Bot meneruskan perjalanan selepas semua selesai merakam gambar 'dayang bunting'. Tak jauh dari situ, bot berhenti di sebuah jeti. kami diberi masa sejam untuk pergi ke tasik dayang bunting. time tu aku dah rasa sikit2 nak qada' hajat kecil. ada toilet, tapi masih boleh tahan lagi. pergi tasik dulu. Sampai situ, main2 air sat. Kami cuba sewa jaket untuk mandi, tapi tak dibenarkan sebab mereka beri priority kepada yang menyewa paddle boat. Jadi, terpaksa sewa paddle boat untuk dapatkan jaket. Nak buat macamana. Dah, tak pandai berenang.
Sewa paddle boat seorang RM15. Masa tinggal 30 minit cuma. Terpaksa kayuh laju untuk sempat pusing satu tasik. Sudahnya, hanya separuh tasik yang sempat. Lagi 10 minit, kami pecut. Tapi tak pecut mana. Macam tak gerak je bot tu kami kayuh laju mana pun. Dah lah steering macam lambat berfungsi.
Tinggal 5 minit, pulangkan bot, sempat lah terjun sekejap ke dalam tasik. kemudian, terus pecut pulak mengejar bot menunggu di jeti. Dah lah kena naik bukit turun bukit nak pulang ke jeti. tak sempat pula ke toilet. Waktu dalam paddle boat, kami menghabiskan satu botol besar air mineral untuk diisi air tasik pula. Buat syarat. Entah ya entah tidak. Bukan lah percaya sangat, tapi buat je lah. Kembung perut minum air. Terlupa kite ni tak boleh minum air banyak. Cepat aje nak kuar balik.
Seterusnya, sepatutnya kami ke Pulau Singa. Tapi disebabkan pulau tu sedang direnovate, kami dibawa memberi makan burung helang. Bot meninggalkan pulau dayang bunting dan berhenti berhampiran sebuah pulau. Pemandu bot mengeluarkan sedikit roti dan mencampakkannya ke laut. Datang lah sekawan burung helang menyambar roti tersebut. Sempat lah juga snap beberapa keping gambar helang.
Kemudian bot meneruskan perjalanan menuju ke Pulau Beras Basah. Hentian terakhir sebelum pulang. Di sini pun diberi masa sejam, tapi terlebih sedikit apabila pemandu bot berkumpul bersama geng pemandu bot yang lain. Waktu disinilah bermula nya episod 'tak boleh tahan'. Dengan keadaan tiada toilet, alternatif yang ada hanyalah laut. Berkeras tidak mahu walau tahu risiko menanti.
Sejam dirasakan macam sehari. Fikiran dah tak boleh fikir lain. Cuma ingat nak balik, pergi toilet. Kalau biasa2 takpe. Ini selepas minum separuh botol air mineral. Pagi tu dah minum teh o lagi. Lagi lah seksa. Serik sungguh lah.
Pukul 1 tengahari baru lah pemandu2 bot bersurai. Syukur, aku masih boleh bertahan walaupun dalam hati Tuhan je yang tahu. Naik atas bot, dah terfikir, kalau terlepas ni, memang terpaksa tahan malulah. Cuba alihkan fikiran ke perkara lain.
Alhamdulillah. Mujur lah pulau ni tak berapa jauh dari pulau langkawi. Mujur lah kami pergi pulau yang paling jauh dulu. Mujur lah aku boleh bertahan. Mujur lah van dah siap menunggu di jeti. Naik van yang sama dengan pergi tadi. Kami turun di depan Water World. Mujur lagi ada toilet betul2 di depan WW menghadap jalan. Macam tahu2. Aku terus meluru masuk, abang tolong bayarkan. Tak sempat lagi nak bukak2 purse. Dan.
Selesai disitu, mencari tempat mandi. Seingat aku ada bilik air di luar chalet kami dan chalet berhampiran. Sekali tengok, cuma ada pancuran mandi di luar chalet kami dan bilik mandi di chalet berhampiran sedang di renovate. Sudahnya, abang mandi dulu di pancuran. Aku mandi di toilet WW tadi. Rugi je masuk 2 kali. Tiada tempat mandi sebenarnya. Toilet bersih, sesuai nama tempat yang WORLD! Lantak ler. Janji ada air+paip, mandi je lah.
Selesai mandi, satu masalah lagi. Minyak motor tinggal sikit. Tak cukup untuk sampai Kuah. Tanya seseorang. Ada stesen minyak tak berapa jauh dari Chenang. Terus pergi isi minyak. Isi minyak RM5, untuk ke Kuah dan kembali semula ke Cable Car. Lebih jauh lagi.
Sampia di Kuah, terus ke Maybank. Penuh. BCB. Penuh. Penuh maknanya nombor terlalu jauh dari nombor semasa. Tapi memang penuh orang dengan tujuan yang sama. Memegang buku biru. Abang pergi ke RHB. Takde orang. Ke, orang tak tahu RHB pun ejen ASNB? Terus meluru ke RHB. Tunggu sekejap, terus dipanggil. Keluarkan duit untuk dimasukkan dalam Maybank pula.
Selesai di RHB, masuk Maybank semula. Kali ni di mesin deposit. Tak berani bawa duit banyak dalam poket. Lama lah juga beratur. Terlihat di sebelah mesin deposit cek, seseorang sedang memasukkan cek. Banyaknyerrr!
Selesai urusan, dah pukul 3. Sempat lagi. Keputusan dibuat, pergi ke Cable Car. Lagipun minyak dah isi penuh. Bukan apa. Janji pulangkan motor pukul 5 petang. Kami (baca=motor) memecut laju. Memang tahap gaban lah. Motor auto, langgar je semua bonggol2. Kebetulan jalan sedang dalam pembinaan. Banyak aral melintang. Sakit2 badan melompat2 atas motor.
Jauh nyerrrrrrrrrrrr nak pergi ke Cable Car. 30 minit perjalanan. Jalan berliku2. Sampai2 sana, terus menonong ke pintu pagar. Rupanya tersalah masuk. Itu pagar tapak pembinaan. Terus ke kaunter tiket. RM15 seorang kalau tunjuk Mykad. Subsidi untuk warganegara kot. Bersambung lagi...
72 RANCANGAN B
2 weeks ago
0 komen:
Post a Comment