Dengan langkah kanan, cuci kaki dan lafaz Bismillah, aku melangkah ke rumah baru yang siap di renovate oleh aku sendiri. Pas ni dah tak de komplen, takleh komen kat blog aku lagi. Fenin kepala aku menggodeh. Almaklum lah, kenal komputer pun belum sedekad.
Nak cerita sikit pasal aktiviti harian selepas tak abis2 mengupdate kisah berjalan-jalan. Sekarang tengah tengok Wakenabeb. NTV7. Suka. Ala, tak thrill sangat pun dia pekena Fahrin. Yang dulu best sket. Paling best masa Lan Petpet kena. Kesian dia.
Dah dua hari kami makan di kedai. Semalam petang, tetiba teringin nak makan nasik beriani. Suruh abang balik tengahari, gi makan kat Mohd Shah benteng. Aku makan beriani ayam, abang beriani kambing. Tak berapa kick lah beriani ayam. Lenkali makan beriani kambing lah. Macam tak kena 'gu' je la.
Hari ni plak, pegi benteng lagik. Makan nasi ayam. Memula nak try mee bandung kat gerai no. 16 seperti yang direkmen kan oleh cik Ajzie kite. Sekali tengok ada nasi ayam. Try je lah. Abang makan rojak. Teringat dulu2, asal kuar ngan abang, mesti makan nasi ayam. Kalau kat Dungun, ada satu kedai nasi ayam yang best kat depan Bank RHB. Meriah kedai tu. Nasi ayam dia boleh dimakan setiap hari. Tambah lak, minum lai ci kang kat situ, sedapnyer. Lai ci kang panas ke sejuk ke, sumer sedap. Malam ni tak masak sebab malam Jumaat. Setiap malam Jumaat, aku tidak digalakkan memasak sebab selalu abang dah siap makan bila balik dari surau. Kalau ada orang ber'hajat', ada lah makanan. Kengkadang siap dibawa balik lagi sebungkus sebab tak ramai orang kat surau. Tambah lagi, hari ni ada kenduri kat rumah orang. Memang baik tak yah rajin sangat.
Semalam, masa balik ambik aku kat rumah, abang baru dapat surat lantikan. Alhamdulillah, abang dah pun bergelar Pensyarah. Macam sekejap je tengok abang buat master. Tetiba je dah abis. Tapi orang yang membuat tu tak tau lah kan. Tapi aku rasa lega sebab abang dah merealisasikan impian aku, walau pun aku tak dapat mencapainye, at least abang dah melakukannya bagi pihak aku. Congratulation abang! Akhirnya boleh lah abang menarik lafaz lega sikit setelah setahun lebih hidup paras2 hidung je dari sudut ekonomi. Macam tak caya je kita boleh hidup gak secara normal dengan sekatan ekonomi ek? Alhamdulillah.
Sebelum terlupa, Happy Belated Birthday Nurin Nazura! Semalam is birthday Nurin yang pertama. Cepat jalan ek Uyin!
Hmmm, macam nak sambung cerita cuti-cuti Malaysia awal tahun laks. Publish yang ni dulu lah. Chiowww!
Thursday, 8 March 2007
Selamat Datang Ke Rumah Baru
Hasil karya AyunasiA pada 8:39 pm
Label: Laporan Harian
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 komen:
testing2
Post a Comment