Apa yang aku tinggalkan di paritraja? Rumah. Ya, aku tinggalkan rumah macam tu jer. Tak sewakan, tak juga dijadikan homestay.
Bila orang tanya pasal rumah kat encik suami...
Rumah macamana?
Tinggalkan gitu je.
Tak sewakan ker?
Tak.
Sayangnya... (maksudnya rugi ar tak sewakan. tak mendatangkan hasil)
Tapi, bila orang tanya pasal rumah kat aku...
Rumah macamana?
Tinggalkan gitu je.
Tak sewakan ke?
Tak.
Sayang. (maksudnya sayang nak bagi orang duduk)
Point2 kenapa aku sayang nak sewakan:
- nanti ada orang tido atas katil kiter. a big NO.
- nanti kabinet dapor kotor atau calar
- nanti dapor kotor
- nanti dinding kena conteng
- nanti sofa kotor, kena conteng, koyak dan lusuh (over di situ)
- nanti pintu kabinet tv pecah (selalu nampak cermin pintu kabinet tv orang pecah)
- nanti bilik air kotor
- nanti pili2 patah atau pecah
- nanti meja makan calar, kusi koyak, kena conteng
- nanti loteng roboh. apakah?
- nanti...
Dan banyak lagi alasan yang boleh direka. Lagipun barang2 dalam rumah tu terlampau banyak dan adalah mustahil untuk aku pindahkan baju, pinggan mangkuk, periuk, belanga dan segala mak nenek benda dalam stor ke tempat lain. Kesimpulannya, ku tinggalkan je lah rumah tu seadanya.
Okeh, mari cekidaut apa lagi yang aku tinggalkan di rumah.
Hahaha aku beli majalah ni sehari sebelum pergi. Sempat baca cover story jek. Tapi bila aku upload gambo ni kat fb, orang nampak tajuk yang dibulatkan atas sekali tu jek. Sabo je haku. |
Kotak barang dari opis encik suami. Ada lagi yang diletak di atas loteng. |
Meja makan ku. Oh i miss you... |
Bilik belakang. Lemari tu penuh sepenuh2nya ok. |
Benda yang aku harap boleh dibawak sekali huhuhu. |
Oh dapur ku... Best pulak tengok bila clear camni. Tak tau dalam kabinet tu bersesak penuhnya. |
Laundry area. |
Restricted area. Penceroboh akan didakwa. |
Sebagai rekod. Kalau berubah maknanya ada orang pakai karen la kan. Hopefully bil letrik free bawah rm20 tu kekal selama 4 tahun lagi la. Fuh! Sila undi bn! Tiba2. |
Meter air pulak. Yang ni tak boleh buat apa la. Kena jugak bayar rm5 setiap bulan, pakai ke tak pakai. |
Selain ini, sofa dan tv juga aku wrap. Betapa nak menyampaikan bahawa 'rumah ini bukan homestay' hahaha.
0 komen:
Post a Comment