Dan bermulalah kehidupan seorang N0rasiah di negara matahari terbit. Setibanya aku di bilik kediaman, benda pertama yang aku buat ialah... solat zohor la, apa lagi. Kami sampai tu betul2 orang baru lepas habis solat jumaat. Derang buat jumaat kat bawah hostel aku ni jer. Ada hall. Terus aku diperkenalkan kepada tokei kedai halal. Eh, bukan berkenalan hai hai bye bye. Cuma member tu tunjukkan encik tu tengah berjalan turun dari tempat jumaat. Oh, lupa. Hostel aku ni terletak di atas bukit. Kalau nak bayangkan, dia macam menara yuitm dan uni terletak kat kolej seroja atau delima hahaha. Perumpamaan apakah ini? Orang bagi lah contoh yang satu mesia tau. Ok, kalau orang eto5, sila bayangkan bukit tempat aku jatuh dekat selekoh nak ke blok A depan rumah ed0t tu. Untuk orang keyell, dia macam bukit kat jalan bangsar tu. Eh, tak pun secara universal, dia macam jalan naik ke fly over lah. Apa ke hey aku nak kena terangkan pasal bukit ni tah. Kiranya kalau aku citer, oh, penatnya baru balik dari market, atau oh letihnya menapak dari stesen subway tadi, korang boleh lah berkata, 'memang patut pun', dan bukan, 'eleh, sikit je pun dah penat. Lembik!' Ok, berhenti mengeradau.
Kemudian, tanpa berlengah2 lagi, terus aku mengecheck bagasi. Encik suami kata salah satu dari beg tu macam dibuka. Kot lah dia rampas serbuk asam pakcu sebab menyangka ia dadah jenis marijuana ker (sukati je sebab macam sedap namanya). Eh, tapi cerita pasal beg tu akan aku tulis dalam satu entry lain sebab dah tajuk lain. Ni cuma entry untuk bercerita pasal aktiviti yang berlaku pada hari pertama tu, selain urusan beg tersebut.
Jadi, ini lah dia pemandangan yang aku lihat sebaik sahaja melangkah ke dalam bilik itu dan seterusnya selama 6 bulan atau setahun lagi. Aku ok jer duduk hostel ni lama2. Boleh jimat banyak.
|
Bukak2 je pintu, terus nampak benda alah ni. Mesin basuh dan dapor area. |
|
Ada kabinet bawah dan atas, sinki, dapor dan heater air (bawah dapor tu). Kabinet atas tu 2 tingkat, tapi aku guna yang belah bawah je sebab tak sampai lor. So, stok2 dapor aku simpan kat dalam gobok pakwang. |
|
Kendian akan kelihatan ruang sebegini. Sebelah kiri ada lemari baju, katil dan sofa, manakala belah kanan ada kabinet buku serta gobok pakwang yang bercantum dengan meja makan. |
|
Pemandangan di luar pintu. Ada beranda, tempat sidai baju. |
|
Cadar dan futon tu kami sewa selama sebulan ni. Pas sebulan kalau nak sambung sewa boleh mintak tukar. Kalau nak pakai sendiri punya, boleh lah pulangkan. Kalau perasan, bantal dia very the comel. Muat2 kepala jek. Tapi mujur dia tak bagi bantal keras macam citer rinhanekoma tu kan. |
|
Haaa kat situ lah tempat aku bertenet ni hehehe. |
|
Itu pulak lemari baju. Tempat paling lapang buat masa ni sebab bawak baju sikit jek. |
|
Tapi tak sampai pun sebulan, lemari dah pun penuh hehehe. |
|
Kat situ lah dapor tadi. |
|
Bilik air yang kompak. |
|
Buat masa ni aku belum pernah berendam lagi dalam tub tu. Tunggu lah summer besok (lama nor lagi). |
|
Peti aisnya. |
|
Dapor kat sini sumer style cenggini, siap dengan tempat grill kat tengah2 tu. Heater tu dia kata jangan usik apa2. |
|
Mesin basuh 4.2kg sahaja. Memang kena basuh baju setiap hari lah nampaknya. Tapi ada gak laundry kat tingkat 7. Siap dengan dryer sekali. Tapi aku belum pernah guna lagi. |
|
Suasana yang sungguh damai. |
|
Partition. Sebelum datang, aku membayangkan pintu sliding macam dalam citer jepun. Tapi yang ni dah mengalami proses modenisasi. |
Seterusnya, petang tu, encik suami balik bersama2 dengan staf office residence ni. Dia datang nak terangkan kekdah menggunakan peralatan dalam bilik ni, seperti dapor, hud, mesin basuh, heater dan ekon. Rasanya sama jer dengan peralatan kiter kat mesia, cuma yang ni sumer tulisan jepon. Mesin basuh tu pun dia ajar tekan on dengan start je. Takyah tekan yang lain. Tapi aku tekan ikut step macam mesin kat rumah jer. Dah, kiter mestilah nak ubah level air, proses wash, rinse ngan spin tu kan. Sibbaik betul. Standard kan.
Pas maghrib, member tu datang ajak gi makan. Memang kami sedang kelaparan pun. Memang lah ada megi, tapi bekas, piuk, cerek pun takde cemana nak buat megi? So, kami pun ikut je lah. Kami di bawa makan di kedai pakistan, gandhara namanya. Jumpa 4 femli yang ada kat sini. Kami makan nasi beriani ngan roti nan. Sebelum balik, terjumpa pulak dengan member masa kat yuitm, ita. Dia satu batch ngan encik suami sejak dari yutm lagi. Aritu macam perasan dia nak pergi sambung belajar overseas. Tak tau pulak dia ke nagoya. Tapi dia uni lain.
Dari tempat makan, kami dibawa ke satu kedai serbanika yang menjual pelbagai benda. Kira macam maidin la kot. Kat situ, aku beli lah piuk, kuali, cerek, piuk nasik, pinggan mangkuk dan segala mak nenek peralatan dapo lah. Ni kira starter kit ar gitu hihi. Ada jugak kedai 100yen kat bawah tu. Baru ku tau rupanya 100yen tu bermaksud 105yen sebenarnya.
Dari situ, kami pergi pulak ke sebuah kedai halal. Dapat lah aku membeli ayam kat situ. Beli jugak beras thai, garam, gula, bawang dan minyak masak. Oh, kat sini takde minyak sawit ya. Yang ada cuma minyak bunga matahari dan minyak bunga apatah, canola oil namanya. Aku rasa macam bunga yang selalu warna kuning dalam citer hindustan tu. Ya ker?
|
Dan ini lah hasil pada malam tersebut. Alhamdulillah... banyak urusan kami dipermudahkanNya. Hari pertama lagi kami dah dapat benda2 ni sumer. Terima kasih kepada rody&an serta sahabat2 lain yang membantu. Jasamu akan kukenang. |
|
Piuk nasi ku. Kalau perasan, dalam gambar entry pertama aku di nagoya (yang ada gambo nagoya tekstil tu), aku ada memegang buku manual piuk ni. Kononnya encik suami nak gi tanya kat member jepun, cemana nak guna piuk ni. Tapi tak jadi sebab aku telah berjaya memasak nasik dengan merujuk gambo2 sahaja. Punya lah debor menanti nasik tu masak. Sejam jugak baru dia masak. Sibbaik nasi tak menjadi bubur. |
|
Antara hasil tangkapan di kedai 100yen (kecuali piuk tu) |
|
Aku turut membawa jaring basuh pinggan dari mesia. Datang jauh dari mersing lagik. Dah terbiasa guna jaring, tak geti nak guna span. |
|
Pertama kali dapor ku berasap. Masak air dan goreng... (ada satu entry khas berkaitan masakan pertamaku hehe) |
|
Ayam dan tempeh. |
|
Eh, cop! Ni dah bukan hari pertama lagi dah, kan? Ah lantak lah. Tajuk nya pun 'hari2 pertama'. Kira lebih dari 1 hari la kan. |
|
Macam magik jer, tetiba masa aku kemas beg, terjumpa pulak tali oren ni dalam poket beg. Jauh dah tali ni berjalan. Dari mekah ke beijing dan sekarang ke nagoya. |
|
Akhir sekali, pun magik jugak, aku terjumpa kain batik ni dalam poket beg jugak. Rasanya aku takde bawak kain batik? Cuba teka dari mana datangnya kain batik ni? (soalan kuiz saper betul dapat hadiah penginapan 3 hari 2 malam di rumah aku bila korang datang sini nanti) |
Sekian dulu... tata.
8 komen:
seronok baca kisah asia yg baru berpindah di Jepun....
Jaring basuh pinggan tu..akak panggil pukat
Salam...dah lama ikut baca blog ni..tapi baru nak bagi komen..teruskan menulis ye..saya suka baca..teringat zaman2 saya dulu2...anyway..jarang org nak citer detail mcm dlm blog ni...saya suka baca tapi tak berbakat nak menulis...selamat merantau di negara orang...:)
Tak sabar nak baca pasal shopping kain2, dengar jugak kat jepun banyak jual designer handbag second hand sebab di jeoun fesyen cepat pusingannya...so pakai sekejap diorg jual....
anon: salam, thanks. lenkali tulis nama yea...
hanisumayyah: selepas hampir sebulan ni, bab shopping kain ni baru jer saya discover minggu ni. tengah teruja ni.
memang banyak jual handbag 2nd hand terutamanya lv,coach n gucci. saya dah jumpa 4 kedai 2nd hand setakat ni. mcm2 benda dia jual kat situ. banyak lagi yang belum diterjah sebab belum berkenderaan sendiri.
lain kali saya story mory lagi yea.
yayu: a'ah la, tu kan ambik dari pukat. tapi dah dia berjaring, panggil jaring je lah.
nazayieana: stay tune...
Post a Comment