Apa la Yayu ni, balik keje pun boleh lupa shut down PC. Dah, nampak cam dia online je. Dah lah cuti weekend. Nak minum lenkali tengok dulu, ada semut tak.
Lepas menyaksikan kemalangan tu, kami buat dek, je, teruskan perjalanan. Jarak dari KB ke Bachok lebih kurang 1/2 jam perjalanan. Kira kalau dari umah nak ke Kota lah. Aku memang lagi suka sebutkan jarak dalam ukuran masa. Kalau ikut ukuran kilometer tu, macam tak puas je. Ala-ala klasik gitu. Sepelaung, sepuntung rokok ,setanak nasik. Tu semua indicator jarak dalam ukuran masa. Ketinggalan zaman ke apa aku ni ek? hihihi
Sebagai co-pilot, abang memang percaya kalau aku baca peta. Aku rasa aku quite ok dalam membaca peta. Tapi kalau dah pempuan tu, memang lah hampeh kalau baca peta. Elok-elok jalan tu patutnya terus, aku boleh nampak simpang. Dah lah jalan tu jalan kampung, berlubang lak tu. Kalau selisih ngan kete lain, mesti kena berenti. Sibbaik kami patah balik tak sampai 100 meter. Ngehngehngeh. Sebenonya yang aku tengok tu jalan lain. Caya tak? Sampai satu tempat tu, aku kena terbalik kan buku peta tu supaya boleh nampak dari pandangan sebenar. Tapi tak selalu lah. Kengkadang jek.
Aku mula faham peta tu bila kami sampai ke satu simpang tiga. Belok kanan ke Bachok dan Pantai Irama. Oh alah! Silap jalan tadik. Pastu aku dah betul dah. Pekan Bachok tu tak nampak macam pekan pun. Macam Sungai Rengit je aku tengok. Dari situ terus je. Memang tak banyak kenderaan lepas Bachok. Sampai lah ke Pantai Bisikan Bayu, aku tengok peta tu macam jalan mati. Camne nak seberang sungai tu kan? Kalo ikut peta kena ke Pasir Putih. Ropanya ada satu jambatan yang tinggi gitu. Maknanya, nak ke Kuala Besut takyah patah balik ke Pasir Putih. Selamat. Kalo takde jambatan tu, harus aku dah kena marah. Kihkihkih. (Mesti abang baru tau ni)
Tak jauh dari jambatan tu ialah sempadan Kuala Besut.Maknanya sempadan negeri Kelantan-Terengganu lah. Seronot sebab dah lalu satu jalan baru lagi. Kira hampir satu Mesia dah aku redah. Tinggal Perlis je tak sampai lagi. Sebelum jambatan tu pun dah ada tulis Jalan Pantai, maknanya jalan tu lalu jeti Merang yang pernah kami jejak dulu. Baru aku perasan, lagu blues Tgannu kite tu ada sebut
"Pulau Kapas Pulau Redang kita lalu ikut Merang/Marang"
Kira dia short cut kan kedua-dua buah jeti ni sebab bunyi nye lebih kurang. Padahal, jauh bebeno jarak antara dua Jeti ni. Jeti Merang kat Setiu, jeti Marang kat Marang.
Lepas Kuala Besut, baru lah jalannya lengang. Cuma ada sikit kerja pembinaan. Aku perasan sejak dari aritu, negeri Terengganu tengah mengganti semua jambatan dia. Ada yang dah siap, ada yang balum.
Kami sampai KT dah pukul 6 petang. Tu pun aku dah salah jalan. Patut ikut Seberang Takir, baru jumpa jambatan Pulau Duyung. Ni aku lalu Manir, lalu jambatan lain. Jauh sikit pun ye. Takpe lah. At least aku dah tau. Kalau tak, asik lalu jalan yang sama jelah. Jalan tu bertemu kat Mydin baru yang beso tu. Jammed lak kat situ. Tapi demi nak pergi gak ke Pasar Payang, kami redah juga.
Pasar Payang dah agak lengang. Banyak dah tutup. Yang tinggal kedai2 kopok kat bawah je. Memang niat nak beli kopok je pun. Beli kopok sira berlada bungkusan berbelang hijau merah. Fevret tu. Brand lain tak sedap. Beli kopok tu RM10-12 bungkus. Sejak dulu pun camni. Aritu beli kat tepi jalan tu, RM10-10 bungkus. Beli kopok segera kering cap pinggan "Boleh Dimakan Selalu". Adakah dia maksudkan boleh dimakan sekarang? Sebab selalu maknanya sekarang kalau kat sini. Mungkin lah. Sebab memang dia sedia terus dimakan. Pun sama, RM10-12 bungkus. Pun jenis lain tak sedap. Aku tengok brand ni dah masuk Giant pun. Lagi, beli kopok kering 3 bungkus RM10. Aku beli lain2 jenis ikan. Ikan Parang ngan 2 lagi jenis, aku pun tak tau. Rupanya takde kopok ikan kerisi kat sini. Aritu abang Epet beli kat Mersing. Sedap.
Kendian, beli pulak kopok lekor RM5-6 batang. Pastu jumpa orang jual kopok lekor goreng, memula ingat ada kat tempat lain. Malas nak tunggu sebab sekali dia angkat dari kuali, terus abis. Ramai lagi tengah tunggu. Sekali pusing2, takde lagi. Dah lapo ni. Pergi lah balik ke situ. Sebelum tu singgah satu gerai buah ni. Tanya kat satu kedai, dia kata limau madu dari Perak. Ingat Jerangau punya. Tanya satu kedai lagi. Pempuan tengah baca magazine. Bila kami taya yang sama, dia boleh tak pandang. Ingat nak lah beli. Terus tak jadi. Kendian, aku pergi gerai kopok goreng tadi, abang ambik kete. Tunggu lah juga dia mengoreng. Beli RM2 dapat lah 10 keping. Tapi besarlah jugak.
Masuk je kete, terus ngap. Sedapnyerrrrr. Lembut dan tak liat. Kalau tau tadi beli yang belum goreng kat dia jugak. Takpe, lain kali ingat, jangan beli dulu, try dulu. Lepas tu, kami terus bergerak balik. Singgah beberapa stesen minyak untuk membuang. Penyakit apa tah.
Sampai Dungun, singgah lak pasar malam Taman Cempaka. Beli Donut, tongkeng ngan buah limau. Mmm masih sedap macam dulu lah donut tu. Tapak dia pun tak berpindah. Adik yang jual tongkeng tu pulak dah makin besar. Dah masuk sekolah menengah la kot. Selesai di pasar malam, kami terukan lagi perjalanan.
Sampai Paka, kami berenti di Esso, depannya ada surau yang selalu aku singgah. Dah lain surau dia. Makin besar. Cuma yang sama, lepas derang abis solat, mesti terus tutup lampu. Sembahyang lah kau dalam gelap tu. Tengok kat luar tu ada banyak keranda. Baru sampai dari supplier kot.
Selesai solat, kami proceed lagi. Kali ni nak cari makan pulak. Pikir punya pikir, nak cuba makan kat Jaya Gading pulak. Ari tu nampak banyak kedai makan meriah. Isi minyak kat Petronas Jaya Gading. Aku ternampak satu kertas notis berbunyi lebih kurang camni
" Kami tidak menyokong aktiviti rempit. Jadi, kami tidak mengalu-alukan mat rempit mengisi minyak di stesen kami. Anda hanya dialu-alukan apabila sudah berhenti merempit dan bertaubat "
Lupa lak aku nak snap gambarnya. Kelako pun ada.
Lepas isi minyak, kami berenti makan kat kedai makan yang agak meriah. Aku order mi goreng, abang, nasi goreng paprik. Pedas ya ampun nasi goreng dia. Abang makan pun macam tak luak. Dah lah banyak portion dia bagi. Sayang lak. Tapi kalau, tapau pun tak leh makan pun.
Selesai makan, kami teruskan lagi perjalanan. Lepas je Chini, aku dah mula melelapkan diri. Sampai lah BP baru aku bangun. Lamanya aku tidooooo. Sampai rumah dah pukul 4 pagi. Masuk baju dalam mesin, dan kami pun titon. Penatnyer...
Sunday, 25 February 2007
Hasil karya AyunasiA pada 7:50 pm
Label: jalan-jalan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komen:
Post a Comment