BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, 24 October 2013

Pokok - Pokok dan Yasinan


Nyaris2 nak tertinggal entry ni. Kena undur balik la pulak.

Pada cuti hari malaysia tu ari, kami balik kampung sebab mil nak buat yasinan merangkap cukur jambul anak kakzela. Dari bulan 3 aritu lagi plan nak buat majlis ni. Kononnya bila confirm jadi jek, terus nak buat majlis ni la. Sekarang anak kakzela pun dah besar pun huhuhu. Maka kesempatan itu ku ambil untuk mengangkut pokok2 bunga ku ke kampung huhuhu. Memula ingat nak angkut sikit dulu, nanti2 mil datang boleh bawak selebihnya. Sekali sumbat punya sumbat, eh, muat pulak. Giler berat pasu2 tu.



Lapang lah sikit depan rumah ni. Dah nampak balik lantainya. Aku pun bukan jaga sangat pokok2 ni. Tengok rumput tu je dah tau huhuhu.



Ok, mari balik kampung (ucapan kepada pokok).

Nombor 2, makan nasi-ayam-haji-ali.









Tak tau apa motif gambar2 ni. Buat berat blog je.

Petang tu sampai dan kami ke pasir gudang pulak untuk menjemput kakzela. Menu hari ahad tu ialah ayam masak lemak cili api dengan daun cekur, sayur goreng, urap dan acar mentah.

Pertama kali aku kopek buah nenas. Boleh?

Semua masakan di'masak' oleh encik suami. Maksudnya tukang kacau/gaul. Kiter tukang campak2 je.


Nampak sedap pulak.

Kami tak buat kuih. Goreng samosa dan karipap segera jer. Banyak jer orang bagi kuih muih.

Yayu pun datang dengan nurin. Ni tengah bungkus berkat.

Boleh buat peraduan bezakan gambar ni dengan gambar di atas hihihi.

Cukur jambul dan marhaban.


Baby Nur-Amni-Batrisyia.


Malam tu kami balik eto5 pulak. Mak ngan abah baru balik dari segamat. Seminggu derang gi. Memula fil cakap, dia jumpa paksim, kata mak pegi rumah anak kat bandar tenggara. Aku dah kompius, bila masa pulak anak mak pindah ke bandar tenggara? Lepas call along baru lah tau rupanya mak pergi segamat. Jauh betul bandar tenggara-segamat.

Besoknya kami terus balik pr. Dah, itu jer. Sebelum tamat, lihat lah, makin menjadi2 rambut ala helmet si dhirah ni.



Tak dapat bayangkan rupa dia tanpa rambut itu huhuhu.

Sekian.


1 komen:

Yayu said...

Helmet dah bertukar tempurung..huhuhuhuh