Cerita bisnes sket la. Hari Khamis 2 minggu lepas, dapat sms dari seseorang. Dia tanya kalau2 ada kain batik yang nak ditunjuk kat UTHM. Aku pun cakap lah yang aku boleh datang bila-bila bawak kain. Pastu dia reply, suruh aku datang ikut husband. Siap mention lagi nama abang. Aik? Sape lak yang kenal aku nih?
Petang tu bila balik, aku terus tengok phone book abang. Aler... dia ni ke? Lecturer master abang dan salah seorang panel interview aku dulu.
Makanya Khamis lepas ni, aku pergi lah ke UTHM dengan berdebarnya. Segan pun ada. Tapi sejak aku dah tebalkan muka ni, dah tak segan mana dah. Kebetulan, budak2 ofis Pendaftar pon nak tengok gak. Tambah lagi, baju yang budak tu tempah jahit pun aku dah siapkan, maka aku pergi lah.
Sebelum pergi tu, singgah sarap/brunch kat mamak. Aku makan mi goreng mamak. Memang sedap. Ada telur, ke takde ke, aku lantak semua. Pastu SMS budak Kaunseling lak, kot2 derang nak tengok gak.
Mula2 tu pegi Pejabat Kaunseling dulu. Derang tengok2 je. Wah! Wah! je. Pastu gi ofis abang jap mentara nak tunggu waktu janji ngan lecturer tuh. Pastu abang hantar ke ofis dia. Benonya abang tu malu nak gi sebab kena lalu ofis fakulti. Tapi dia gi gak sebab berat tau nak angkut kain2 tu. Eleh, kalo dah masyukkkkk dia gak yang suka2 mintak belanja kan.
Sampai2 situ, terus lah operasi. Terus dah tak segan dah. Sibbaik dia pon sempoi gak. Siap dipanggil bebudak atu ofis lagi. Finally, 2 orang je yang beli.
Pastu, aku pergi Pejabat Pendaftar laks. Bagi baju tempahan, dapat la belanja makan2 sket. Kat ofis tu je, terjual 4 pasang. Semua siap jahit. Masyukkkk. kaftan pun terjual gak. Hihi
Pastu aku balik ofis abang. Dah ringan dah. Try telefon kakak kat Pusat Sains lak. Dia tanya, " kalau tengok je tak beli tak pe kan? " Bolehhhhhhhh.
Aku pun pergi ke ofis dia pulak. Hehe terbeli lah jugak selai. DIa kata " lain kali jangan datang lagi. " Hihi boleh gitu? Dia pun suh jahit sekali. Kena lah aku datang lagi kan? Baju yang dia beli arituh dah siap, tapi tokei tu terbuat tangan ketap, tension jek dia, beli mahal2, jadik gitu. Tu yang dia suh aku jahit lak tu walau pun aritu dia kata tokei tu buat RM24 je. Beza singgit je pun.
Pastu, aku pun balik ofis abang. Lepak situ sampai abang abis main bola. Lepas Maghrib baru balik rumah. Puas hati. Pulang dengan 7 helai tempahan jahitan. Huh!
Tuesday, 6 March 2007
Hasil karya AyunasiA pada 11:41 am
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komen:
Post a Comment