Selepas kelulusan kpt, baru lah yuthm pulak kuarkan offer letter untuk scholarship dia pulak. kpt cuma tanggung yuran, sara hidup dan beberapa perkara yang one-off. Selebihnya pakai duhet uni, termasuk flight ticket, elaun-bantuan-sewa-rumah, elaun-bantuan-keluarga (nak nak nak!) dan entah apa lagi tak ingat.
Dalam keadaan dah agak suntuk, perkara yang agak merisaukan aku ialah tiket flight. Tarikh registration di uni ialah 1-4 oktober. Jadi plannya kami nak pergi 2hb, so sampai 3hb, boleh rehat2 sikit. Tapi nak booking tiket, uni mintak visa dulu. Surat perjanjian pulak belum dapat lagi. Nak tunggu dia print ke haper tah (rasanya dia bagi borang kosong yang sedia ada je). Berhari2 baru dapat. So, pada hari jumaat 20hb, encik suami pergi ke konsulat jepun di menara ansar jb. Dekat bangunan kotaraya. Tingkat berapa ek? 15 kot? Ke 5? Ok, tak ingat. Sibbaik takyah pegi embassy kan. Dah jimat masa dan kos di situ. Untuk buat visa kena ada gambo background putih 4cmx4cm, financial affidavit dari kpt, coe (certificate of eligibility - dapat dari ministry of justice japan selepas dapat offer letter - kena apply melalui uni - kira pass mendarat di jepun la ni) dan passport. Tapi encik suami je yang dapat coe ni buat masa ni sebab dia masuk sebagai student.
Sementara aku pulak akan masuk sebagai pelancong. Tourist la sekarang? So, aku tak perlukan visa. Sebab bermula julai 2013 (baru je ni), kalau datang sekejap je, kurang dari 3 bulan, kiter takyah buat visa. Datang je nonong macam gi bandung tu. Syaratnya mesti pakai passport yang bercip. Alaaa passport baru sekarang ni kebanyakannya dah bercip dah. Yang ada benda alah petak kecik kat depan passport tu. Cuma ada orang kata kena tunjuk return tiket sebagai bukti kita datang sekejap je. Tapi aku tak beli pun tiket balik semula. Kalau dia nak tengok jugak, beli je lah tiket airasia dan2 tu kot. Sebab aku ada baca blog someone yang baru pergi kekdah camtu, dah siap beli tiket anak beranak lagi, tapi terbuang begitu sajer. Maybe sekarang dia dah tak nak kot. Aku ada baca jugak, sebelum julai 2013 ni, kalau kiter mintak visa untuk melancong, kiter kena tunjuk bukti kewangan sampaikan sehingga rm10k yang mesti ada dalam akaun. Akaun tabung haji pun boleh, asalkan dia tau kiter berduhet. Tapi sekarang dah takde visa, maka takde dah la proses tu. Maybe sebab aku dengar jepun tengah nak upkan industri perlancongan dia. Mungkin nak bersaing dengan koreaselatan kot ek? Aku rasa la. Pasni aku rasa lagi ramai orang mesia akan melancong ke jepun. Yokoso!
Abis tu, lepas 3 bulan, apa jadi dengan aku? Balik? Tak kot. Sebab bila dah sampai sini, aku akan buat coe jugak, sebagai dependent kepada encik suami. Dan bila dah ada coe, maka aku pun akan dapat residence card (formerly known as alien card) jugak.
Okeh, dah lepas buat visa, hari isninnya encik suami pergi putrajaya untuk hantar perjanjian ke kpt. Maka pagi tu beliau hantar aku pergi kerja hari terakhir dan aku balik tumpang hana. Thanks hana! Hari selasa pulak, hari pertama aku bercuti rehat 5 hari tu, kami pergi ke jb untuk gi ambik itu visa. Aku pun nak tau jugak kat mana konsulat jepun tu. Selama ni tengok citer 24 asik tengok jack menceroboh konsulat china jek hihihi.
Sebelum boleh collect visa tu pukul 1.30 tengahari, aku singgah hsi jap untuk mintak referral letter. Tapi tokleh dapat hari ni jugak. Sampai di konsulat, pergi opis dia, ada pak guard yang muka-macam-jepun-tapi-sebenarnya-melayu hihihi. Masa pergi hari jumaat tu encik suami dah siap speaking dah ngan pak guard tu. Sekalinya owang kiter da... Tulis nama kat buku dia, kendian gi la kaunter untuk collect visa. Ada 2 kaunter je pun (eh, tapi memang kaunter jepun hiks!). Tak susah pun sebab ada orang melayu kat opis tu. Sekejap je dah dapat balik passport dan visa.
Kendian kami pun jenjalan galeria-kotaraya-yang-tak-sempat-masuk-sebelum-kereta-hilang-tu-ari. Berpusing2 cari tempat solat pompuan kat masjid kotaraya tu. Rupanya kat tingkat 3. Selesa dan luas! Dulu selalu tunggu encik suami solat jumaat kat situ.
Sunday, 13 October 2013
Scholarship Uni dan Visa
Hasil karya AyunasiA pada 8:45 pm
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komen:
Post a Comment