Balik dari kerja selepas majlis merdeka-raya tu, aku terus ke melaka. Encik suami ada meeting ke bengkel tah. Program berlangsung di bayoulagoonresort dekat bukit katil melaka. Sepelaung je dari ilpbukitkatil. Rasanya tempat ni baru je dibuka. Konsep dia ala2 tiara-pd tu kot. Ada taman tema.
Aku tunjuk gambar je lah ek.
Hari sabtu tu aku gi jusco meletop. Malamnya pegi jusco lama ngan apa tah yang depan dia tu. Macam hidup segan mati tak mau je tempat tu kan? Tapi ada paksen dalam tu. Sempat lah kami beli beg lagi satu. Padahal belum tentu jadi nak pergi jepun lagi ni. Hari ahad sebelum balik, kami gi makan ikan bakar... alah lupa pulak nama kedai ikan bakar tu. Tapi femes la tempat tu. Aku pernah makan kat situ masa gi lawatan ke ilpbukitkatil bulan 6 aritu. Memang sedap kuah cicah ikan bakar tersebut. Kami makan ikan siakap. Lokasinya straight je kat jalan mitc tu. Dia belah kiri. Haaa dah ingat. Ikan-bakar-malim. Pasti tinggal tulang - tagline nya.
Kendian kami ke mitc, ada pcfair dan babyfair. 'Patut lah ramai orang mengandung kat sini,' kata encik suami. Tak menarik sangat la pcfair dia. Sikit sangat boothnya. Baik tukar nama 'powerbankfair' je pasnih hahaha. Kendian baru lah kami ke maidin. Masa tu lah aku jumpa pajura tu.
Ok, tu je nak share. Kot lah korang tak tau nak cuti2 pegi mana kan. Boleh lah cuba tempat ni. Aku tak pergi tengok pulak tempat mandi manda dia sebab encik suami bagi tag kitorang kat member yang ramai anak.
Tamat.
0 komen:
Post a Comment