Bila memikirkan kemungkinan kali ni scholarship akan lulus, maka, sebagai isteri cerdik yang solehah sekali lagi, aku pun cuba mintak cuti dulu in advance. Kalau jadi, jadi lah. Kalau tak jadi, tarik balik je lah, kot. Kita buat dia, kan. Maka pada 3hb september, aku pun gi jumpa encik director untuk mmencadangkan kekdah ini. Dia pun setuju. Lagipun bukan dia yang luluskan cuti tu. KP. Cuma kena melalui dia je. Aku pun buat surat dan isi borang siap2. Hantar sumer tu 4hb, 6hb derang poslaju ke hq. Tapi aku cuma guna surat tawaran uni jer dulu sebagai supporting document. Dan lampirkan salinan sijil nikah.
Hari selasa depannya (10hb), aku call hq nak tanya dah sampai ke belum. Orang yang in-charge pulak tengah mc; hidayah. Tapi dah sampai la suratnya semalam. Bila tau scholar dah lulus, aku pun cecepat call hq nak bagitau, tapi takde orang angkat. Tak lama tu, orang hq lak yang call aku. Kali ni cc pentadbiran kot. Sebelum ni aku call pto; hanim. Dia call nak tanya pasal tempoh cuti sebab offer later uni tu sebagai research student selama 1 tahun je. Tapi aku apply cuti 3.5 tahun. Kendian aku bagitau lah yang aku baru je nak hantar offer letter dari kpt yang state tempoh 3.5 tahun tu. Just in time la kiranya. So, aku email terus ke dia; encikfauzi.
Hari isnin depannya (16hb) aku call encik tu lagi. Sekadar nak tau dah sampai mana. Dia kata dah masuk bilik kp, tak keluar lagi. Selalunya ok je, kata dia. Aku bukan takut tak lulus cuti. Takde sebab pun dia tak luluskan. Cuma takut dia postpone tarikh je. Takmo lah pergi kemudian. Kalau boleh nak pergi sesama. Ada juga encik suami cadangkan supaya dia pergi dulu, dah stable baru aku pergi. Tapi aku pulak pikir, eh, apa salahnya kiter redah susah senang bersama, kan? Alah, kiter pegi ke jepun ni pun jumpa manusia jugak. Bukan negara alien pun kan (walau pun orang dia panggil orang luar ni alien). Walau berbeza bangsa agama dan budaya, kiter sama2 manusia, punya hati dan perasaan. Eceh! In fact, derang lagi berbudi bahasa kot.
Dalam masa yang sama, aku apply jugak cuti rehat. Nak habiskan cuti tahun ni. Tak banyak pun yang tinggal. Selepas dikira jumlah hari dari januari hingga september bahagi dengan 365 hari, darab dengan 30 hari cuti tahunan, maka cuti aku ialah 22 hari. Dah ambik 17 hari, maka tinggal 5 hari. Dan aku baru perasan yang 1hb oktober (tarikh mula cuti tanpa gaji) jatuh pada hari selasa. Holoh, caner nak cuti seminggu kalau cuti tinggal 5 hari jek? Maka terpaksa lah aku cuti rehat dari hari selasa 24hb. Kena datang keje lagi hari isnin tu. Takpe lah. Lagi pun banyak benda nak settle nih.
Dan pada hari jumaat (20hb), aku call lagi encikfauzi tu dan dia kata ctg aku dah diluluskan oleh kp. Dah boleh cuti ke encik? Ke nak tunggu surat pelepasan dari jpa? Dah boleh cuti dah. JPA cuma maklum jer, katanya. Yeay!
Kesimpulannya, sebaik-baiknya mintak lah cuti awal2, walau pun tak tau lagi komfem ke tak. Bak kata encik director, 'macam cuti rehat... kalau tak jadi cuti, tarik balik', gitu jer. Tapi kalau dah terlambat, sediakan saja ayat2 manis mintak mahap segala macam yang aku buat. Tapi encik suami yang karang suratnya hihihi. Alhamdulillah... kebanyakan urusan kami telah dipermudahkan. Terima kasih, Allah!
So, cuti-cuti lah kiter!
Thursday, 10 October 2013
Cuti Tanpa Gaji
Hasil karya AyunasiA pada 9:43 pm
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 komen:
Bestnya dapat duduk Jepun...bertuah dapat merantau negara orang...bolehlah meninjau2 kain cotton jepun...
hanisumayyah: mmg dah tinjau pun huhuhu. x sabo nak beli mesin.
Bolehlah beli dan jual di sini...saya sure nak beli punya...
Post a Comment