok Bakti. Teringin nak melangkah masuk, tapi takde masa laks. Karang ter'nostalgia'lah pulak.


Bas baru. Dulu ada satu bas kontot, satu bas panjang. Itu pun takde air cond. Sekarang ada bas kontot dan satu bas ini. Bangunan di sebelah tu, macam kuarters jek. Tak tau lah. Terletak di belakang tempat tunggu bas dan tempat telefon. Sekarang dah takde telefon lagi kat bus stop tu. Budak sekarang pakai henfon lar.


Tempat yang dibulatkan di atas tu ialah tempat aku bermenung di waktu petang sambil berangan. Di luar study room form 5. Masa tu Mawi lum nyanyi kat aku 'mengapa kau bermenung oh adik berhati bingung'. Tu lah pasal.


Tangki air yang mesti dipanjat budak lelaki lepas abis SPM. Pompuan pun ada gak. Aku tak ler. Gayat...


Surau ni masa aku datang, masih baru. Wajib solat di sini setiap waktu. Kalau ditangkap 'jengking', kena lah panggil ngan warden. Tapi masa form 5, selalu gak buat. Masa ambil gambar ni, ada beberapa adik-adik tengah berjalan ke surau ni untuk solat Maghrib. Adik-adik yang belum balik cuti sekolah, mungkin ada kelas tambahan atau tiket bas atau keretapi lewat. Atau parents belum sampai menjemput.


Batu penanda nama sekolah "SMSJ KLUANG".


Papan tanda arah depan pintu masuk. Baru perasan, pernah sekali je pegi rumah Pengetua ngan GPK-GPK ni masa raya. Masa form 5. Malam2, tak gi prep, gi beraya.

Seterusnya, kami keluar dari SMSJ masih bertiga, tanpa'anak' yang dijemput pulang.

p/s Waktu sekitar pukul 7 pm.