Bersambung lagi kisah berjalan ke utara. Di Parit Buntar, kami mencari kedai kain. Tujuannya cuma nak membeli semeter kain buat dijadikan sarung bantal. Yayu nak menggantikan sarung bantal arwah nenek. Dah bocor dan terkeluar kekabunya. Bantal kekabu dulu kala, masih lembut. Tidak seperti bantak kekabu yang aku beli beberapa tahun lepas. Sudah sedia leper, tak boleh ditepuk-tepuk buat dibentuk lagi. Kekabu murah barangkali.
Beli kain 'klabmen' semeter berharga sekitar RM2. Tak ingat. Kalau beli di Nagoya cuma RM2 semeter. Pernah beli kain jenis ini di Nagoya dan dibuat cadar single untuk diri sendiri dan boyfriend waktu itu. Hari ini, cadar pulang ke gagang,, jadi milik sendiri semula bila si boyfriend menjadi teman serumah kini. Cadar fitted masih digunakan membungkus tilam 3 ringgit.
Pulang dari Parit Buntar, lalu kilang tisu popular. Tisu Premier. Dekat sangat dengan ILP. Tengah jalan, Najib call bagitau Nurin dah bangun tidur. Balik ILP dulu mengambil Nurin. Niat nak mencari Char Kuey Tiow sekitar Nibong Tebal. Lepas ambil Nurin, teruskan niat ke satu gerai CKT di kawasan perindustrian berhampiran. Gerai terletak di tepi padang awam/permainan. Ramai sedang beriadah petang2. Gerai baru dibuka pukul 6.30. Terpaksa tunggu pemilik gerai menyiapkan bahan2.
Sedang menunggu, terlihat pemilik kedai melakukan sesuatu di bawah pokok. Punya lah buruk sangka, menyangka dia meletakkan 'pelaris' di bawah pokok. Gelak tak hengat selepas mengetahui rupa2nya dia membungkus extension wayar yang dipasang dari sebuah kedai berhampiran. Takut basah ditimpa hujan. Lain kali jangan cepat berburuk sangka ok...
Pulang waktu hampir Maghrib. Tak sabar-sabar, terus makan CKT yang diidamkan selama ini. Sedap boleh tahan. Beli 4 bungkus. Sengaja lebih kan satu bungkus. Takut tak cukup. Najib tak suka makan CKT agaknya. Selesai tu, masak pulak daging masak kicap. Najib nak balik Perlis malam ni, so, kena masak ler.
Malam tu, menjahit pulak sarung bantal. Harap aje ada mesin jahit, tapi pasang benang pon nak kena tunjukkan. Jahitkan sarung bantal arwah nenek dan sarung bantal Nurin. Sarung bantal dibuat seadanya. Guna benang yang ada.
Pagi, Yayu pegi kerja, kami keluar sekali. Masih belum buat keputusan tentang tempat ingin dituju. Singgah sarapan di sebuah kedai mamak. Makan roti canai dengan teh o. Abang makan 2 keping.
Terukan perjalanan ke Yan Kedah. Ikut jalan dalam, sambil tengok pemandangan. Lalu banyak daerah. Hampir dengan Sungai Petani, lalu satu jalan baru. Jalan 2 lorong. Tapi tak jauh, kami belok ke kiri menuju ke Yan melalui UiTM Merbuk. Lalu UiTM, berhenti sekejap mengambil gambar pintu gerbang.
Sampai di Yan, macam tahu jalan ke rumah Kak Sya. Sudahnya, bila sedar macam terlalu jauh, berpatah balik. U-turn hampir nak sampai Kuala Kedah. Jalan masuk ke rumah Kak SYa ada tong pos. Tak perasan pulak sepanjang jalan tadi. Main agak2 aje masuk satu jalan. Memang betul pun jaln tu. Memang dah takde tong pos di simpang jalan. Patut lahhhhhhhh.
Sampai rumah Kak Sya, dia tengah memasak lunch. Tak lama tu, dah diajak makan. Sambil makan, berkeputusan untuk ke Langkawi. Minta tolong Kak Sya hantarkan kami ke jeti Kuala Kedah. Pinjam beg Anis. Backpack. Konon memudahkan berjalan. Jalan-jalan ala backpackers.
Keluar ke Alor Setar untuk mengeluarkan duit dari ASB. Sampai bank, penuh sesak dengan orang berurusan yang sama. Berkeputusan terus kan perjalanan ke jeti. Cuba bank di jeti. Sampai sana, pun sama. Sudahnya, kami pinjam dit kak Sya dulu. Sampai sana nanti baru keluarkan duit.
Singgah farmasi beli ubat tahan muntah. Kemudian beli tiket feri ke Langkawi. Tiket pukul 3 petang. Sempat solat dulu di surau jeti. Bersih dan selesa. Sangat.
Naik feri, penuh dengan penumpang. Duduk sebelah seorang perempuan, mungkin penduduk langkawi. Dari gaya lenggang, cuma membimbit plastik dan beg tangan. Mungkin pergi shopping di bandar, kemudian balik semula ke pulau. TV bertayangan flem Jackie Chan. Perjalanan hampir 1 jam setengah. Sempat habis satu filem ditayangkan.
Pertama kali menjejakkan kaki di Pulau Legenda, Langkawi. Terus mendapatkan motor untuk disewa. Sewa motor menjimatkan. Bukan nak shopping pun. Asal ada pengangkutan. Sewa satu motor skooter modenas. Booking chalet di Pantai Cenang. Booking island hopping esok hari. Duit cukup2. Tak sempat ke bank. Dah tutup petang.
Terus ke chalet waktu hampir Maghrib. Chalet terletak jauh nun di pantai tengah. Naik motor auto, laju je menonong. Isi minyak RM3 di pekan Kuah. Tak terfikir motor auto, kuat makan minyak. Sampai di chalet, pemiliknya meminta bayaran lagi. La... tadi cuma bayar deposit je ke? Kena bayar lagi RM50. Meminta budi bicara pemilik untuk membayar malam nanti. Beralasan belum sempat mengeluarkan duit. Pemilik baik budi bicara mengizinkan.
Masuk ke bilik, mencari ikhtiar mendapatkan duit buat membayar baki sewa bilik. Tak bersangka akan berkejadian sebegini. Akhirnya menelefon beberapa ahli keluarga, kalau2 boleh membantu. Telefon Yayu, gagal. Telefon In, kalau boleh dia yang nak pinjam duit kami. Telefon Ngah, sedang berada di Kuantan, semua ATM out of service. Masih usaha ikhtiarkan. Anggap gagal juga. Akhirnya, telefon abang TP. Baru lah misi berjaya. Syukur sesangat. Gelak tak hengat bila diingat semula. Sempat ambil gambar duit kami yang tinggal waktu tu. Cukup untuk makan malam.
Malam, lepas Maghrib, kami pun keluar mencari ATM. Tanya pada pemilik chalet, ATM terdekat di airport. Kebetulan kami pun belum solat. Tiada sejadah di bilik dan tiada arah kiblat. Merancang solat di airport.
Bermotor ke airport, lebih kurang 15 minit perjalanan. Sejuk betul naik motor malam2. Sampai di airport, solat dulu, kemudian keluarkan duit. Cuba keluarkan di ATM Maybank, tak boleh masukkan kad. Ah sudah! Cuba beberapa kali masih tak boleh. Cuba ATM CIMB. Huh! Leganya toksah kata. Tengok baki duit, gembira tak terkata. Padahal ada RM100 je pun. Tu pun rasa banyak sangat.
Sebelum tu, waktu di Kuah, cuba cucuk duit di ATM di jeti. Cuba korek duit apa yang ada. Dapat keluarkan RM10 di Maybank dan RM30 di CIMB. Rasa cukup banyak waktu tuh. Lepas lah duit makan malam nih.
Selesai urusan di airport, dengan senang hati, kami mencari tempat makan. Akhirnya berhenti singgah di restoran tepi jalan. Sajian Aki.
Order makan nasi goreng paprik.
Sambil menunggu, ternampak orang memilih ikan. Teringin mencuba. Order ikan siakap, bakar.
Tengah sengkek pun nak makan best2. Selesai makan, bayar bil. Alhamdulillah, harga biasa2. Macam makan di KL atau BP juga.
72 RANCANGAN B
2 weeks ago
0 komen:
Post a Comment