Bila perkara ni berlaku ek?? Aku pun dah tak ingat. Tapi masih dalam hari raya lagi lah. Sebab ini ialah sambutan merdeka-raya anjuran mpp-pelajar. Selalunya aku tak pernah ambik port pun pasal aktiviti students ni. Tapi kali ni tah kenapa kj aku tugaskan aku untuk monitor aktiviti student yang satu ni. Iaitu pertandingan-gerai-tercantik semasa majlis sambutan tersebut. Sepatutnya monitor je lah kan. Tapi aku lah tak sampai ati nak biarkan derang cari bahan2 sendiri. Sudahnya, aku lah yang over mengangkut barang2 dari rumah. 'Baik ajak derang datang rumah kiter je kalau macam ni,' kata encik suami. Ya, memang banyak barang yang aku bawak.
So, pepagi lagi aku dah mengerah bebudak ni menghias gerai berkenaan. Yang disediakan cuma sebuah meja. Pepandailah nak hias macamana. Sempat jugak kami menganyam ketupat reben. Boleh darah tinggi aku dibuatnya melayan bebudak ni buat kerja. Main je lebih.
Sibbaik laaa ramai anak lelaki. Boleh disuruh memanjat. |
Rajin jugak budak yang mendepangkan tangan tu. Boleh dibuat menantu huhu. |
Siap jua akhirnya. Majlisnya petang, lepas jumaat. |
Takde lah cantik mana. Bunga2 je lebih. |
95% barang adalah yang aku bawak dari rumah. |
Satu gerai perlu menyediakan satu menu. Kami kena sediakan lontong. Order je kat cafe. |
Ni plakad masa maulidurrasul tu ari. Eh, aku dah bagitau tak yang kami menang masa perarakan maulud nabi tu? |
Kad raya kat atas tu aku ambik encik suami punya. Rembat dari ranting2 rumah ku. |
Bersedia untuk dinilai. Aku takde masa majlis ni sebab staf ada majlis lain. |
Student yang tukang serve masa penjurian. |
Dua orang pempuan je derang ni dalam kelas. |
Hasilnya! |
1 komen:
Patutpun bleh menang...
Post a Comment