Friday, 18 October 2013

Bayar PTPTpu @UTC Melaka


Masa pergi hantar perjanjian kat kpt isnin minggu lepas, ada kaunter ptptpu dibuka di sana. Encik suami pun pi lah tengok baki full settlement. Kot lah mampu nak bayar, bayar je lah habis. Nak tunggu pru14 macam lama sangat lagi kan hikhikhik. Lagi pun tempoh pemberian diskaun 20% tu dah nak sampai ke penghujungnya; 30 september. Lepas dah check, ada baki lebih kurang 4k+. Kalau tak bayar pun masih boleh teruskan potongan gaji macam biasa. Kot 3-4 tahun lagi abis la kot. Tapi, selepas berfikir panjang, rasa banyak jugak 20% diskaun tu. 1k+. Maka aku pun mengoffer untuk bayarkan dulu. Gali lubang tutup lubang? Tak lah. Ni dinamakan isteri cerdik yang solehah hehehe. Memula ingat nak pakai duit sedia ada jer. Tapi bila memikirkan kemungkinan nak pakai duit kat jepun ni (wat beli kete ke??? huhuhu), maka aku pun mengambil keputusan untuk mengeluarkan duit dari tabung haji. Ha, hari jumaat tu aku keluarkan duit untuk tujuan ini lah sebenarnya.

Jadi, hari sabtu tu kami pun pergi ke melaka. Pelik bin ajaib betul lah. Punya lah banyak pejabat ptptpu kat negeri2 seluruh mesia, boleh pulak takde satu pun kat negeri johor? Kompius i. So, yang terdekat ialah di utc melaka. Sempena dah dekat due date ni dia bukak tetiap hari sampai pukul 10 malam. Sangat convenient. 


Ini lah dia.

Ok, dah sampai. Aku pergi berpandukan peta yang diberi dalam website. Tapi main rakam dalam kepala je. Ingat jalan hang tuah jer, masuk ikut tesco/jusco meletop, straight jer. Sekali jumpa simpang dan roundabout pulak. Pusing la situ 2-3 kali (jalan sehala), last2 berenti tanya pakcik teksi kat hang tuah mall (kot). Ooo ok, dia terlindung di sebalik kampus bandar utem. Patut lah tak jumpa. Bangunannya sikit punya besar. Maknanya kena belok kiri kat traffic light selepas utem tu.

Sebesar tidak 1mesia nya,

Sampai2 je terus nampak ni. Tempat tangkap gambar untuk passport ke gitu kot.









Bila kami sampai di ptptu, betul2 pukul 1 tengahari. Ada sorang pakcik ni cakap, mintak maaf, mintak 1 jam jer untuk derang solat. Sebabnya kalau ikutkan, waktu urusannya straight takde rehat2. Ok lah pakcik. Kami pun nak solat jugak. So, kami terus ke tingkat 9. Ptptpu ni kat tingkat 4 kot (haiyooo cepat nau lupa. mana tak lupa, dalam seminggu dua ni banyak nau tempat botingkek2 yang aku pergi. tu tak kira berapa banyak kali ibujari aku ni di scan huhuhu). Yang penting dia setingkat dengan jtm, jpk dan tabungptpk.

Tepat pukul 2, kami turun semula. Ramai dah orang menunggu. Paling ramai orang ciner. Dengarnya yang datang dari johor pun ramai. So, hari ni rasanya cuma berlaku 2 urusan. Tanya baki dan bayar lump sum. Ada yang bawak cek, tapi tak boleh bayar sebab dah tak cukup masa. Hari ni sampai isnin, dia terima tunai jer kalau nak bayar habis. Sebab cek nak kena tunggu clear 2-3 hari kan. Lagi pulak hari ni hari sabtu, esok ahad, bank tutup. Boleh nak bayar guna cek, tapi takde diskaun 20% la. Bayar penuh. Membebel jugak la auntie tu sebab dia kata dia dah call, kata boleh guna cek. Tah bila masa dia call.

Proses dia camni. Kalau belum tau baki, kena check baki dulu. Isi borang sket dan pakcik tadi tu akan serah kat dalam. Ramah tul pakcik tu. Dia kata, ramai yang datang last minute. Nak salahkan pun tak boleh sebab, mungkin sebelum ni tengah kumpul duit. Betul jugak tu! Tak lama kendian dia akan panggil nama dan bagi statement baki hutang (macam yang encik suami buat kat kpt itu hari). Pastu baru boleh ambik nombor untuk bayar. Lepas bayar, kena tunggu untuk dia keluarkan surat pelepasan. Tak lama sangat, dalam 15-30 minit gitu. Sementara tu, boleh la ambik nombor untuk pertanyaan. Nak tanya apa? Tanya la cemana nak stopkan potongan gaji. Tunggu lagi (tunggu kuasa dua yakni serentak). Tak lama kemudian, dia pun panggil dan bagi surat pelepasan hutang dan surat untuk diberi kepada bendahari/bahagian kewangan opis kiter, suh stop potong gaji. Sekian, dah selesai.

Happy, kan, bila dah tak berhutang dengan ptptpu? Aku pernah merasai perasaan itu. 

Bergambar sebelum balik.

Tiap kali lalu sini aku akan tekan minyak kuat2 huhuhu. Takut runtuh.

Exit baru bukit gambir antara pagoh dan tangkak.

Jumpa eksiden yang pelik. Forklift jatuh dari lori. Masa gi jb tu ari ada jugak kes kayu/papan jatuh dari lori. 

Singgah rnr pagoh. Rasanya dalam seminggu dua ni jugak, lebih kurang selang sehari, mesti aku minum coolblog. Sibbaik masih sihat sampai ke hari ini. Syukur, alhamdulillah.



Sekian, tamat.


0 komen: