Sambungan kisah jalan-jalan ke seluruh semenanjung awal tahun 2007. Catatan imbasan hari ini.
Bersambung dari kisah kami sampai di Nibong Tebal. Pagi 2 Januari, kami bangun awal untuk hantar Saleh ke UiTM di Permatang Pauh. Yayu dan Najib tak kerja hari ni. Masih dalam cuti. Pagi2, Najib keluar membeli sarapan seperti yang tercatat dalam entry sebelum2 ini.
Lebih kurang pukul 10 pagi, kami bergerak. Singgah di Maybank. Najib menunjukkan jalan. Dia naik motor. Kami tak nampak dia bagi signal belok ke kiri, terpaksa buat u-turn selepas perasan Najib dah membelok. Selesai urusan di bank, kami teruskan perjalanan. Perjalanan kali ni lebih santai sebab dah tahu arah tujuan. Tak sesat punye.
Sampai2 aje di UiTM, kami terus ke tempat pendaftaran. Pendaftaran di kolej lelaki. Sebelum mendaftar kami ke pejabat seseorang itu untuk memastikan status pendaftaran si adik ini. Selepas disemak, tiada rekod bayaran 'cuti khas' sebanyak RM10 dibayar. Sebenarnya sudah dibayar waktu kami datang tempohari. Mungkin terlepas pandang. Halal kan saja.
Selesai mendaftar kolej. menghantar Saleh dan barang2 ke biliknya. Menaiki lif berbendul di muka pintu nya. Nyaris tersadung. Sampai di atas, dah ada satu keluarga turut menghantar ahli keluarganya ke bilik itu. Pantang mendengar kami dari Johor, pasti akan ditanya tentang banjir. Apatah lagi bila dinyatakan kami dari Kota Tinggi. Alhamdulillah, kami tidak terlibat secara langsung dalam bencana alam tersebut.
Turun sahaja dari bilik kolej Saleh, ternampak Kak Sya dan anaknya sudah menunggu di bawah. Sebelum tu, waktu kami di pejabat seseorang itu, Abang Anas menelefon menyatakan kedatangan mereka. Cumanya, waktu menelefon itu, mereka sedang menuju ke UiTM Merbuk. Bertukar arah selepas selesai menelefon.
Melepaskan Saleh pergi mendaftar yang lain dan mendengar taklimat. Kami menunggu di bangku rehat di bawah bangunan kolej. Berbual2 santai. Tiba Saleh dari bangunan di hadapan sambil membawa sepasang kemeja batik, terpaksa beli berharga RM30. Berberita juga tiada minggu orientasi sebagaimana biasa kerana tidak sempat. Pelajar lama akan mendaftar semula pada 5hb. Cuma ada beberapa sesi taklimat penting bukan pada hari ini.
Berkeputusan keluar makan memandangkan Saleh perlu menghadiri taklimat pelajar baru pada jam 2 petang. Keluar berkereta wira, mencari makan. Bercadang2 ke Sungai Dua pada awalnya. Sebalik nya hanya bersinggah gerai makan berhampiran universiti memandangkan waktu sudah suntuk. Makan nasi campur dengan nasi tak berkecukupan. Nasi baru dimasak. Banyak kedai makan masih tutup cuti Hari Raya. Pemilik kedai kurang menyedari pelajar UiTM akan mendaftar pada hari ini.
Makan asing2, dibelanja Abang Anas. panas terik cuaca. Selesai makan, terus menghantar Saleh semula ke kolej, sedang kami bercadang terus pulang ke Nibong Tebal. Berkeputusan esok saja ke Yan mengunjungi rumah Kak Sya. Juga berrancangan ke Padang Besar atau Langkawi. Banyak dalam rancangan, belum tentu perlaksanaan.
Bertemu semula di pintu pagar universiti, mengikut kereta wira ke jeti feri ke pulau. Sengaja menunjukkan, mana tahu lain kali akan ke sana menaiki feri pula. Berpisah di jeti selepas sekali pusing.
Kami terus menuju ke Nibong Tebal, cuma bersinggah ke Summit Bukit Mertajam membeli peta. Peta lama hilang ke mana sejak jalan2 bulan 7. Pusing2 Summit, takde yang menarik. Sama je dengan Summit tempat kediaman.
Penat berjalan, berkeputusan terus saja balik ke NT tanpa bersinggah lagi.
Sampai di ILP, Yayu tiada di rumah. Memasang buai di rumah pengasuh. Selesai urusan di situ, bercadangan ke Parit Buntar mencari kain buat di jadikan sarung bantal. Dengar macam jauh. Parit Buntar di Perak. Rupanya hanya 10 minit dari situ. Pekan terkenal dengan kedia kain dan baju. Pernah dengar, tapi tak pasti kesahihan.
Pergi ke Parit Buntar sebelumnya bercadangan mengganti tidur. Pekan kecil tapi bersesakan kenderaan. Lalu kampus USM di sebelah kiri jalan. Kampus ber fakulti kejuruteraan. Dua kali pusing baru jumpa tempat letak kereta. Pekan ber pasaraya Billion.
72 RANCANGAN B
2 weeks ago
0 komen:
Post a Comment