Petang ni kami akan balik Kota. Ingat nak balik lepas Jumaat, sekali, nak tunggu Ulin ada test kul 4. Sampai malam lah tu. Biasa 2 jam 1/2 dah sampai kalau lalu Kluang. Entah kenapa FIL suka lalu Kulai. Dia kata dekat. Jarak tak beza sangat, tapi memang lagi dekat, cuma dari segi masa tu. Aku kan lebih suka ukur dalam jarak masa? Kalau lalu Kulai, banyak lori beso dan banyak kenderaan lain. Jalan Kluang lengang jek. Tapi kalau malam ngeri gak lalu situ. Ada beberapa versi cerita, tak pernah lah mengalaminya. Amit amit!
Balik kali ni cuma balik weekend biasa. Kalau ada rezeki, dapat jemputan kenduri kawin kengkawan. Boleh lah pegi. Tapi, ari Ahad ada jemputan kat taman nih. Tak dapat pergi. Kalau kenduri kat sini aku suka pergi sebab tukang masaknya, Pak Khalid, masak memang sedap. Bulan puasa dia lah yang masak bubur lambuk tiap hari Ahad. Sup dia pun sedap. Kalau dia bukak kedai makan memang aku akan jadi regular customer dia. hihihi. Ha... sibbaik kau tak masak malam tadik. Memang betul abang dah makan dan bawak balik makanan. Nasik ayam jugak! Takpe, rezeki jangan ditolak.
Baru sekejap tadik siap kemas baju. Ni lagi satu hal. Balik nye 2 hari, tapi bawak baju macam nak balik seminggu. Bukan kena pikul pon kan? Aku selalu bawak baju lebih sepasang. Kot lah ada plan apa2 kan. Dan aku memang tak membasuh bila balik kampung, unless balik seminggu dan basuh di rumah ku. Walau mesin basuh mak tu mesin semi-auto, aku lebih rela daripada kat rumah MIL mesin auto tapi lebih kejam dari semi-auto. Malah, manual sekali pun lebih baik dari itu. Yayu pun kalau balik, asal balik AT5 mesti basuh baju. Lagi senang, kan?
Seronok je bila tengok template ni dah baru. Malam tadik tukar template abang sekali. Pagi ni tukar template blog batik. Saya sangat suka! Kalau boleh nak tukar tiap ari. Boleh gitu? Tapi memang cantik2 la template tu...
Friday, 9 March 2007
Balik Kampung
Hasil karya AyunasiA pada 2:13 pm
Label: pre-vacation
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 komen:
Selamat berhujung minggu.. Kota Tinggi kat mana?..
Assalamualaikum dan salam pagi Sabtu. Wah, cantik cantik.. Berzaman-zaman Kak Su tak komen kat mana2 blog. Baca je. Ni lekas nak komen sebab teruja dengan gambar redup mata memandang kat atas tu.. Juga konsep redup nyaman terselit aura menunggu. Menunggu namun tenang.. :) Kak Su ibu Idris. Wassalam.
ajzie:kota kat air tawar 5, hubby kat semenchu
kak su:kite pun pilih template nih sebab rasa macam redup gitu. tapi hakikatnye, memang tak suka menunggu...
Post a Comment