BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, 12 October 2013

Nature & Co.


Punya lah aku cemas bila pencuci muka yang aku pakai sekarang ni dah nak habis. Aku dapat kan produk ni di watson. Dulu mana2 watson aku pergi, mesti ada satu rak khusus untuk produk ni. Tapi, sejak hampir setahun yang lalu, satu persatu outlet watson kehabisan stok. Bila semakin banyak tempat dah takde benda alah ni, baru lah aku sedar kemungkinan mereka telah discontinue pengedaran nya. Produk ni dibawa masuk oleh 'kose' malaysia. Dan hari ini, aku cuma ada 2 pek sabun pencuci muka dan satu pek susu pembersih. Itu pun yang pencuci muka tu, satu je yang masih agak penuh. Satu lagi dah kempis, stok bawak jalan2. Susu pembersih tu pulak ada lagi separuh kot. Abis tu, nak buat macamana kalau dah habis nanti? Mungkin kah aku akan bertukar kepada sk2? Eceh! Mementang dah duduk jepang kan. Hello... sk2 tu tidak lah murah sangat kat sini. Masih dalam kategori mahal bagi aku yang menggunakan barang watson ni. 

Ini je yang tinggal. Kena jimat nak guna ni.

Tetiba tadi, lepas je aku dok usha2 rege sk2 kat jusco sini, aku terpandang satu benda dengan logo brand nature & co. ni. Mungkinkah? Aku pun pusing la keliling rak tu dan ternampak lah benda ini... 

Deretan produk nature & co huhuhu...

Rasanya ini kali kedua di sini aku rasa macam nak melompat kegembiraan (agak over-reacted di situ, kan?). Pertama kali minggu lepas, pun di jusco jugak (kendian2 aku ceritakan sebabnya). Lantas aku terfikir, cantik sungguh perancangan Allah swt terhadap perjalanan hidup aku terutamanya akhir2 ini. Syukur alhamdulillah.

Hadir di saat aku memerlukan. Sebijik sebijun packaging nya seperti yang aku beli di watson. Cuma yang mesia punya ada ditampal terjemahan dalam bahasa inggeris. Tu yang aku tau kose yang jadi pengedarnya.

Tapi aku tak beli lah dulu sebab rasanya banyak jer dan senang nak jumpa dah lepas ni. Dan harganya pun jauh lebih murah, even after convert ke duit mesia. Lega rasa. Nampak gayanya macam tak jadi la aku ber sk2???


0 komen: