Luaskan kuasa mu oh johorku... eceh. Tetiba patriotik! (eh, patriotik boleh dipakai untuk negeri ke?) Hari terakhir tengok bola aritu, aku beli bendera harimau selatan tu. Oleh kerana bilik aku ni kecik jer, pusing2 nampak ini jek, maka takde lah terasa sangat seperti berada di jepun. Rasa macam masih ada kat mesia.
|
Sudut kedai runcit saya (belah kanan) |
Hari ni nak stori mori the morning glory pasal stok bahan makanan yang telah aku bawa ari tu. Pening juga memikirkan benda apa yang perlu dibawa dan apa yang tak perlu serta apa yang boleh dipos kemudian. Susah beno nak jumpa blog yang cerita secara detail. Ke benda ni common sense? Tah, bagi aku, kritikal juga bab ni sebab kita ada limitation kan. Bajet terutamanya. Kalau pun boleh diabaikan limitation itu, macam over sangat la pulak kalau bawa terlampau banyak beg. Mementang ada orang nak jemput ko kat epot, kan. Apa ko ingat dia bawak lori 3 tan ke haper? Gitu lah lebih kurang. Tapi, walau pun nampak macam banyak je benda yang aku bawak, tapi bila dah susun dalam gobok, hek eleh, tak penuh pun? Ada la certain benda yang kerap aku gunakan sampai dah nak habis dah pun. Tapi boleh je dapat kat sini benda yang sama, sebijik sebijon lagi. Kat kedai halal tu pun ada produk dari mesia. Sebab tu sampai sekarang aku masih belum bagi lampu hijau untuk mengepos kotak yang tersedia tu. Orang kalau pandai masak, tak perlu bahan pelik2 pun, akan jadi sedap jugak. Pui!
|
Ini beg yang pertama. Aku tak spesific kan satu beg tu untuk satu kategori barang, sebaliknya aku bagi2kan ikut berat. Prinsip yang aku pakai ialah, bayangkan kalau kiter tak jumpa kedai selama sebulan. Benda apa yang kiter perlu ada? Ha gitu. (sebelum korang tanya, baik aku bagi justifikasi kenapa aku bawak kotex tu). |
|
Hihihi acuan karipap ngan roti jala pun aku bawak. Beg ni yang paling tak bernasib baik sebab bila aku bukak jer, terus aku terpegang sesuatu yang melekit2. Selepas di siasat, rupa2nya sabun shokubutsu aku pecah. Sibbaik wangi. |
|
Ini lah dia. Dah kempis dah. Tapi bila aku tonggeng2kan, tekan2 sumer, takde pulak dia terkeluar ke haper. Tang mana tah yang bocor. Kompius. |
|
Kesemua beg2 ni tak kembung pun. Berat je lebih. |
|
Mangsa2 sabun shokubutsu. Belacan pun kena jugak. Tapi kat luar je lah. |
|
Dan selepas dikeluarkan, ini lah hasilnya. Jangan tertipu. Sebenarnya yang kat atas tu aku susun ke depan. Belakang2 tu kosong jer. |
|
Paling penting ialah lada kering sebab kat sini lada kering dia jenis cili padi. Pedas kot. Nak ambik hati fil punya pasal, aku bawak lah jugak sardin botan tu setin. Megi pulak cuma megi kari, kari letup dan mi goreng. Teh songket tu aku ada jumpa kat jusco kelmarin. Paket 15 uncang, lebih kurang rm15. Boleh lah beli kalau terdesak. Sebelah koko tu ialah agar2. Rugi pulak tak bawak banyak. Ringan je kot. |
|
Kat belakang tu keropok ikan tamban 1/2kg, parang 1/2kg dan kerisi 1kg. Lelain tengok lah sendiri. Stok yang paling laju jalan ialah santan. Tinggal 2 paket je. Tapi ada je jual kat sini. Kalau perasan, aku beli rempah2 semua paket kecik. Sebab aku pikir, kalau kecik, sekali atau 2 kali pakai dan habis. Paket2 lain tak terdedah lagi. Kalau beli paket besar, dah terdedah, nak kena simpan dalam peti pulak. Cuma yang tak bestnya, aku suka rempah kari daging baba's, tapi dia cepat expired. Tahan 2-3 bulan jek. Kalau adabi bleh tahan 2 tahun. Baba's tak pakai pengawet kot ek? Sibbaik rempah adabi yang lain sedap la jugak. |
|
Mujur lah bukan mayonis yang pecah huhuhu. Ngeri bila dibayangkan. Tak terpikir lak aku nak wrap benda2 liquid yang dalam paket camtu. Santan pun sokong produk batupahat lagi tau. |
|
Bersama hasil belian pada malam pertama. |
|
Besok tu aku susun elok2 dalam gobok pakwang. Baru lah nampak, sikit jer rupanya. Memula aku asingkan yang belah kiri tu yang expired tahun 2014, yang belah kanan 2015. Pastu macam susah lah pulak nak ambik huhuhu. Susun ikut jenis lagi senang. |
|
Stok makanan segera dan sos. Eh, sos thai mae phranom tu ada jual kat kedai halal! Kicap abc tu pun ada jual. Pencicah ummi jek takdak hehe. |
|
Ajinomoto stok 3 tahun tu tau hahaha. |
|
Ni macam tak perlu bawak pun takper kan. Dah tentu2 shokubutsu tu produk kompeni jepun. Tapi aku lum jumpa lagi kat sini. Lagi pun kalau produk dia, dia akan tulis dalam tulisan jepun. Kalau produk luar macam dove, pantene, baru dia tulis rumi. Cuma shampoo rejoice je takde kot. Sibbaik aku bawak yang botol besar. Pas abis nanti terpaksa lah bertukar kot. |
|
Gula dia jenis gula halus. Kalau nak compare, memang lah lagi mahal berbanding gula mesia yang dah tak bersubsidi tu. Tapi aku tetap kesian kat orang2 yang kurang berkemampuan di sana. Memang lah kiter mampu beli gula walau rm5 sekilo pun dan dalam masa yang sama boleh enjoy life. Apa kata orang, kalau mampu beli, kalau tak mampu cari alternatif? Orang selfish je cakap macam tu. (tak dapat komen kat fb, komen kat sini je lah ek. nak jaga hati hahaha) |
|
Sekarang aku terpaksa belajar menerima hakikat bahawa bawang india tak wujud kat sini. Yang ada cuma bawang thailand yang setiap sebiji tu, dia wajib berkembar. Stress acik. |
Okeh, itu jer cerita kedai runcit ku. Semoga bermanfaat!
4 komen:
Banyaknya stok makanan,dah boleh buka kedai runcit nie...
WAH BANYAKNYA STOK
DUK SEBULAN KE?
nazayiena: ni pun risau tak cukup...
irfa: bukan sebulan jer, 3 tahun setengah lagi!
Post a Comment