Thursday, 17 October 2013

Farewell Party - Belah Pompuan

Lepas dah confirm cuti diluluskan, aku sengaja cakap kekuat kat opis, "saya cuti start hari selasa depan. maknanya isnin ada lagi..." Supaya senang derang nak plan buat surprise farewell party untuk aku miahahaha... Surprise lah sangat kan. Memula derang plan nak makan2 kat berianipower. Tapi aku lagi suka beriani matbondbukitpasir? Caner tu? Tapi takde orang yang nak pergi order kat bukitpasir, maka redho je lah berianipower pun. Tetiba hari jumaat tu baru tau berianipower tutup hari isnin. Maka terpaksa lah bertukar lokasi. Mana? Berianimatbondbukitpasir ker? #masih berharap. Tak, kiter makan nasik arab kat istanayemeni. Oh, ok. Kiter memang suka makan nasi arab. #pasrah. Eh, tapi memang betul, aku suka nasi arab ok.

So, pada hari isnin, dengan aku takde kete nya, dengan sibuk berkejar2 siapkan kerja, dengan nebes nak ngadap encikdirector mintaksignnotaserahtugas, pergilah kami ke istanayemeni itu. Dekat jek dengan opis. Boleh, semua orang nak pergi tak ajak aku? Wei! Aku nak pergi naik apa??? Aku tumpang kete ayu. 

Sampai di situ, cuma kami yang ada. Duduk dulu tunggu sumer orang. Kenapa derang tak menunjukkan tanda2 nak serve makanan pun? Hampir sejam menunggu. Orang dah lah nak cepat sebab nak ambik anak kat sekolah segala. Ropanya dia nak panaskan lauk dulu. Masa kami mintak dia serve tupun dia baru nak blend buah buat air. 

Oh, saya dah rindu kan mereka. 

Opismate ku. Eh, kenapa tiba2 aku rasa sebak plak ni?

Suasana kedai.

Bila nak makan???

Mula2 sampai air dulu. Ni air lemon. Sedap!

Ni tak tau air apa tapi ada rasa vanila.

Mix ayam, daging dan ikan. Aku suka yang ikan. Pun sedap.

Makan ngan roti. Pun sedap.

Saya mesti pilih! Kamben. Oh, ni nasi beriani arab, bukan mandy.

Tangan saper lah yang makan banyak tu kan...


Yang aku makan. Banyak giler kot!

mmm dap!

Yeay dapat hadiah!

Terima kasih uolsss...


kj saya. Semoga selamat melahirkan ya...

Peace yaw!

Ok, dah kenyang.

Bos kecik saya.

Amboi cikguzainal... (satu2nya yang aku panggil cikgu di opis)


Waiter yang tak paham bahasa melayu huhuhu.


Kakak yang baik... i miss you.

Dah abis makan... tak geti2 nak balik? Balik tu aku terus gi naik admin, konon nak jumpa encikdirector. Rupanya beliau takde hari ni sampai hari khamis. Feh! Lega. So, aku hantar kat kakmazah jer notaserahtugas tu.

Dah.

2 komen:

ayzaqaysukashah... said...

sedih mak nok!!!

AyunasiA said...

ko jangan la... aku pun sedih ni. rindu nak gadoh2 ngan jiran tetangga...