Ooo aku dah tau, kenapa sil ku selalu sangat datang ke rumah ku akhir2 ini. Rupa2nya ia berpunca daripada satu benda yang ada di atas loteng ku itu. Apakah?
Ini lah puncanya. Penat je aku buat gambarajah ishikawa bagai untuk mengesan punca masalah (masalah la sangat hihi), rupa2nya ada di depan mata sahaja.
Aku beli printer ni masa nak pitikey aritu. Kononnya, pasni, senang nak print2 gambar yang dah berlambak2 tu kan. Disamping menyenangkan hatiku yang selalu tiba2 rasa macam nak print. Takyah pikir nak print kat mana, kan? Takkan nak print kat ofis pulak. Jadi, masa pcfair kecil2an dalam uthm* bulan 2 yang lalu, aku pun suh encik hairul membeli benda alah nih.
Nak yang murah sekali tapi boleh scan ngan fotostet sekali. Ewah, nak yang murah, tapi tak mahu melabur. Akhirnya, terbeli lah printer ini. Siap dengan modified external cartridge lagi. Ok, aku tau, mesti korang nak cakap, bukan cepat rosak ker kalau modified2 nih? Alah, printer ni tak kira modified ke tak modified. Dia nak rosak, bila2 pon boleh rosak. Ecehhh lagi nak cover kebimbangan di hati. Tak kisah lah, kalau dah ditakdirkan tersurat, dia akan rosak tahun 2020 (takut nak cakap tahun depan sebab takut masin jari), aku pasrah. Tapi setakat ni, ok jek. Janji aku ikut peraturan dia, kena print seminggu sekali, supaya ink tak sumbat.
Yang best nyer printer yang dimodified ini ialah, ink nya cair di mulut. Eh, bukan, ink dia banyakkkkkkkk sampai ko rasa tak tau dah nak print apa lagi. Masa beli aritu isi penuh tank ni, sampai sekarang tak abis lagi. Ada lagi pulak stok 4 botol (1 setiap kaler). Kalau la pada zaman aku belajar dulu ada teknologi sebegini, tentu bahagia tak perlu membeli cartridge yang mahal itu. Dah la manja, takleh masuk yang cikai. Mesti nak bc20. Huh! Apa2 pun, itu bahagian aku. Kini, masa untuk generasi kini. Ya, dan masa untuk sil tu lah. Ceh! Sesuka hati je kan encik hairul tu buat printer ni rete keluarga? Bukan keluarga dia sahaja, termasuk la sekali kawan sil yang datang rumah aku pakai tudung tapi dah masuk rumah bukak tudung walau pun di hadapan lelaki yang juga suami ku itu. Kedekut betul.
Ehhh kata printer yang dah modified cepat rosak. Harus lah aku berkira tak mo orang lain guna. Kalau dah rosak, ado ko nak ganti? Takdo, kan? Paling kuat pun, encik hairul akan cover dan beli yang baru. Tapi, dia beli pakai duit saper? Duitnya duitku jua? Oh nahi nahi.
Dah lah aku sentiasa berdebar2 bila sil tu datang sebab takut2 dia nak pinjam si putih hehehe. Ye lah, dia kan belajo kursus menjahit pakaian wanita, mesti lah dia terliur je tengok si putih tu kan? ekekek Keji betul perangai kakak ipar ko ni.
Kesimpulannya, aku rasa kini, printer ini bukan lagi kelebihan, tetapi kelemahan. Sekian.
Monday 26 July 2010
Keputusan Rajah Tulang Ikan
Hasil karya AyunasiA pada 8:31 am
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 komen:
aku pengguna Canon yg setia dan bg aku smua printer canon adalah bagus. ink nya murah dan senang nak cari yg compatible
betul betul betul. aku juga kagum dan berterima kasih kepada pencipta teknologi tangki kat luar nih. patut dibagi pingat emas anugerah rekacipta dan inovasi.
Post a Comment